Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 21 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN

kita dapat membayangkan betapa terguris perasaan beberapa tokoh politik yang dikecam oleh rakan sendiri disebabkan kerana hasrat ingin mencari perdamaian dalam kalangan kaum muslimin. Keadaan begini menjadikan kita lebih faham mengapa Allah menyebut: (maksudnya)

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku ialah dalam kalangan muslimin!”. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; maka (engkau akan dapati) orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar (dari kebahagiaan dunia dan akhirat)”. (Surah Fussilat ayat 33-35).


kerajaan perpaduan semakin hangat diperkatakan.kerajaan perpaduan ini bertiup kencang selepas daripada muktamar pas yang berlangsung di shah alam baru-baru ini.idea menubuhkan kerajaan perpaduan ini lahir daripada nasharuddin mat isa dan tuan guru haji hadi awang.kerajaan perpaduaan ini mampu menjadi titik tolak kepada satu perubahan masyarakat yang penuh dengan kebenciaan dan dendam kepada masyarakat yang mampu mencipta sejarah untuk menjadi masyarakat yang sama-sama memperjuangkan negara.kerajaan perpaduan ini sepatutnya sudah lama wujud untuk menjadi satu titik penyusunan semula pentadbiran negara yang mampu memperkasakan lagi agenda pembangunan negara dari aspek pembangunan dan kerohanian.roh semangat perpaduan ini adalah rancangan masa depan yang akan menguntungkan generasi akan datang.kita mahu masyarakat ini akan berubah daripada masyarakat yang berpecah belah kepada masyarakat yang dapat bertolak ansur dan berkerjasama dalam menerajui negara.
kerajaan perpaduan ini dapat menyatukan 2 musuh politik utama di malaysia iaitu umno dan pas.kedua-dua parti politik ini merupakan parti melayu yang terbesar.kerajaan perpaduan ini bukan sahaja untuk menyatukan orang-orang melayu,tetapi ingin memperkukuhkan lagi perpaduaan yang tercapai.malaysia mampu menjadi contoh terbaik kepada dunia dalam urusan pentadbiran jika idea mengenai kerajaan perpaduaan ini dapat di implementasikan.
sesuatu yang baik jangan dihalang.ia ibarat seperti seorang pemuda yang ingin berkahwin dengan seorang anak gadis tidak boleh dihalang perkahwinan itu kerana ia adalah merupakan sesuatu yang baik.cuma mungkin agenda ini dipandang daripada sudut negatif oleh pihak-pihak tertentu.
mungkin ada yang dengki dan kecewa jika kerajaan perpaduaan ini terlaksana kerana mereka hanya mementingkan kepentingan diri,tetapi tidak mementingkan kepada persoalan masyarakat.penyatuaan ini bukan sahaja untuk kepentingan parti politik tetapi lebih di lihat kepada penyatuaan masyarakat.
PAS sebuah parti yang membawa entiti islam sudah semestinya dapat menggunakan ruang ini untuk meneruskan agenda dakwah yang lebih terbuka manakala UMNO dapat memperbaiki segala kesilapan yang belaku dan menerapkan nilai dan perubahan yang baru supaya parti yang memperjuangkan kemerdekaan ini tidak hanya tinggal di lipatan sejarah.
bangsa yang maju dan bertamadun ialah bangsa yang mampu mewujudkan perpaduaan yang utuh di kalangan masyarakat.jika perpaduaan ini terlaksana kita tidak akan mendengar lagi persoalan mengenai keburukan masyarakat kita sendiri.
sudah tentu pimpinan negara dan parti politik perlu melihat isu kerajaan perpaduaan ini daripada sudut yang positif.pemimpin perlu berkorban untuk kesejahteraan rakyat.semoga kerajaan perpaduan ini di berkati dan dirahmati ALLAH......

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut