Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 14 Oktober 2009

UMNO perlu berubah......

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.


Perasmian Kongres tersebut dilaksanakan oleh Sultan Selangor, Sultan Hishammuddin Alam Shah.

Tuan Za’ba yang merupakan seorang pakar bahasa dan nasionalisme Melayu telah mencadangkan supaya nama pertubuhan yang dicadangkan oleh Dato’ Onn “United Malays Organisation” atau UNO ditambah dengan perkataan “National” menjadikan ia dalam Bahasa Melayu sebagai “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” atau “United Malays National Organisation” atau ringkasnya UMNO. Cadangan tersebut telah diterima sebulat suara.

Dato’ Onn telah dipilih sebagai pengerusi persidangan Kongres dengan sebulat suara. Di dalam ucapannya, beliau menyeru agar perwakilan bersatu.

Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha. Tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang menghadap bahaya dengan bersatu hati. Dengan bersatu hati itu sahaja akan dapat kita mengadap masa yang akan datang dengan harapan akan jaya cita-cita kita itu.

Ucapan tersebut telah membakar semangat ahli-ahli Kongres dan bangsa Melayu seluruhnya. Telah muncul seorang pemimpin agung Melayu yang dinanti-nantikan bagi membela umat Melayu sewaktu kedudukan mereka diancam.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.


PENJENAMAAN DAN KEBANGKITAN SEMULA UMNO....

UMNO merupakan sebuah parti yang telah lama bertapak di tanah melayu.merupakan suatu parti yang sangat rapat dan erat dengan orang-orang melayu terutama di kawasan luar bandar kerana mereka berpendapat bahawa parti inilah yang telah banyak berjuang untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka.

UMNO perlu berubah selepas tsunami politik yang melanda negara pada pilihan raya umum ke -12 yang lalu kerana rakyat mungkin sudah tidak termakan lagi dengan jasa-jasa UMNO.semenanjung tanah air seolah-olah telah jatuh ke tangan pakatan rakyat.

rakyat melihat sikap pemimpin di dalam UMNO yang tamakkan kuasa dan gilakan kekuasaan serta pelbagai lagi karenah yang menyebabkan kejatuhan UMNO itu sendiri.sikap-sikap negatif dikalangan pimpinan UMNO ini bukan sahaja memberi kesan kepada parti tetapi juga kepada masyarakat amnya.politik wang menjadi barah yang mencengkam UMNO setiap kali musim pemilihan pucuk pimpinan parti.seolah-olah barah ini tiada ubatnya dan pimpinan tertinggi tidak ada resepi untuk mengelakkan perkara ini daripada terus terjadi.

sekarang sedang belangsung perhimpunan agung UMNO di PWTC yang mana sedang membincangkan mengenai proses penjenamaan semula UMNO.sebenarnya proses penjenamaan semula ini tidak akan berjaya sekiranya ada `duri dalam daging` kerana jika orang yang tetap tidak mahu merubah sikap mereka terus berada di dalam UMNO.bukan sahaja perlembagaan parti arus dirombak..malahan ahli-ahli dan para perwakilan yang menjadi racun berbisa kepada parti yang mana mereka ini yang akan menyebabkan UMNO akan terus kecundang lagi..

penulis melihat bahawa jika UMNO terus istiqamah dan bertekad untuk memperbaiki dan menjenamakan semula UMNO iaitu parti yang bersejarah untuk orang melayu...UMNO akan kembali di sanubari rakyat.sejarah akan menulis bahawa UMNO tidak akan pernah ditelan zaman malahan menjadi penakhoda zaman.

ingat....UMNO merupakan sejarah penting negara.....jangan nanti kerana keburukan dan ketakutan mereka untuk merubah menyebabkan nama parti ini akan terkubur dalam tulisan sejarah serta menjadi ejekan daripada musuh durjana.

UMNO perlu terus mendepani zaman...jangan lupa perjuangan asal mereka untuk memartabatkan bangsa di tanah air sendiri....UMNO adalah parti milik semua dan akan terus menjadi parti kebanggaan kita...

jangan takut untuk berubah UMNO.....

-PENULIS MERUPAKAN ANAK MUDA YANG MAHUKAN UMNO TERUS MENJADI PARTI YANG MEMPERJUANGKAN RAKYAT DAN MENAKHODA ZAMAN

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse