Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 23 Julai 2010

Perjalanan kehidupan Manusia

salam kepada semua pembaca blog....


1.Kehidupan yang kita lalui saban hari tanpa kita sedari memberikan kita banyak pemahaman dan pembelajaran dalam diri kita sendiri.Sebagai manusia yang telah diciptakan daripada Tanah dan dikeluarkan daripada saluran kotoran kencing lalu melalui proses transformasi untuk bergelar sebagai manusia merupakan antara detik dan waktu yang membolehkan kita mengenali dengan lebih dekat lagi asal usul kita.Kita Manusia merupakan golongan yang telah dikurniakan oleh Allah sebagai golongan yang diberikan akal fikiran yang dapat mengenal yang mana kaca dan yang mana intan.Namun masih ramai manusia yang tidak dapat membezakan yang mana harum dan yang mana busuk.

2.Alangkah indahnya kehidupan ini jika hari-hari yang kita lalui dan rasai dipenuhi dengan kasih sayang dan kecintaan.Namun kita tidak ditakdirkan untuk selalunya begitu.Segala ruang dan waktu yang kita lalui,kita akan dapat merasai kemansian atau kepahitan,kegembiraan ataupun tangisan,kecintaan ataupun kebencian,kemesraan ataupun kedendaman,kebaikan ataupun keburukan.Semua perkara ini akan dan telah pun kita lalui sepanjang perjalanan hidup ini merentasi ruang waktu kehidupan ini.Hanya mereka yang benar-benar menikmati kehidupan sahaja akan menerima ketentuan ini.

3.Manusia hidup memerlukan diantara satu sama lain.Tidak kira siapa pun kita.Kaya ataupun miskin,muda ataupun tua,berkulit cerah ataupun gelap,tinggi ataupun pendek,hodoh atau pun cantik...kita saling perlu memerlukan dan lengkap melengkapi antara satu sama lain.Walaupun kita berbeza taraf dan darjat dalam hieraki kehidupan ini,Tetapi kita dijadikan daripada saluran yang sama.Tidak ada bezapun kita.Yang membezakan diri kita dengan yang lain adalah sejauh mana kita melalui kehidupan ini sama ada melalui jalan yang lurus ataupun jalan yang berliku-liku.Semuanya terbentang dihadapan mata kita.Kita sendiri yang menjadi pemandu arahnya.kita yang memikirkannya,cuma apa yang pasti kuasa yang esa itu lebih hebat dalam menguji siapa sebenarnya kita.

4.Manusia perlu tahu bahawa apa yang ada di dunia ini hanya sementara.Kita diberi pinjaman dunia ini sebagai tempat untuk berteduh dan berlindung.Sebab itu jangan jadi manusia yang bongkak dan sombong,jangan jadi manusia yang zalim dan kejam,jangan jadi manusia yang tamak haloba,jangan jadi manusia yang hanya membuat kerosakan diatas muka bumi ini.Kita gunakanlah apa yang ada di atas muka bumi ini dengan sebaiknya.Hormat menghormati antara satu sama lain,sayang menyanyangi sesama insan,hiduplah dalam penuh kesepaduan dan kekitaan.Tapi kita perlu ingat bahawa dalam setiap perkara itu ada kebaikan dan keburukan.Dalam kalangan kita tidak akan ada semua yang baik dan dalam kalangan kita tidak akan ada semua yang jahat,kerana kita hidup ini saling lengkap melengkapi.Kita berada dalam suatu ekosistem yang telah ditakdirkan oleh pencipta kita.Cuma kita yang memilih sendiri perjalanan hidup kita.

sekian.

Penulis ialah Mohd Asri Zulkifli.Pelajar tahun akhir Universiti Malaya....

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse