Penulis telah berkesempatan untuk mengikuti SEMINAR PEMBANGUNAN MAHASISWA DI KOLEJ KEDIAMAN PERINGKAT IPT(SEPAKAT2010) pada 23-25 julai yang lalu di UIAM.Penulis merasa sungguh bertuah kerana diberi kesempatan untuk menyertai aktiviti seumpama ini yang melibatkan kepimpinan daripada lebih 20 buah IPTA di Malaysia ini.Penulis juga diberikan kesempatan untuk membentangkan kertas kerja penulis sendiri iaitu PROGRAM DAN AKTIVITI PEMBANGUNAN PELAJAR;SUATU KAJIAN DAN PENGALAMAN DI KOLEJ KEDIAMAN UM.Sewaktu seminar ini dijalankan juga penulis telah diberikan peluang untuk menlontarkan idea dan pendapat mewakili kumpulan penulis ketika sidang pleno dijalankan.Perkongsian idea dan pengalaman dikalangan pemimpin mahasiswa di setiap IPTA di Malaysia ini sangat penulis hargai.Lontaran idea dan pendapat yang dikeluarkan oleh setiap pimpinan mahasiswa sememangnya bernas sekali.Penulis berharap program dan aktiviti seumpama ini dapat dijalankan untuk masa hadapan sebgai platform kepada mahasiswa melahirkan mahasiswa yang berketrampilan.
Berikut merupakan resolusi yang dicapai sepanjang seminar ini dijalankan:
1.Kolej kediaman sebagai platform membentuk keperibadian secara bersepadu melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti :
• kepimpinan
• akademik
• keusahawanan
• kebudayaan
• sukan
• kerohanian
• hubungan luar dan antarabangsa
• khidmat masyarakat
2. Pendedahan, pengetahuan dan pengalaman yang membentuk mahasiswa menjadi individu yang lebih baik dalam aspek-aspek berikut (soft skills) :
• kemahiran berkomunikasi
• bekerja secara berpasukan
• pengurusan masa
• kualiti kepimpinan
• proaktif
• penjanaan idea
• kreatif dan kritis
• jalinan kerjasama dengan pihak lain
• pengurusan kewangan
3. Kemampuan merealisasikan idea-idea hebat yang memberi kesan kepada :
• Alam sekitar :Melestarikan alam sekitar – contoh Eco-Desa
• Masyarakat :Sumbangan – contoh Baktisiswa/OPKIM, Kempen Derma Darah
• Dasar 1 Malaysia – contoh Festival Kesenian
Pengantarabangsaan – contoh Lawatan ke luar negara
• Pencapaian/nama baik negara :Wakil negara – contoh Sukan Universiti/Karnival Sukan
4. Perubahan oleh mahasiswa dalam menangani perubahan alaf 21
• adab
• ketinggian ilmu
• persiapan diri oleh mahasiswa sendiri (mental dan fizikal)
• berpandangan jauh
• mempunyai perancangan
• pemikiran dinamik
• memiliki perspektif berbeza
5. Pendekatan holistic
• Pegangan agama
• Galakan
-Kawan-kawan yang positif, orang-orang yang berilmu,
ibu bapa & Tuhan
• Pengaruh negatif
-Elemen ilmu, emosi, tabiat dan roh menghalang gejala tidak elok
• Kepentingan hiburan -dihadkan
6. Panduan
• ketrampilan
• kepimpinan
• beramal
• berilmu
7. Peranan mahasiswa sebagai pemimpin di kolej kediaman :
• Soft skills yang sama
• Penganjuran program yang berkesan
• Tanggungjawab membangun potensi diri, masyarakat, bangsa dan negara
• Hakikat bakat kepimpinan
• Interaksi dengan mahasiswa lain
• Halangan dasar atau akta
• Contoh yang baik
• Kehidupan selepas meninggalkan alam mahasiswa
8. Kerjasama dengan pihak pentadbiran kolej, pengetua dan felo
• Maklumat
• Kebajikan mahasiswa diutamakan
• Wujudkan suasana kekeluargaan di kolej kediaman
• Sumber rujukan
• Kepimpinan melalui tauladan
• Pemantauan/pemberi nasihat
Kesimpulan
Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti di kolej kediaman melalui pendekatan bersepadu diharapkan akan
melahirkan mahasiswa berketrampilan dan seterusnya
memenuhi aspirasi masyarakat dan negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan