salam kepada semua pembaca blog ini.
1.Minda dan pemikiran melayu merupakan satu persoalan dan perbincangan yang penulis mahu kongsi dan kupas.bila disebut mengenai minda dan pemikiran sudah tertentu pelbagai istilah dan definisi yang boleh diutarakan.minda dan pemikiran yang penulis mahu bawakan pada hari ini adalah mengenai sejauh mana bangsa melayu menggunakan minda dan pemikiran mereka untuk memajukan diri mereka.
2.Minda orang melayu tidak jauh bezanya dengan bangsa-bangsa lain di malaysia ini.kalau dilihat mengenai sejauh mana orang melayu yang telah berjaya dalam hidup mereka dan mencapai kesenangan dan kejayaan sudah tentulah menggunakan minda mereka untuk sampai ke tahap itu.cuma minda yang ingin dipersoalkan di sini adakah orang melayu telah mempergunakan secara keseluruhan minda mereka untuk mencapai kejayaan atau masih takut dan dikongkong oleh minda mereka bahawa kejayaan orang melayu hanya sekadar ini sahaja.
3.pemikiran orang melayu juga masih menjadi persoalan dan tanda tanya.berapa ramaikah tokoh pemikiran melayu yang telah dihasilkan?orang melayu masih belum cukup sempurna dalam melahirkan pemikir-pemikir hebat yang boleh memberikan impak kepada dunia sejagat.orang melayu masih menjadi jaguh kampung dan jaguh di negara sendiri..masih belum boleh bertempur dan berperang dengan pemikiran globalisasi.
4.minda dan pemikiran melayu ini bila saja meresapi ke dalam diri setiap bangsa melayu itu sendiri barulah mereka tersedar bahawa bangsaku ini masih belum cukup hebat dan masih belum menjadi bangsa yang disegani dan digeruni.
5.kita melihat dalam situasi negara sekarang apabila politik menjadi medan utama untuk bangsa melayu ini menunjukkan kejaguhan dan kejantanan mereka.kita berperang dan bergaduh sesama bangsa sendiri untuk menunjukkan kehebatan serta kehandalan kita.
6,orang melayu masih mempunyai sikap busuk hati,hasad dengki,suka menyebar fitnah,mengata dan megumpat sesama bangsa mereka sendiri.sampai bila pun kalau begini keadaanya bangsa melayu ini akan menjatuhkan minda dan martabat pemikiran mereka.
7.pemimpin-pemimpin melayu perlulah mencari penawar barah yang telah meresapi ke dalam setiap diri orang melayu.jika orang melayu menggunakan minda dan pemikiran mereka sebaiknya dalam kerangka untuk melihat bangsa ini sama-sama bersatu hati membawa obor perpaduan dan semangat bersatu hati.tidak mustahil bangsa ini akan melakar dan terukir di dalam sejarah dunia.
8.penyatuan diantara bangsa kita perlu di samping kita menyatukan bangsa-bangsa lain di negara kita.jangan kerana kita membawa obor semangat perpaduan untuk bersatu hati bersama-sama bangsa lain kita lupa bahawa bangsa kita masih ketinggalan dan berada di kelas bawahan.
9.orang melayu perlu mempunyai sikap untuk membantu bangsa mereka yang masih lemah dan memerlukan bantuan.kalau anda berjaya di dalam perniagaan anda perlu bantu orang lain untuk turut sama berjaya dalam perniagaan mereka.jangan anda sendiri yang mejatuhkan perniagaan bangsa anda sendiri.
10.orang melayu bukan lemah.kita juga bangsa yang hebat.cuma sikap dan mentaliti kita yang membuatkan bangsa ini kelihatan lemah.kita boleh menjadi jaguh diperingkat dunia andai kita memecahkan tembok halangan yang menghalang minda dan pemikiran kita untuk berjaya.
dulu bangsanya dipijak
melayu mudah lupa
dulu bangsanya retak
melayu mudah lupa
dulu bangsanya teriak
melayu mudah lupa
dulu bangsanya haprak
melayu mudah lupa
dulu bangsanya kelas dua
melayu mudah lupa
dulu bangsanya hina
melayu mudah lupa
dulu bangsanya sengketa
melayu mudah lupa
dulu bangsanya derita
melayu mudah lupa
dulu bangsanya kerdil
melayu mudah lupa
dulu bangsanya terpencil
melayu mudah lupa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan