Salam kepada semua.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi baru yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.saya yakin harapan yang terbina sejak masih kecil lagi untuk mengengam segulung ijazah bakal terlaksana.Harapan ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka berjaya di menara gading ini sangat tinggi sekali dan itulah satu-satunya harapan mereka yang perlu kita tunaikan.
Selangkah anda memasuki pintu gerbang menara gading ini ketika itulah anda semua layak digelar sebagai mahasiswa dan mahasiswi universiti ini.Universiti Malaya bukan sahaja merupakan kebanggaan warganya tetapi juga kebangaan seluruh rakyat Malaysia yang mana mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan merupakan Universiti yang terulung di negara ini.Namun sejarah akan tetap menjadi satu sejarah,apa yang lebih penting adalah pengajaran yang kita perlu ambil daripada sejarah yang lepas sebagai satu panduan dan pedoman yang perlu kita menyelusuri untuk mencapai sesuatu kejayaan.
Mahasiswa merupakan satu aset yang sangat bernilai kepada masyarakat dan negara.Keisitimewaan ini menjadikan mahasiswa sebagai anak emas yang akan dilahirkan dari dalam kampus untuk menjadi pemimpin kepada masyarakat dan berkhidmat kepada negara dalam segala bidang.Mahasiswa seharusnya menggunakan platform universiti sebagai tempat untuk menimba ilmu yang bukan semata-mata diperolehi untuk lulus di dalam peperiksaan tetapi juga hendaklah mempraktikkan segala ilmu yang telah dimiliki itu untuk disumbangkan kepada masyarakat.
Mahasiswa harus ingat bahawa mengengam segulung ijazah diatas kertas atau sijil tidak akan bermakna jika mahasiswa tidak dilengkapi dengan aset diri yang sangat bernilai iaitu pengalaman dalam segala perkara ketika mereka bergelar mahasiswa.Mahasiswa yang bersikap seperti`` katak di bawah tempurung``akan tenggelam ditelan zaman.Mahasiswa harus mendidik diri mereka sebagai mahasiswa yang berinformasi dan berpengetahuan luas melalui pembacaan dan juga seminar atau sebagainya yang boleh memberi manafaat kepada diri mereka.
Mahasiswa berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi ketika berada di alam kampus.Pelbagai anasir dan pemikiran akan meracuni pemikiran setiap mahasiswa.Mahasiswa yang mempunyai jati diri yang tinggi serta mempunyai pendedahan yang baik sahaja akan berjaya dalam menghadapi ujian ini.Kejutan budaya bukan sesuatu yang baru di alam kampus.Kejutan budaya merupakan suatu lumrah yang akan belaku kepada seluruh mahasiswa.Bimbingan dan tunjuk ajar yang baik akan menjadi bekalan kepada seluruh mahasiswa di Universiti.
Mahasiswa harus matang dalam menilai setiap perkara dan berita yang sampai kepada mereka.Sebagai mereka yang masih muda dan berdarah panas sudah semestinya hati dan perasaan mahasiswa ini mudah melenting mengenai sesuatu isu yang berkaitan dan melibatkan diri mereka dan masyarakat.Namun dengan penerangan yang jelas serta maklumat yang betul mahasiswa akan berfikir secara waras mengenai perkara yang akan mereka lakukan.jadilah mahasiswa yang intelektual dalam menyelesaikan sesuatu masalah jangan semata-mata menjadi mahasiswa yang pandai bersuara tetapi tidak dapat melaksanakan apa yang telah mereka katakan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan