Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 12 Disember 2011

BENARKAH DAKWAAN TUN MAHATHIR PEMIMPIN POLITIK PEMBANGKANG BERSEKONGKOL DENGAN YAHUDI BAGI MENJATUHKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL..?

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beberapa pemimpin dalam parti pembangkang dan Majlis Peguam bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tajaan Amerika Syarikat (AS) yang dikuasai rejim Yahudi untuk mengguling dan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sambil menyifatkan AS dikuasai sepenuhnya golongan Yahudi menerusi media, Hollywood dan sumber kewangan, beliau berkata, menjadi hasrat kuasa besar itu untuk mengadakan perubahan rejim bagi semua kerajaan yang tidak memihak kepada mereka.

“Bila lihat ada negara yang tidak bersetuju dan menentang, termasuk Malaysia, mereka hendak membuat perubahan rejim di negara ini. Mereka tubuh satu badan dan dibekalkan dengan wang untuk disogokkan kepada pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
“Saya nak bagi nama, saya tidak tahu tetapi ada anggota pembangkang dan dalam Majlis Peguam yang terbabit,” katanya pada sidang media selepas majlis Bicara Negarawan di sini semalam.

Beliau diminta mengulas laporan AFP semalam bahawa ada bukti NGO tajaan AS cuba mengkucar-kacirkan Kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir yakin dengan bukti yang kukuh, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung gerakan itu.

“Tanpa bukti kukuh, kita tidak boleh bertindak sebarangan dan tidak boleh guna kuasa untuk menangkap orang, kena ada bukti yang jelas dan saya yakin kerajaan akan mengambil tindakan,” katanya.
Terdahulu, menjawab soalan pada sesi dialog mengenai kebimbangan berlaku penjajahan zaman moden oleh gerakan Yahudi dan peranan Institut Kajian Dasar (IKD) yang digerakkan pembangkang, beliau berkata, gerakan Yahudi bertujuan menguasai dunia melalui proksinya, AS.

“Sebab itu ada usaha untuk tukar rejim yang tidak secocok, mereka menggunakan badan dan orang tertentu untuk menjayakan hasrat itu.

“Kalau IKD bergerak untuk meneliti dasar tidak mengapa, tetapi kalau nak kaji segala dasar macam Dasar Ekonomi Baru, nampak jelas tujuan mereka. Sebab itu kita harus berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan pihak seperti ini,” katanya.

Mengenai pemimpin politik yang menjadi ejen kuasa asing, Dr Mahathir mengakui gerakan Yahudi mempengaruhi seorang daripada pemimpin negara dan mendakwa Anwar berkawan rapat dengan Paul Wolfowitz, seorang daripada pemikir barat prozionisme neokonservatif di AS yang mahu menguasai dunia.

Katanya, menerusi kertas kerja ‘The Century of America’, gerakan itu cuba mempengaruhi golongan tertentu untuk membantu membentuk kerajaan yang tunduk kepada kuasa besar itu.

“Perubahan rejim bermakna mereka sanggup berperang untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak bersetuju dengan mereka menerusi penubuhan kerajaan yang menyokong. Anwar selalu jumpa mereka dan beritahu kalau jadi Perdana Menteri, dia akan mansuhkan itu, mansuhkan ini... nak bagi kebebasan pada rakyat.

“Dia dapat sokongan tidak tahulah sama ada duit ke apa. Dia dan beberapa orang termasuk peguam mendapat bantuan dari satu badan yang ditubuh khusus oleh kerajaan AS untuk membantu mereka menjatuhkan kerajaan yang mereka tidak suka,” katanya

1 ulasan:

ahowk orang islam berkata...

tak berani nak komen lebih2. takut jadi teket masuk neraka..

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse