Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 13 Disember 2011

PAKATAN RAKYAT BERKURSUS BERSAMA IRI DAN CIA AGEN YAHUDI..?

Kuasa rakyat,demonstrasi,Bersih,baju kuning,baju merah,suara rakyat suara keramat,people power,tumbangkan kerajaan 16 September coup d'etat dan bermacam macam lagi yang pernah kita lihat didalam kancah politik negara,kesemuanya adalah strategi,penjenamaan dan gerak kerja PKR,DAP,PAS hasil latihan dan skrip yang ajar oleh operatif CIA yang Anwar bawa ke negara ini.


Dakwaan Anwar sebagai agen CIA,pengkhianat negara dilihat oleh penyokong pakatan,orang kampung dan rakyat marhain sebagai satu tuduhan yang keterlaluan. Namun sanggupkah anda menerima kenyataan dan realiti sebenar sebahagian besar yang jumud telah terpengaruh dengan permainan politik Anwar dan kini sudah tergolong menjadi perkakas CIA dan Yahudi untuk memusnahkan negara ini?


Artikel ini disertakan bukti video kaitan dan peranan CIA didalam pakatan rakyat.

Kelmarin 24/5/2011 bertempat di Hotel Sunway,Seberang Jaya satu latihan dianjurkan oleh The International Republican Institute atau lebih dikenali sebagai IRI.Ramai kalangan ahli PKR yang hadir kononnya berasa teruja mendapat latihan mengenai pilihanraya daripada Amerika.Namun Pisau percaya mereka tidak sedar bahawa mereka menjadi perkakas dan alat Anwar bersama CIA dan Yahudi .


IRI berperanan memberi bantuan dana, pemantauan pilihanraya,kajian sikap,strategi kempen pilihanraya,latihan kepada ahli-ahli parti dan pelbagai bantuan lain termasuk manipulasi isu pilihanraya.


Siapa dan Apakah IRI?petikan dari AIDC

NED, NDI & IRI, Projek Demokrasi Amerika untuk menakluk negara-negara luar



NED,NDI & IRI, Projek Demokrasi Amerika untuk menakluk negara-negara luar

Ron Paul, Ahli Republikan.

Nota : Rencana ini mengupas peranan NED melaksanakan peranannya sebagai badan penakluk negara-negara luar yang tidak sehaluan dengan Amerika Syarikat. NED turut menaja dua badan lain iaitu IRI dan NDI dalam melaksanakan misi penaklukkan itu. Tiga instrumen kerajaan Amerika yang penting dalam proses penaklukan negara luar adalah NED, NDI dan IRI. Bantuan sepenuhnya diberikan kepada tokoh dan parti politik luar negara yang berjuang menggunakan tema Reformasi.

National Endowment for Democracy (NED) atau Pembiayaan Kebangsaan Untuk Demokrasi adalah tidak lebih dari sebuah program yang memakan kos yang tinggi iaitu suatu dana pembayar cukai AS diambil untuk menaikkan ahli dan parti politik yang disenangi AS di seluruh dunia.

Pengerusi NED, Vin Weber meraikan President Bush.


Presiden NED, Carl Gershman bersama Presiden Bush dan Naib Pengerusi NED, Thmas R. Donahue.
Baca Selanjutnya klik sini

artikel berkaitan :

1. NED - Projek Demokrasi Amerika & CIA kuasai dunia


Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September?

Keterangan foto - Panelists, current and former members of NED’s Board of Directors, as well as representatives of NED’s core institutes and the Library of Congress pose for an official picture marking the donation of its founding papers by NED to the Library. L to R: Panelist Anwar Ibrahim, former NED Vice Chairman Tom Donahue, NED board member Judy Shelton, former NED Chairman and US Senator Bill Brock, IRI President Lorne Craner, panelist Zainab Bangura, NED Treasurer Robert Miller, NED Secretary and panelist Jean Bethke Elshtain, Solidarity Center Executive Director Ellie Larson, John Earl Haynes of the Library of Congress Manuscript Division, NED President Carl Gershman, NED board member Howard Wolpe, Former Senate Majority Leader and NDI board member Tom Daschle, US Representative and NED board member Gregory Meeks, NDI President Ken Wollack, CIPE Executive Director John Sullivan, US Representative and former NED board member Donald Payne.

Pembabitan CIA:Klik. Dari Permatang Pauh ke Putrajaya : Anwar jadi PM 16 September ?

Baca Unspinner mengenai MAFREL,IRI dan CIA:Klik Sini

Video dibawah bukti kaitan CIA dengan NED,Mafrel dan IRI




Menurutnya lagi, sebelum ini CIA pernah menaja beberapa yayasan Kristian Jerman
seperti Friedrich Ebert Foundation (FEF) dan Konrad Adeneur Foundation (KAF) untuk melaksanakan misi yang sama.
Namun pada tahun 1980-an, CIA menukar taktik dengan menaja sepenuhnya ‘yayasan demokrasi’ apabila Amerika Syarikat menubuhkan NED (National Endowment for Democracy) pada tahun 1983. Klik di sini
Penggubal undang-undang NED, Allen Weinstein, turut mengesahkan NED adalah nama lain kepada CIA.
“Apa yang telah dilakukan oleh NED hari ini adalah perkara sama yang pernah dilakukan oleh CIA, 25 tahun dahulu”, Kata Allen Weinstein dalam Washington Post, 22 September 1991.Klik di sini
NED mempunyai empat cabang penting iaitu IRI (International Republican Institute), NDI (National Democratic Institute for International Affairs), CIPE (Chamber of Commerce’s Center for Private Enterprise) dan ACILS (American Center for International Labor Solidarity), di mana pengkhususan kepada pilihanraya di sesebuah negara terletak di bawah bidang kuasa IRI.
MAFRELanwar
Anwar Ibrahim bersama Abd Malek Hussin (ketika itu Pengerusi MAFREL). Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah), Naib Ketua AMK PKR merupakan bekas Setiausaha MAFREL
Menurut Abd Malek Hussin penubuhan MAFREL di Malaysia kerana bantuan dana daripada IRI dan IRI sendiri mengakui menaja badan ‘pemantau pilihanraya’ Malaysia itu. Klik di sini
Abd. Malek merupakan bekas Pengerusi MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections).
MAFREL merupakan cabang ANFREL atau NAMFREL yang dibawah kawal selia sepenuhnya IRI dan CIA.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang Malaysia adalah salah seorang panel pemikir NED yang dilantik sejak dari tahun 2007 [klik di sini] dan NED khususnya IRI telah terlibat secara langsung membantu karier politik Anwar di Malaysia khususnya dalam PRU 12. Klik di sini.


Read more: http://www.pisau.net/2011/05/pkr-berkursus-bersama-iri-di-sunway.html#ixzz1gMzonGz1

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse