Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 4 November 2009

SMKAP kenangan ku selamanya....

teringat nostalgia ketika bergelar seorang pelajar sekolah.....

seketika petang ketika melihat kembali gambar-gambar ketika zaman persekolahan mengingatkan kepada pelbagai ragam kehidupan sewaktu masih mentah dalam mengharungi kehidupan.SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAHANG,MUADZAM SHAH merupakan satu permulaan bagi diriku untuk membina karakter dan peribadi dalam mengharungi dan menempuhi kehidupan yang mencabar ini.

diriku bermula sebagai seorang yang kerdil dan tidak mengenal dunia ketika mula-mula menjejakkan kaki ke tanah bertuah SMKAP ini..aku hanyalah seorang insan biasa yang sama seperti orang lain walaupun pada mulanya amat berat bagi diriku untuk memasuki sekolah agama ini kerana  tulisan jawi pun langsung aku tidak pandai tulis pada ketika itu.

memang sangat sukar bagiku berada di dalam situasi ini.walhal yang memasuki sekolah ini sudah tentulah mereka yang memang pandai dan mahir mengenai agama.aku masih teringat guru ku di waktu sekolah rendah dahulu memang betul-betul mengharapakan aku memasuki sekolah agama ini.sehinggakan proses permohonan untuk memasuki sekolah ini yang memerlukan aku menulis tulisan jawi telah dibantu oleh ustazah sekolah ku.sewaktu di sekolah rendah dahulu iaitu sek.keb.lepar aku merupakan antara pelajar cemerlang yang berjaya dalam UPSR iaitu mendapat 4A 1B .sekolah luar bandar sudah tentulah ber bangga jika memperolehi keputusan yang begitu.

kembali kepada cerita ku di SMKAP,ketika aku mengambil peperiksaan awal tahun di tingkatan satu memang seperti yang dijangka kan aku gagal matapelajaran pendidikan islam dan bahasa arab.aku masih ingat sewaktu dimarahi oleh ustaz ismail yang mana ketika itu merupakan guru untuk matapelajaran pendidikan islam.ustaz ismail pada ketika itu juga merupakan pengetua SMKAP ini.memang aku merasa malu dan segan kepadanya dan kawan-kawan.aku memang tidak pandai menulis jawi dan aku bukanlah daripada keluarga yang mahir akan agama.ketika disinilah aku banyak mempelajari tentang agama.tetapi aku masih tidak lupakan ketegasan abah ku mendidiku dalam sembahyang.aku akan dirotan jika tidak sembahyang dahulu.walaupun kurang didikan agama abah ku memang menitik beratkan soal sembahyang ini kepada anak-anak.abah ku ini walaupun bukan ayahkandung ku tetapi aku tetap menganggap sampai bila-bila pun dia adalah ayah kandungku kerana didikan dan asuhannya kepada diriku dahulu.

kegagalan bukan penghujung bagi segalanya.aku kuatkan tekad untuk membuktikan pada diriku bahawa aku boleh berjaya sama seperti orang lain.perkara pertama yang aku lakukan adalah menguasai tulisan jawi.aku benar-benar bertekad untuk membuktikan bahawa aku tidak akan gagal lagi selepas ini.berkat usaha dan keazaman ku ini bermula pada peperiksaan akhir sehinggalah aku menghabiskan sesi persekolahan ku matapelajaran agama islam menjadi matapelajaran yang wajib aku mendapat A di setiap kali peperiksaan.alhamdullilah aku berjaya menguasai tulisan jawi dan aku sangat bersyukur.matapelajaran bahasa arab juga sering kali aku mendapat A.terima kasih kepada semua ustaz dan ustazah yang telah mengajarku ketika di SMKAP dahulu.

ustaz aziz ramli,ustaz aziz jordan,ustaz syeikh,ustaz aziz isa dan ramai lagi ustaz yang sering kali memberi ceramah atau halaqah diantara waktu maghrib dan isyak memang aku sangat hargai kerana di sinilah pelbagai ilmu agama dapat aku pelajari.aku akan pastikan berada didepan sekali bila halaqah ini dijalankan kerana aku mahu menulis dan mendapat ilmu daripada setiap halaqah dijalankan ini.ketika itu perasaanku untuk menuntut dan mempelajari ilmu agama sangat membuak-buak.terasa diri ini diisi dengan segala macam ilmu dan pengetahuan.aku sangat rindukan saat-saat begini.ketika ini barulah aku sedar akan kelebihan bersekolah di SMKAP ini.

ketika aku di tingkatan dua bermulalah satu lembaran baru dalam hidupku walaupun pernah satu ketika aku telah di uji dengan satu penyakit yang terkenal iaitu demam campak.pertama kali dalam hidupku aku terkena penyakit yang sangat teruk sehinggakan habis satu badan ku dipenuhi bintik berwarna merah.aku mengambil masa sebulan lebih untuk berubat dan sembuh daripada penyakit ini.justeru aku terpaksa mengambil cuti sakit selama sebulan lebih.bayangkan lah sudah sebulan lebih aku ketinggalan pelajaran dan pada ketika aku kembali ke sekolah hampir dengan perasaan pertengahan tahun.aku memang menangis kerana terasa ketinggalan dalam pelajaran.sudah banyak yang aku lupa.aku menangis keseorangan.aku bertekad mahu berpindah sekolah.aku tidak mahu lagi bersekolah di SMKAP ini.aku masih ingat lagi pak sedara ku menasihati ku supaya tidak berpindah sekolah dan meneruskan pelajaran di SMKAP.ayahku dari kampung juga menangis teresak-esak memintaku supaya tidak berpindah sekolah..memang aku faham perasaan ayahku dahulu.kami bukan daripada keluarga yang berada.kami daripada keluarga yang susah.akhirnya aku membuat keputusan untuk meneruskan pembelajaran di SMKAP ini.

alhamdullilah..walaupun aku ketinggalan dalam pelajaran selama sebulan lebih tetapi aku berjaya mendapat tempat tertinggi diantara rakan kelas ku yang lain.ketika itu aku bertekad kepada diri untuk membuktikan kemampuan ku.aku mengubah cara aku belajar dan aku menjadi lebih rajin daripada sebelum ini.mungkin semangat inilah yang telah membuatkan diriku kembali bermotivasi.sewaktu aku di tingkatan dua inilah bermulanya langkah aku yang berani di SMKAP ini.

bermula dengan satu pertandingan sajak di hari kemerdekaan SMKAP.aku memberanikan diri untuk menyertai pertandingan ini.walaupun pada mulanya memang aku ni merupakan seorang yang sangat gugup dan berdarah gemuruh..terketar-ketar juga aku pada mulanya.aku mendapat tempat yang ketiga.disinilah bermulanya keyakinan dan keberanian ku.

sewaktu aku tingkatan tiga merupakan kejayaan ku di SMKAP.aku telah berani kehadapan dan mendapat perhatian daripada guru-guru.aku telah memasuki pertandingan debat ala parlimen peringkat negeri rompin.aku masih ingat team aku pada ketika itu iaitu qamariah,asyraf,mardhiah,dan gayat.aku merupakan ketua team ini.bila teringat pada ketika aku berdebat dahulu terketar-ketar tanganku..ramai penonton yang gelak.memang sangat malu pada ketika itu.maklumlah kali pertama memasuki pertandingan peringkat daerah.kami semua pelajar tingkatan tiga dan dua terpaksa berhadapan dengan wakil-wakil sekolah yang lebih matang iaitu tingkatan 4 dan 5.tetapi berkat kesungguhan,kami telah bejaya mendapat tempat kedua peringkat daerah.

ketika ini juga aku memberanikan diri memasuki syarahan agama peringkat sekolah.di SMKAP ini ramai juga para pelajar yang berbakat di dalam bidang percakapan ini.aku pun mencuba untuk memenangi pertandingan ini untuk melayakkan diri bertanding di peringkat zon .alhamdullilah aku telah berjaya memenangi pertandingan ini mengalahkan para peserta yang tidak kurang hebatnya.aku telah didik dan di asuh oleh cikgu razali bidin untuk memenagi syarahan agama ini.nama cikgu razali bidin tidak akan pernah pudar dalam ingatanku kerana dia adalah seorang guru yang banyak membantu ku dan memberikan nasihat dan semangat kepada diriku.aku sangat menghargai pengorbananya sebagai seorang guru.

ketika aku bertanding di peringkat zon aku telah berjaya memenangi syarahan agama ini dan telah terpilih untuk keperingkat daerah.aku akan berhadapan dengan lawan yang sangat sukar di peringkat daerah ini kerana beliau adalah johan syarahan agama peringkat negeri pahang pada tahun yang lalu.berkat kesungguhan dan ajaran daripada cikgu razali bidin aku telah berjaya memenangi pertandingan syarahan agama peringkat daerah ini mengalahkan bekas johan peringkat negeri pahang.aku sangat bersyukur dan bertuah.tetapi aku merasa kecewa kerana mendapat tempat ketiga pada pertandingan peringkat negeri walaupun aku sudah berjaya mengalahkan johan peringkat negeri tahun lepas.mungkin kerana aku terlalu yakin dengan kemenangan ini.melalui syarahan agama inilah yang membuatkan diriku begitu yakin untuk bercakap.

walaupun aktif dalam bidang kokurikulum ini aku masih tidak melupakan kepada pelajaran ku.aku berjaya mendapat 7A 2B dalam peperiksaan PMR walaupun aku pelajar harapan untuk mendapat 9A.tetapi itu sahaja rezeki yang aku dapat.terima kasih aku ucapkan kepada guru kelas ku pada ketika itu iaitu cikgu rozaimah yang sekarang telah menjadi mak sedara aku(mak andak)hehehe.kelas aku pada ketika ini adalah 3 IS....memang bertuah kerana disamping kami belajar cikgu rozaimah ini amat menitik beratkan soal kebersihan dan keceriaan.kelas kami pada ketika ini mendapat kelas yang tercantik dan berpeluang untuk mengadakan lawatan ke bukit carakah atau lebih dikenali sebagai taman cahaya seri alam.selepas daripada pmr aku telah mengumpul semua gambar-gambar tun mahahirt dan dimuatkan didalam satu buku log yang tebal.aku memang sangat kagum dengan ketokohan pemimpin ini.

sewaktu aku ditingkatan empat sudah tentulah banyak perkara yang aku lalui.pada ketika ini dilantik sebagai setiausaha pengawas sekolah.aku sahaja pelajar tingkatan empat yang mendapat jawatan tertinggi dalam pengawas sekolah.semua yang lain adalah pelajar tingkatan lima.di sinilah aku banyak mempelajari sifat dan ciri-ciri kempimpinan.ketika ini cikgu yazid dan cikgu nurulhuda guru kaunseling ku yang banyak membantu mengajar ciri-ciri dan sifat kempimpinan.ketika kem rakan sebaya peringkat daerah rompin aku telah dilantik sebagai penghulu.di sini aku dapat mempraktikan ciri-ciri kempimpinan ku.

pada ketika ini juga aku masih memasuki debat ala parlimen dan telah berjaya menjadi pendebat terbaik walaupun hanya mendapat naib johan sahaja.aku sangat berterima kasih kepada cikgu radzi yang banyak membantu aku dalam bidang pendebatan ini.cikgu radzi sangat kelakar orang nya.aku juga menjadi ahli jawatan kuasa koperasi sekolah pada ketika ini dan banyak membantu cikgu radzi menguruskan koperasi.

pengalaman yang sangat  berharga sewaktu aku tingkatan empat ini adalah apabila aku memasuki pertandingan roket.kumpulan aku telah menang iaitu fikri dan shah izat.kami terus ke peringkat negeri.cikgu jalil memang tidak asing lagi dalam bidang roket ini.dia adalah guru yang paling bersemangat untuk menang.kami telah mendapat johan peringkat negeri pahang dan berjaya ke peringkat kebagsaan.pertandingan peringkat kebagsaan diadakan di universiti malaya dan pasukan kami telah mendapat johan bagi kategori rekabentuk terbaik.terima kasih diucapkan pada cikgu jalil yang juga merupakan cikgu fizik kepada ku.

ketika aku tingkatan lima aku telah diberikan tanggungjawab dan tugas yang lebih besar iaitu untuk menjadi ketua pelajar.aku telah diberikan kepercayaan untuk menjaga asrama dan juga sekolah.memang banyak kenangan ketika menjadi ketua pelajar ini.tetapi pada tingkatan lima ini  aku perlu memberikan perhatian yang lebih kepada SPM ku yang mana menjadi penentu kepada masa depan ku.walaupun sibuk aku tetap tidak lupa akan pelajaran.pada mulanya aku ini memang sangat lemah matematik.dari tingkatan empat lagi asyik gagal sahaja.tetapi atas semangat dan tunjuk ajar cikgu norley yang mana pada ketika itu merupakan guru matematik ku akhirnya aku telah berjaya mendapat A untuk matapelajaran matematik moden dan tambahan.aku telah berjaya mendapat 6A dalam peperiksaan SPM walaupun aku mengharapkan yang lebih tinggi.tapi aku terima semua ini.walaupun aku terlalu sibuk di sekolah dahulu tetapi aku juga masih boleh buktikan bahawa aku boleh cemerlang.kenangan di SMKAP ini sangat banyak.masih ada pelbagai lagi cerita yang ingin aku coretkan nanti....


terima kasih kepada semua guru-guru SMKAP sesi 2001-2005...i love you all......

1 ulasan:

fillah88 berkata...

caya la asri...memori hang cukup mantap mengigati semua peristiwa yang berlalu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut