Di dalam kehidupan kita ini terdapat pelbagai sikap dan ragam.sudah semestinya perkara ini di lalui oleh setiap insan yang bernama manusia.persoalan ini ingin dirungkai untuk melihat perkara ini dari sudut yang lebih positif.setiap manusia mahukan kebahagiaan dan kekayaan di dalam kehidupan manusia.
Ada 4 persoalan yang ingin asri tujukan kepada semua.:
1.anda mahu kaya harta dan kaya budi?
2.anda mahu kaya budi dan miskin harta?
3anda mahu miskin harta dan miskin budi?
4.anda mahu miskin harta dan kaya budi?
sudah barang tentu pilihan jawapan adalah yang pertama.kita mahukan kedua-duanya sekali.alangkah bertuahnya jika hidup ini jika dikurniakan ALLAH dengan harta yang banyak dan kaya raya disamping itu sikap dan perbuatan peribadi yang kaya budi.inilah contoh terbaik yang perlu ada didalam setiap diri manusia.
pepatah melayu yang terkenal``orang berbudi kita berbahasa,orang berbudi kita berjasa``bukanlah hanya satu pepatah yang kosong dan tidak ada makna.malah saya percaya dan yakin bahawa anda semua sudah melalui perkara ini didepan mata ataupun didalam kehidupan seharian anda.
memang benar kita hendaklah menunjukkan sikap yang baik kepada manusia.manusia ini dipelihara dan di jaga dengan penuh kasih sayang oleh sang pencipta.kita sebagai manusia biasa tanpa sikap dan perbuatan ini seharusnya harus malu dan menilai diri kita sejauh mana kita menjaga hubungan kita sesama manusia.
apa yang menyedihkan asri di dalam persoalan ini adalah mereka yang miskin harta dan miskin budi.mereka inilah golongan yang paling rugi di dalam kehidupan mereka.sudahlah miskin dan memerlukan pertolongan serta bantuan tetapi masih juga miskin budi.mereka mempunyai hasad dengki kepada manusia dan memandang serong kepada yang kaya.mereka ini tidak mahu bantuan daripada yang mahu membantu malah menunjukkan sikap sombong mereka.
berbudilah kita sesama manusia.walaupun kita miskin harta.tetapi jika kita mempunyai tingkah laku yang baik dan sentiasa berbuat baik kepada manusia lain,kita tidak akan dipandang miskin walaupun pada hakikatnya kita memang miskin.tetapi dengan kekayaan budi dan jiwa yang baik menyebabkan kita mempunyai kelebihan yang sangat tinggi diantara manusia.orang lain pun akan sentiasa berlapang dada untuk menghulurkan bantuan dan juga mendekati anda.
alangkah hina dan ruginya jika kita miskin keduanya.harta dan budi.kita telah dihinakan di dunia lagi.marilah kita sama-sama membentuk jiwa dan diri kita untuk sentiasa membuat baik kepada orang lain dan jika kita mendapat kesenangan janganlah kita lupa untuk berbudi kepada manusia.sikap inilah yang akan di muliakan oleh ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan