Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 8 Jun 2009

master kolej ungku aziz um

salam.
bersama master kolej ungku aziz di old town white coffee.
prof madya dr abd jalil othman baru pulang dari jepun dengan mengambil cuti selama 2 minggu kerana ingin memantau persiapan untuk kemasukan pelajar baru dan berjumpa dengan pembimbing mahasiswa kolej kediaman ungku aziz sesi 2009/10.master berada di jepun atas jemputan university of tokyo untuk menjadi tetamu di universiti berkenaan dan memberi speech berkaitan dengan pendidikan.
kami barisan tertinggi pembimbing mahasiswa kuaz bersama abg imran dan master telah pergi ke old town white coffee untuk mengadakan perbincangan mengenai pembimbing mahasiswa kuaz.
Di kesempatan itu master telah menceritakan pengalaman beliau di jepun.
master menceritakan bahawa di tokyo jumlah penduduknya adalah 70 juta orang dan merupakan bandaraya terpadat di dunia.kehidupan di tokyo sangat canggih.LRT di jepun lebih canggih dan banyak.
seperti biasa master akan menceritakan mengenai kehidupan orang jepun yang sememangnya berdisiplin.orang jepun sangat berdisiplin dengan kerja mereka.master menceritakan bahawa di jepun memang tidak akan belaku kecurian dan bandaraya tokyo sangat selamat dengan pengawasan cctv di seluruh bandar.jika letakkan telefon bimbit di perhentian bas pun tidak akan hilang.
perkara yang paling menarik ialah ketika master menceritakan mengenai kenderaan yang popular di jepun iaitu basikal.basikal di jepun ada no pendaftaran dan perlu mendapat pengesahan daripada jabatan pengangkutan jalan negara tersebut.penunggang basikal di berikan keutamaan kerana ada laluan khas untuk penunggang basikal.jika penunggang basikal melalui jalan kereta atau kenderaan lain hendaklah berhenti dan memberikan kutamaan kepada penunggang basikal terlebih dahulu.
master menceritakan mengenai kehilangan basikalnya di jepun,dan mendapat reaksi daripada kawannya yang juga profesor di jepun yang terkejut dengan berita itu.kawannya itu menyatakan mustahil bahawa basikal akan di curi di jepun dan perkara itu tidak pernah berlaku.kawan master memohon maaf kepada master kerana perkara itu belaku kerana itu bukan budaya jepun.tetapi rupa-rupanya basikal master bukan di curi tetapi dirampas oleh jabatan pengangkutan jalan jepun atas kesalahan parking dan di kenakan denda.sememangnya perkara ini memberikan gambaan betapa jepun mengajar rakyat mereka berdisiplin.
perkara yang menarik diceritakan oleh master iaitu mengenai yakuza atau ketua gangster di jepun.maser menceritakan bahawa yakuza di jepun sangat ditakuti dan juga merupakan penyumbang ekonomi terbesa di jepun dan boleh menjatuhkan ekonomi jepun.yakuza sangat di takuti oleh rakyat jepun dan pimpinan jepun sendiri tidak berani dengan yakuza ini.yakuza di jepun lahir daripada tradisi samurai.sememangnya di jepun tidak akan ada samseng dan penjenayah kerana kehadiran yakuza ini.
master juga menceritakan mengenai sistem pendidikan di jepun yang mana setiap graduan jepun di tahun 3 perlu mencari pekerjaan dan sesiapa yang tidak mendapat pekerjaan pada tahun 3 tidak boleh menerima ijazah daripada universiti.itu adalah sistem di jepun yang mana membantu mengatasi masalah pengangguran.
selain itu kes bunuh diri sangat terkenal di jepun terutama di kalangan generasi muda.bunuh diri merupakan tradisi di jepun kerana mereka takut memalukan keluarga mereka.kerajaan jepun terpaksa mendenda rm 1000 kepada ibu bapa yang anaknya membunuh diri untuk kos pengurusan mayat.
banyak lagi cerita dan kisah serta pengalaman master ketika berada di jepun.

selepas itu kami berbual mengenai haluansiswa kolej.master inginkan setiap pembimbing mahasiswa kuaz menghormati pentadbiran kolej dan juga menanamkan rasa hormat.master juga memberikan nasihat sebagai pemimpin kepada kami.master menyatakan bahawa pemimpin yang baik itu lahir daripada penampilan diri mereka.pemimpin harus ada kemahiran untuk menarik anak buah.master mahu setiap masalah dikemukakan kepada pentadbiran kolej supaya semua itu tidak akan menjadi barah.kerana master ibaratkan sebuah kapal yang mempunyai lubang sebesar lidi mampu menenggelamkan seluruh anak kapal beserta kaptennya sekali.

master juga memberikan sedikit nasihat bagaimana untuk berhadapan dengan karenah pelajar international kerana pelajar international adalah paling teramai di kolej kediaman ungku aziz um ini.master menasihati kami untuk menggunakan pendekatan sikologi untuk menarik mereka bukan menggunakan kekerasan.master mahukan semua pembimbing mahasiswa kuaz berdisiplin dan menjadi contoh kepada mahasiswa lain.banyak lagi perkara yang kami bualkan.
banyak lagi pengalaman master yang saya ingin ceritakan.we love u master.
tahniah atas penerimaan prof madya.semoga master akan terus berjaya dan mendapat kehidupan yang baik.

1 ulasan:

arJuNa jaLaNan berkata...

pembimbing mahasiswa or pembantu mahasiswa???
hehehe~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut