Penulis telah berkesempatan untuk mengikuti SEMINAR PEMBANGUNAN MAHASISWA DI KOLEJ KEDIAMAN PERINGKAT IPT(SEPAKAT2010) pada 23-25 julai yang lalu di UIAM.Penulis merasa sungguh bertuah kerana diberi kesempatan untuk menyertai aktiviti seumpama ini yang melibatkan kepimpinan daripada lebih 20 buah IPTA di Malaysia ini.Penulis juga diberikan kesempatan untuk membentangkan kertas kerja penulis sendiri iaitu PROGRAM DAN AKTIVITI PEMBANGUNAN PELAJAR;SUATU KAJIAN DAN PENGALAMAN DI KOLEJ KEDIAMAN UM.Sewaktu seminar ini dijalankan juga penulis telah diberikan peluang untuk menlontarkan idea dan pendapat mewakili kumpulan penulis ketika sidang pleno dijalankan.Perkongsian idea dan pengalaman dikalangan pemimpin mahasiswa di setiap IPTA di Malaysia ini sangat penulis hargai.Lontaran idea dan pendapat yang dikeluarkan oleh setiap pimpinan mahasiswa sememangnya bernas sekali.Penulis berharap program dan aktiviti seumpama ini dapat dijalankan untuk masa hadapan sebgai platform kepada mahasiswa melahirkan mahasiswa yang berketrampilan.
Berikut merupakan resolusi yang dicapai sepanjang seminar ini dijalankan:
1.Kolej kediaman sebagai platform membentuk keperibadian secara bersepadu melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti :
•kepimpinan
•akademik
•keusahawanan
•kebudayaan
•sukan
•kerohanian
•hubungan luar dan antarabangsa
•khidmat masyarakat
2.Pendedahan, pengetahuan dan pengalaman yang membentuk mahasiswa menjadi individu yang lebih baik dalam aspek-aspek berikut (soft skills) :
•kemahiran berkomunikasi
•bekerja secara berpasukan
•pengurusan masa
•kualiti kepimpinan
•proaktif
•penjanaan idea
•kreatif dan kritis
•jalinan kerjasama dengan pihak lain
•pengurusan kewangan
3.Kemampuan merealisasikan idea-idea hebat yang memberi kesan kepada :
•Alam sekitar :Melestarikan alam sekitar – contoh Eco-Desa
•Masyarakat :Sumbangan – contoh Baktisiswa/OPKIM, Kempen Derma Darah
•Dasar 1 Malaysia – contoh Festival Kesenian
Pengantarabangsaan – contoh Lawatan ke luar negara
•Pencapaian/nama baik negara :Wakil negara – contoh Sukan Universiti/Karnival Sukan
4.Perubahan oleh mahasiswa dalam menangani perubahan alaf 21
•adab
•ketinggian ilmu
•persiapan diri oleh mahasiswa sendiri (mental dan fizikal)
•berpandangan jauh
•mempunyai perancangan
•pemikiran dinamik
•memiliki perspektif berbeza
5.Pendekatan holistic
•Pegangan agama
•Galakan
-Kawan-kawan yang positif, orang-orang yang berilmu,
ibu bapa & Tuhan
•Pengaruh negatif
-Elemen ilmu, emosi, tabiat dan roh menghalang gejala tidak elok
•Kepentingan hiburan -dihadkan
6.Panduan
•ketrampilan
•kepimpinan
•beramal
•berilmu
7.Peranan mahasiswa sebagai pemimpin di kolej kediaman :
•Soft skills yang sama
•Penganjuran program yang berkesan
•Tanggungjawab membangun potensi diri, masyarakat, bangsa dan negara
•Hakikat bakat kepimpinan
•Interaksi dengan mahasiswa lain
•Halangan dasar atau akta
•Contoh yang baik
•Kehidupan selepas meninggalkan alam mahasiswa
8.Kerjasama dengan pihak pentadbiran kolej, pengetua dan felo
•Maklumat
•Kebajikan mahasiswa diutamakan
•Wujudkan suasana kekeluargaan di kolej kediaman
•Sumber rujukan
•Kepimpinan melalui tauladan
•Pemantauan/pemberi nasihat
Kesimpulan
Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti di kolej kediaman melalui pendekatan bersepadu diharapkan akan
melahirkan mahasiswa berketrampilan dan seterusnya
SEMINAR PEMBANGUNAN MAHASISWA DI KOLEJ KEDIAMAN PERINGKAT IPT (SEPAKAT 2010)
TEMPAT
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) KAMPUS GOMBAK
TARIKH
24 JULAI 2010
TAJUK KERTAS KERJA
PROGRAM& AKTIVITI PEMBANGUNAN PELAJAR:SUATU PENGALAMAN DAN KAJIAN DI KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA
PEMBENTANG
MOHD ASRI BIN ZULKIFLI
WAKIL SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ- KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA
PENDAHALUAN
Mahasiswa merupakan aset terpenting kepada Negara dalam pembinaan modal insan yang berkualiti tinggi kerana mahasiswa merupakan golongan intelektual yang bakal menjadi pemacu kepada Negara di masa hadapan.Peranan Mahasiswa untuk lahir sebagai modal insan yang berkualiti dan berketrampilan bukan dibina di dalam bilik-bilik kuliah semata-mata.Tetapi mahasiswa perlu bijak dalam merebut peluang dalam menambah nilai-nilai tambahan dalam diri mereka supaya menjadi mahasiswa yang berkualiti bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi dalam pelbagai bidang terutama dalam pembangunan diri mahasiswa itu sendiri.
Platform kolej-kolej kediaman merupakan salah satu peluang kepada Mahasiswa untuk menonjolkan bakat mereka malahan menimba pengalaman yang sangat berharga dalam mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan di kolej-kolej kediaman.Setiap aktiviti dan program yang dijalankan di kolej-kolej kediaman ini memberikan platform yang jelas kepada mahasiswa untuk memberikan nilai tambah kedalam diri mereka terutama dari segi kepimpinan,kemahiran berorganisasi,perancangan,pelaksanaan dan pelbagai lagi.
Penglibatan aktif mahasiswa di kolej-kolej kediaman yang mereka diami bukan sahaja dapat membantu meningkatkan prestasi kolej kediaman itu sendiri malahan dapat memberikan timbal balik kepada mahasiswa dalam banyak perkara.Mahasiswa yang aktif di kolej-kolej kediaman akan mudah dikenali dan mempunyai pengaruh dikalangan mereka malahan akan menjadi pemimpin di kolej kediaman itu sendiri.Setiap perjalanan aktiviti dan program dikolej kediaman dijalankan oleh mahasiswa mengikut corak dan acuan daripada pimpinan mereka dikolej kediaman.Mahasiswa sendiri yang akan menentukan baik atau buruk sesuatu program yang akan mereka laksanakan di kolej-kolej kediaman.
PERANAN UM DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA BERKETRAMPILAN
Universiti merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi yang berperanan sebagai pemangkin kepada proses penjanaan ilmu. Selain itu universiti juga mempunyai tugas menghasilkan sumber tenaga manusia yang berkelayakan dan berketrampilan bagi memenuhi keperluan dan asprirasi negara sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara serta Wawasan 2020. Perkembangan dunia global hari ini memerlukan sumber tenaga yang berpendidikan, berkemahirandan terlatih demi meningkatkan mutu kerja dan menjadi faktor kritikal di dalam menyumbang kemajuan ekonominegara untuk terus bersaing dan mengubah Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang berasaskan pengetahuan
Dalam alaf baru ini, peranan universiti semakin mencabar. Universiti dituntut memenuhi tanggungjawab melahirkansumber tenaga kerja iaitu penjanaan modal insan yang cemerlang dan berketrampilan mengikut keperluan negara danpasaran global. Universiti tidak lagi boleh dilihat sebagai menara gading yang gah dengan status elit lantas terpisahdengan keadaan masyarakat sekeliling. Universiti yang sifatnya memberi pendidikan adalah wadah pembinaan modalinsan yang berkesam
Tuntutan untuk memasyarakatkan universiti bermakna graduan yang dihasilkan perlu mempunyai cukup kemahiranuntuk menyumbang kepada masyarakat. Pembentukan insan yang seimbang dari kecerdasan intelektual (IQ),kecerdasan emosi (EQ) dan oleh disokong kecerdasan Spritual (ES) serta sahsiah peribadi unggul adalah elemen elemen utama yang harus diterapkan pada semua pelajar untuk menjadi seorang individu yang dinamik danpragmatik serta menjadi aset negara yang berharga.
Universiti Malaya mempunyai visi dan misi dalam menentukan hala tuju para pelajarnya untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang dalam segala bidang.Berikut merupakan visi dan misi Universiti Malaya serta polisi,nilai dan matlamat yang diterapkan kepada seluruh warga Universiti Malaya.
VISI UM:
Untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang ternama di peringkat antarabangsa dalam penyelidikan, inovasi, penerbitan dan pengajaran
MISI UM;
Untuk memajukan ilmu pengetahuan dan pembelajaran melalui penyelidikan dan pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan
POLISI KUALITI UM:
Universiti Malaya beriltizam untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, menjalankan penyelidikan dan perkhidmatan yang berkualiti, menjana ilmu pengetahuan, dan meningkatkan keilmuan melalui usaha penambahbaikan berterusan untuk manfaat semua pelanggan, khususnya pelajar Universiti Malaya.
NILAI-NILAI TERAS UM:
1.Integriti
2.Profesionalism
3.Hormat
4.Meritokrasi
5.Kebebasan Akademik
6.Semangat Kerja Berpasukan
7. Berfikiran Terbuka
8.Kreativiti
9.Kebertanggungjawapan
10.Tanggungjawab Sosial
MATLAMAT PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA:
Siswazah Universiti Malaya akan berkeupayaan untuk:
Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajian mereka, penyelidikan dan amalan profesional yang bersesuaian serta proses-proses pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah.
Menggunakan kaedah yang berkesan termasuk teknologi semasa untuk mengurus maklumat, untuk mencapai kepelbagaian matlamat profesional selaras dengan piawaian profesional serta membuat keputusan berdasarkan data dan maklumat yang sesuai.
Melibatkan diri dalam pembangunan kendiri dan pembangunan profesional secara berterusan, menyokong pembangunan profesional orang lain dan menunjukkan sikap kepemimpinan dan profesional yang positif serta berbudi pekerti bagi amalan yang berkesan.
Berkomunikasi secara berkesan dengan ahli profesional yang lain, masyarakat dan mempamerkan wawasan jelas terhadap tanggungjawab sosial.
Menghayati dan sentiasa berpandukan nilai-nilai teras Universiti Malaya iaitu integriti, hormat, kebebasan akademik, berfikiran terbuka, kebertanggungjawaban, profesionalisme, meritokrasi, semangat kerja berpasukan, kreativiti dan tanggungjawab sosial.
PERANAN KOLEJ KEDIAMAN DI UM DALAM PROGRAM DAN AKTIVITI PEMBANGUNAN PELAJAR
kolej kediaman bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penginapan yang memberi sokongan,kemudahan dan apa jua keperluan untuk menjadikan kemajuan akademik meningkat serta proses sesuatu pelajaran itu berkesan.Kolej kediaman juga berfungsi dan memainkan peranan dalam proses pembentukan diri dan pembangunan mahasiswa terutama dalam aktiviti yang melibatkan kepimpinan dan jati diri.
Antara peranan dan matlamat mengadakan kolej kediaman adalah:
1.Menyediakan pengalaman yang menyeronokkan dan berfaedah bagi memangkin kejayaan akademik
2.Memberi hak pelajar untuk “privacy”, keselamatan diri dan harta peribadi semasa berada di universiti
3.Mewujudkan persekitaran yang bersesuaian untuk keperluan peribadi bagi mencapai prestasi diri yang baik
4. Melahirkan generasi pelajar yang bertanggungjawab, berbudaya ilmu, pintar bermasyarakat, berkepimpinan tinggi, mampu bersaing di peringkat antarabangsa, berakhlak mulia dan berbudaya bangsa.
Dalam konteks memperkasakan modal insan, kolej kediaman memainkan peranan yang bermakna yang menyokong fungsi pusat pengajian atau fakulti yang memberi input kemahiran berat dalam bentuk akademik. Sebahagian masapelajar banyak digunakan di kolej kediaman selain daripada di fakulti. Justeru itu, banyak aktiviti-aktivitipembangunan dan kepimpinan pelajar diatur dan dilaksanakan kepada pelajar untuk memberi input kemahiran ringan(soft skill), kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan dan lain-lain kemahiran.
Didalam kampus Universiti Malaya terdapat 12 kolej kediaman yang menempatkan golongan pelajar daripada pelbagai fakulti.(jadual 1)
Jadual 1 menunjukkan statistik pelajar yang menginap di kolej –kolej kediaman Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010
bil
Nama kolej
Kapasiti muatan (orang)
1.
KOLEJ KEDIAMAN PERTAMA
802
2.
KOLEJ KEDIAMAN KEDUA
534
3.
KOLEJ KEDIAMAN KETIGA
709
4.
KOLEJ KEDIAMAN KEEMPAT
624
5.
KOLEJ KEDIAMAN KELIMA
743
6.
KOLEJ KEDIAMAN KEENAM
681
7.
KOLEJ KEDIAMAN KETUJUH
795
8.
KOLEJ KEDIAMAN KELAPAN
671
9.
KOLEJ KEDIAMAN KESEMBILAN
940
10.
KOLEJ KEDIAMAN KESEPULUH
738
11.
KOLEJ KEDIAMAN KESEBELAS
697
12.
KOLEJ KEDIAMAN KEDUA BELAS
1041
JUMLAH
8975
Terdapat pelbagai aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh mahasiswa Universiti Malaya di kolej-kolej kediaman meliputi segala bidang dan aspek dalam membangunkan potensi diri sehinggalah kepada berbakti kepada masyarakat.Bagi kegiatan kolej-kolej kediaman di Universiti Malaya yang telah didaftarkan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UM bagi sesi 2009/2010 yang lalu terdapat sebanyak 381 program dan aktiviti dalam pelbagai bentuk telah berjaya dijalankan dengan jayanya.katogeri aktiviti dan program yang dijalankan oleh Mahasiswa Universiti Malaya meliputi pelbagai aspek(jadual2)
Jadual 2 menunjukkan katogeri aktiviti di Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya
bil
Katogeri/jenis aktiviti
1.
kebudayaan
2.
Sukan dan rekreasi
3.
Sosial/kemasyarakatan
4.
kerohanian
5.
Kepimpinan
6.
patriotik
7.
keusahawanan
8.
akademik
9.
pengantarabangsaan
10
Dinner (makan malam kolej kediaman)
KOLEJ KEDIAMAN DI UM SEBAGAI TEMPAT PEMBANGUNAN PROGRAM DAN AKTIVITI PELAJAR
kolej-kolej kediaman di universiti Malaya merupakan tempat tumpuan mahasiswa untuk menjalankan aktiviti dan program yang berkaitan dengan pembangunan dan sahsiah diri kerana di kolej kediaman menyediakan pelbagai kemudahan ruang dan aktiviti yang selesa untuk mahasiswa menjalankan aktiviti mereka.Penyediaan kemudahan seperti bilik gerakan pelajar,Dewan,Pengangkutan dan sebagainya memudahkan mahasiswa untuk menjalankan gerak kerja mereka sebelum sesuatu program atau aktiviti itu dilaksanakan.Bukan sahaja mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak pentadbiran kolej tetapi juga mendapat kelulusan serta khidmat nasihat daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UM sebelum sesuatu aktiviti dan program itu dijalankan.
Sebelum sesuatu projek atau aktiviti itu dijalankan setiap Mahasiswa diwajibkan untuk menyiapkan kertas kerja dasar untuk program yang bakal mereka laksanakan dan perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran kolej dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UM.Jika Kertas Kerja Dasar itu tidak mendapat kelulusan maka program atau aktiviti itu tidak boleh dilaksanakan.Perkara inilah memberikan pendedahan kepada seluruh mahasiswa mengenai teknik dan cara untuk membuat kertas kerja dasar/projek yang terbaik untuk mendapatkan kelulusan.Pengetahuan Mahasiswa dalam menyediakan Kertas Kerja Dasar ini merupakan suatu nilai tambah yang sangat berharga sebelum persediaan menghadapi alam pekerjaan.
Kolej kediaman Universiti Malaya juga terdapat barisan pimpinan mahasiswa yang digelar sebagai JTK DAN JIK (Jawatan Kuasa Tindakan Kolej dan Jawatankuasa Induk Kolej) kolej kediaman yang menjadi batu penghubung antara mahasiswa dengan pihak pentadbiran kolej.Peranan JTK DAN JIK kolej kediaman ini adalah memastikan kebajikan mahasiswa terpelihara serta merancang aktiviti dan takwin tahunan untuk kolej kediaman menjalankan program dan aktiviti.JTK DAN JIK yang telah dilantik di Universiti Malaya merupakan mereka yang telah banyak memberikan sumbangan bakti kepada kolej kediaman dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi.Sebelum dilantik menjadi JTK DAN JIK kolej kediaman mahasiswa ini perlu menguruskan minggu orientasi para pelajar baru tahun pertama yang baru mendaftar di Universiti Malaya untuk bergelar sebagai Pembantu Mahasiswa.Segala aktiviti dan perancangan telah dilakukan oleh mahasiswa itu sendiri termasuk flow pendaftaran pelajar,cara pergerakan pelajar,pengisian borang-borang kemasukan dan pendaftaran serta banyak lagi.Kursus-kursus dan latihan yang mereka jalani untuk bergelar sebagai Pembantu Mahasiswa kolej kediaman dan mereka dipertanggungjawabkan seratus peratus untuk menjayakan minggu orentasi di Universiti Malaya.perkara ini secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada pimpinan kolej kediaman ini untuk belajar cara berorganisasi dan menguruskan sesuatu aktiviti dan program berbanding mahasiswa lain.
Peranan organisasi kepimpinan ini dalam membangunkan program dan aktiviti pembangunan Mahasiswa di kolej kediaman sangat tinggi.Perancangan aktiviti dan program yang lebih awal diperlukan untuk mengisi masa dan ruang agar tidak menggangu pembelajaran mahasiswa itu sendiri.Mahasiswa yang tinggal dan menginap di kolej kediaman mempunyai ruang masa dan waktu yang cukup untuk melibatkan diri dalam aktiviti dan program kolej kediaman kerana jadual dan waktu yang fleksibel dalam menjalankan aktiviti ini.
Selain itu,Syarat utama untuk menginap di kolej kediaman Universiti Malaya adalah untuk para pelajar yang terlibat secara aktif dalam program-program yang telah dijalankan di kolej kediaman.Oleh itu,tidak boleh tidak para pelajar perlulah melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang diadakan sebagai merit untuk mereka menginap di kolej kediaman.Mahasiswa yang pasif dan tidak terlibat aktif dalam aktiviti kolej kediaman tidak akan diterima masuk untuk sesi yang seterusnya.Perkara ini telah menjadikan penglibatan dalam aktiviti mahasiswa di kolej kediaman terus meningkat dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Walaupun terdapat beratus-ratus persatuan dan kelab di Universiti Malaya,tetapi majoriti daripada mahasiswa lebih suka terlibat aktif di peringkat kolej-kolej kediaman kerana mereka menganggap kemudahan yang terdapat dikolej kediaman serta kawasan yang berhampiran mereka memudahkan lagi pergerakan mereka.Justeru masa kini melihatkan persatuan-persatuan dan kelab di Universiti Malaya kurang mendapat sambutan daripada mahasiswa kerana mereka lebih suka menjalankan aktiv iti di kolej-kolej kediaman mereka.Tidak dinafikan Persatuan-persatuan di Universiti Malaya kalau mengikut sejarahnya merupakan antara persatuan-persatuan mahasiswa yang hebat dan terkenal di Malaysiapada tahun 70-90 an dahulu.Namun trend itu berubah apabila mahasiswa kini lebih berminat untuk menyertai program dan aktiviti diperingkat kolej kediaman sahaja.
Kolej kediaman merupakan tempat yang paling sesuai dan kondusif untuk membina dan membangunkan pembangunan diri mahasiswa dalam pelbagai aspek kehidupan supaya dapat melahirkan Mahasiswa yang berketrampilan dan sejagat.
CABARAN YANG DIHADAPI OLEH KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN DI UM
Kolej kediaman di Universiti Malaya juga tidak lesu daripada permasalahan yang berlaku.Cabaran yang biasa dihadapi di peringkat kolej kediaman adalah ketidakpuas hatian mahasiswa mengenai pentadbiran kolej kediaman.Pentadbiran kolej yang lemah dan tidak menjalankan tugas dan amanah dengan baik akan sentiasa menjadi buruan mahasiswa yang sentiasa mencari kesalahan dan kelemahan pihak pentadbiran kolej kediaman.
Selain itu,mahasiswa yang dibuang daripada kolej kediaman juga akibat melakukan kesalahan melanggar peraturan kolej atau tidak aktif dalam aktiviti di kolej kediaman sentiasa menjadi batu api kepada mahasiswa lain untuk membenci pihak pentadbiran kolej kediaman.Perasaan tidak puas hati dan hasad dengki menjadi barah kepada mahasiswa ini yang merosakkan diri mereka sendiri.
Kolej-kolej kediaman di Universiti Malaya tidak lari daripada fitnah-fitnah dan provokasi pihak-pihak tertentu yang ingin menjatuhkan sesuatu reputasi kolej-kolej kediaman.Penyalahgunaan kuasa dan rasuah merupakan elemen yang sentiasa dilontarkan kepada kolej-kolej kediaman ini oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan juga tanpa bukti yang kukuh.Namun kebijaksanaan barisan pimpinan kolej kediaman mengatasi segala permasalahan ini perlu dilaksanakan agar kolej kediaman tidak dilihat sebagai tempat untuk mereka menaburkan fitnah.
Kemudahan yang terdapat di kolej kediaman juga kadang-kadang sering dirosakkan dan disalahgunakan oleh mahasiswa yang tidak prihatin.Masalah pembaziran bekalan juga merupakan antara faktor yang perlu ditanggani oleh pihak pentadbiaran kolej-kolej kediaman ini.Penerapan nilai-nilai murni kepada mahasiswa ini sangat perlu dalam memastikan segala kemudahan yang mereka miliki perlu dijaga dan dihargai dengan baik sekali.
Kenaikan yuran di kolej-kolej kediaman juga serta isu harga makanan menjadi perkara utama yang menimbulkan bantahan daripada mahasiswa kolej kediaman.Namun penjelasan yang jelas mengenai sebab kenaikan yuran ini akan memberikan penjelasan kepada mahasiswa mengenai isu tersebut.Isu keselamatan mahasiswa di kolej kediaman juga menjadi perkara utama yang harus dipandang serius oleh pihak pentadbiran kolej kediaman.kecurian motosikal,duit ,komputer riba dan sebagainya akan menakutkan mahasiswa di kolej-kolej kediaman ini.Namun perkara ini dapat dielakkan dengan pengawasan yang ketat di kolej-kolej kediaman seperti penggunaan cctc dan juga penjagaan keselamatan yang ketat oleh pihak keselamatan Universiti.
KESIMPULAN
Fungsi kolej kediaman yang menyokong kecemerlangan akademik sangat penting dalam membentuk pembangunan sahsiah diri kepada mahasiswa.Kolej kediaman boleh menjadi platform yang memudahkan mahasiswa untuk membina karakter diri mereka di masa hadapan dan persediaan dalam menghadapi alam pekerjaan.Peglibatan aktif para pelajar di kolej kediaman memberikan impak yang positif kepada diri mahasiswa itu sendiri kerana menggunakan segala ruang dan peluang yang ada di depan mata mereka dengan sebaik mungkin.Kolej kediaman bukan sahaja menjadi tempat teduhan dan penginapan mahasiswa malahan menjadi nilai tambah estetika yang tinggi ke dalam diri mahasiswa itu sendiri.