Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 11 Julai 2010

PIALA DUNIA

salam kepada semua pembaca blog ini

Piala Dunia merupakan piala yang dinantikan oleh seluruh peminat bola sepak di seluruh dunia.Piala Dunia juga menjadi lambang kemegahan seluruh pasukan dan negara yang bertanding.Penulis juga tidak terkecuali dikalangan jutaan peminat bola sepak piala dunia ini.


Pada kali ini penulis meminati pasukan jerman dan menjadi penyokong fanatik jerman kerana corak permainan dan serangan yang telah ditunjukkan oleh pasukan ini selain daripada ramai pemain-pemain muda yang mempunyai cara permainan yang sangat baik.
Penulis berasa sangat kecewa apabila jerman kalah 1-0 dengan sepanyol pada peringkat separuh akhir namun itu semua sudah suratan takdir buat jerman.Kekecewaan penulis terubat apabila jerman berjaya mengalahkan uruguay dengan 3-2 walaupun perlawanan yang sangat sengit ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan.Tahniah kepada semua pemain-pemain jerman yang telah berjaya!!!!..


Piala dunia kali ini juga dikejutkan dengan kehadiran PAUL sotong yang meramalkan pasukan mana yang akan memenangi setiap perlawanan piala dunia.setakat ini semua ramalan PAUL telah berjaya.cuma tinggal esok sahaja lagi perlawanan akhir antara belanda dan sepanyol PAUL meramalkan sepanyol akan menang.


Sebagai umat islam itu merupakan sesuatu yang khurafat dan boleh memesongkan akidah.Bukan salah haiwan itu tetapi salah manusia yang telah menggunakannya sebagai ramalan.Namun diharap agar setiap umat islam tidak mempercayai perkara ini dan semuanya adalah atas ketentuan daripada ALLAH.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut