Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 6 Jun 2009

kelahiran pemimpin

Menjadi pemimpin yang hebat bukan sesuatu yang mudah,tetapi untuk menjadi pemimpin yang berazam untuk menjadi hebat bukan lah sesutu yang mustahi.
dunia menyaksikan lahirnya betapa banyak pimpinan hebat di dunia.tetapi pimpinan yang hebat itu lahir melalui pelbagai proses dan perubahan.bagi umat islam di seluruh dunia malahan barat sememangnya mengakui keagungan pimpinan rasullulah s.a.w.
barat juga melahirkan amai pimpinan hebat mereka yang telah menyaksikan kepada perubahan dunia.
sejarah menyaksikan proses kelahiran pemimpin ini bukanlah timbul dan muncul dalam suasana yang tenang dan aman tetapi di himpit dengan pelbagai persoalan kemanusian dan keharmonian dunia sejagat.
Amerika syarikat misalnya membuat perubahan dengan melantik presiden pertama yang berkulit hitam iaitu barack obama.proses perubahan ini menunjukkan mood dan juga proses kempimpinan ini berdasarkan kepada penilaian dan juga keadaan semasa.
pemimpin itu lahir bukan kerana ingin memiliki takhta dan kuasa,pemimpin itu lahir bukan kerana ingin dinampak hebat,pemimpin yang lahir itu sentiasa memikirkan perkara yang dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada orang yang dipimpinnya disamping menunjukkan sikap dan teladan yang baik.
proses kelahiran kempimpinan bagi era globalisasi tampak tidak seperti kelahirannya dahulu.proses kelahiran kepimpinan ini sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa,politik dan demografik kawasan pimpinan mereka.
pemimpin yang agung itu lahir kerana cabaran dan dugaan yang mereka terima.proses itu bukan merupakan sesuatu yang mudah.pemimpin agung dunia iaitu nabi muhammad s.a.w sendiri telah menunjukkan suatu bukti yang sangat jelas bagaimana proses kelahiran pemimpin yang hebat itu.seluruh dunia mempunyai sejarah tersendiri dalam kelahiran pemimpin mereka.proses kelahiran pemimpin ini dilihat belaku semasa dan selepas perang dunia kedua yang mana menyaksikan lahirnya ramai pimpinan agung.
sekarang kita berada dalam zaman dan era globalisasi yang menuntut untuk lahir seorang pemimpin yang dapat menjadi paksi dan tumpuan seluruh dunia.pemimpin ini perlu lahir buka daripada kuasa kerajaan atau pengikutnya tetapi hendaklah lahir daripada semangat dan kekuatan yang ada pada diri mereka sendiri.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse