Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 13 Disember 2011

BANDARAYA KUALA LUMPUR DI LANDA BANJIR

salam kepada semua..
 
BANJIR kilat yang melanda ibukota Kuala Lumpur lewat petang tadi membuktikan sistem perparitan dan saliran ibu negara ini masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.

Banjir yang berlaku akibat hujan lebat bermula sekitar 3.00 petang itu mengakibatkan Kuala Lumpur lumpuh sama sekali dan kesesakkan lalulintas yang amat teruk.




Antara kawasan utama yang dinaiki air adalah sepanjang Jalan Tun Razak dan antara bangunan yang terjejas adalah sekitar Perpustakaan Negara dan Institut Jantung Negara. Kesesakan jalanraya juga boleh dilihat dari sekitar 7 kilometer hala utara dan selatan.

Terowong SMART terpaksa ditutup untuk kenderaan bagi membenarkan aliran air yang dikhuatiri menjejaskan kawasan-kawasan lain di Kuala Lumpur.

Namun berlaku sedikit kecemasan apabila sebuah kereta Kancil rosak dan terperangkap di dalam terowong. Pasukan petugas sedang berusah mengalihkan kenderaan itu sebelum air dialirkan.

Walaupun sesak teruk, keadaan masih terkawal dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak menggunakan Jalan Tun Razak dan mencari jalan alternatif.



 


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse