hari ini penulis ingin bekarya di laman ini sebagai perkongsian untuk semua.Puisi ini ditulis sebagai luahan dan pendapat daripada diri penulis sendiri.
KUASA,
KEHEBATANMU DIMANA-MANA
KEKUASAANMU BISA MENAKLUKI DUNIA
KERAKUSANMU MENGHAPUS MANUSIA
KERANAMU MANUSIA MENJADI TAMAK HALOBA.
KUASA,
SETIAP MANUSIA MENGIMPIKAN DIRIMU
KEKUATAN YANG ADA DALAM DIRIMU
MEMBUATKAN MANUSIA MUDAH TERTIPU
DENGAN KEENAKAN DAN KELAZATAN DIRIMU.
KUASA,
KAMU JUGA BISA MENJADI PENYATU,
KAMU JUGA BISA MENJADI SESUATU
KAMU JUGA BISA MENJADI PENEMU
KAMU JUGA BISA MENJADI PENERAJU..
KUASA,
KADANG-KADANG KAMU HANYA DINAMA
KADANG-KADANG KAMU HANYA DIMATA
KADANG-KADANG KAMU MENJADI BUTA
KADANG-KADANG KAMU MENJADI DERITA.
KUASA
KEHIDUPANMU HANYA SEKETIKA
KEHIDUPANMU IBARAT RODA
KEHIDUPANMU SEKETIKA CERIA
KEHIDUPANMU SEKETIKA DERITA
KUASA
KERANA KAMU MANUSIA MENJADI JUARA
KERANA KAMU MANUSIA MEMERINTAH DUNIA
KERANA KAMU MANUSIA MENJADI KAYA
KERANA KAMU MANUSIA BERMAHARAJALELA
KUASA
KAMU TETAP AKAN MENJADI REBUTAN
BAGI MEREKA YANG GILAKAN JAWATAN
MEMILIKIMU BAGAI SEORANG HARTAWAN
MEMILIKIMU UNTUK MENGEJAR KESENANGAN.
KUASA
PILIHLAH TUANMU YANG SETIA
PILIHLAH TEMANMU YANG JAUH DARI HALOBA
PILIHLAH KAWANMU YANG TAAT KEPADA YANG ESA
PILIHLAH SAHABATMU YANG IKHLAS DI DADA.
KUASA
SAMA ADA KE SYURGA
SAMA ADA KE NERAKA
SAMA ADA BEROLEH PAHALA
SAMA ADA BEROLEH DOSA
KUASA
KAMU INGATKANLAH MANUSIA
USAH DANGKAL MENGEJAR KUASA
KALAU KAMU MENJADI SANG PENGUASA
KERANA KAMU HAMBA YANG HINA.
sekian saja coretan puisi daripada penulis untuk dikongsi bersama dengan pembaca blog ini.Setiap komen dan cadangan sangat dialu-alukan-asri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan