Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 28 Oktober 2009

fasilitator di kolej profesional mara

salam kepada semua pembaca blog ini...

hari
ini asri ingin menceritakan sedikit pengalaman yang sangat berharga ketika menjadi fasilitator di kolej profesional mara,ayer keroh melaka pada 24-25 oktober yang lalu.proram yang dinamakan``raise me up`` ini merupakan suatu program motivasi kepada para pelajar terpilih di kolej profesional mara ini untuk menaikkan semangat mereka untuk belajar menggunakan pendekatan yang lebih aktif dan menyeronokkan.

sebelum menceritakan lebih lanjut mengenai program ini asri mahu menceritakan sedikit latar belakang pelajar di kolej profesionl mara ini yang mana mereka sanga beruntung kerana semua kos
pembelajaran mereka di tanggung dan mendapat subsidi daripada kerajaan.kolej ini menempatkan para pelajar yang mengambil jurusan diploma bisnes dan akaun.buat masa ini hanya pelajar wanita sahaja yang menginap di dalam kawasan kolej manakala pelajar lelaki terpaksa menyewa di kawasan berhampiran kerana rumah penginapan mereka masih belum siap di bina.

kami semua bertolak pada jam 4 petang dan sampai pada jam 7 malam ke melaka.dengan menaiki sebuah kereta
dan sebuah van seramai 10 orang fasilitator sahaja yang terlibat iaitu 3 orang fasilitator wanita dan 7 orang lelaki.program ini bermula dengan sesi pengenalan fasilitator dan juga sesi ice breaking dalam kumpulan yang telah diberi.pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan untuk menarik perhatian pelajar untuk merasa gembira menyertai program motivasi ini.

ahli kumpulan asri
ialah suhaida,akma,atiqah,aisyah,fiza,syikin,zatie masing-masing menceritakan dan berkongsi pengalaman dengan asri.banyak perbincangan yang berkisar motivasi dan juga memberikan semangat antara satu sama lain untuk terus berjaya ke depan.

sememangnya mereka kelihatan seronok ketika program `explorace` di jalankan kerana pelbagai kativiti fizikal dan minda telah diketengahkan di dalam program ini.apa yang diharapkan melalui program seumpama ini adalah mereka semua akan lebih bermotivasi dan berkeyakinan diri.disamping asri memberikan motivasi secara tidak langsung dapat memotivasikan diri sendiri.


1 ulasan:

maaz berkata...

asri rugi xgi RAISE ME UP 2. Best siot !

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse