salam.
pagi tadi saya telah menghadiri taklimat ringkas mengenai kongres ekonomi islam ketiga dan festival pembangunan ekonomi islam malaysia yang mana akan diadakan pada 12-15 januari di dewan merdeka,pusat dagangan dunia putra(pwtc),kuala lumpur.serta 22-26 januari di mid valley exhibition centre
saya akan menjadi pemerhati untuk kongres ini dan sukarelawan untuk festival ini.kedua-dua program ini adalah anjuran daripada YAPIEM.apa yang menarik dalam program ini ialah ilmu2 yang akan dimilik serta pendedahan kepada saya mengenai aktiviti di luar kampus.
sebagai pemerhati saya akan mendapat rm50 sehari manakala sukarelawan rm30 satu shift berkerja dan akan menginap di hotel citytell berhampiran mid valley.
semoga saya akan mendapat pengalaman berguna ketika menyertai aktiviti ini nanti.
Sabtu, 3 Januari 2009
Jumaat, 2 Januari 2009
master kolejku
salam.
hari ini saya ingin menceritakan sedikit mengenai perbualan saya tadi bersama master kolej kediaman kesebelas um iaitu Dr Abdul Jalil Othman di pejabatnya petang tadi.pada mulanya saya berjumpa dengannya mengenai urusan projek kami,iaitu kelab fasilitator yang akan mengadakan 4 projek pada tahun ini iaitu YOGURT dan FUYOOH...yang akan diadakan di sek keb sri petaling,VIOVA dan XPLORA yang kan diadakan di smk victoria dan smk teknik gombak.
saya berkesempatan untuk berborak sebentar dengan master selepas perbincangan mengenai projek kami.sememangnya master kolej kami ini sangat baik dan peramah serta banyak menjawab pertanyaan kami tadi.sebagai pengenalan master kami ini seorang yang sangat berjaya.dalam usianya yang muda dia telah berjaya mencapai segala impiannya.sebelum umurnya memasuki 30 tahun beliau telah berjaya memiliki rumah banglo dan kereta mercedez.impianya untuk menjadi seorang penulis juga berjaya.beliau telah menghasilkan lebih daripada 150 buah buku dan juga menulis untuk buku2 teks yang digunakan di sekolah sekarang serta di majalah.sememangnya hasil daripada penulisanya dia telah berjaya menjadi seorang yang jutawan.
diceritakan mengenai pengalamannya sememangnya beliau bermula daripada susah,kerjaya pertama beliau adalah seorang guru.dan beliau memegang azam dan cita2 untuk terus berjaya.beliau telah melanjutkan pelajaranya sehingga ke peringkat doktor falsafah iaitu phd.kunci kejayaannya ialah tekun apabila ingin melakukan sesuatu.apabila beliau ingin menulis karyanya beliau memerlukan satu bilik yang sangat tenang dan katanya karya yang ditulis dalam masa 10 minit boleh mendapat duit sehingga 500 ringgit.walupun sibuk dengan tugas tetapi beliau boleh melakukan banyak perkara.seorang yang minat bermain golf.separuh daripada dunia ini pernah beliau lawati.pada 7 hb januari ni beliau akan bertolak ke jepun untuk menjadi tetamu di sebuah universiti di terkemuka jepun iaitu university of tokyo.ini masuk kali kelima beliau pergi ke jepun.negara yang paling diminati olehnya ialah england tetapi baginya malaysia adalah sangat sangat bagus.
anak beliau juga semuanya berjaya.seorang bakal bergelar doktor dan seorang lagi akan ke jepun untuk meneruskan pengajian dalam bahasa jepun.sememangnya kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah.tetapi memerlukan kesungguhan.itulah kunci utama beliau.``be your self``dan`` jadikan diri kamu sebagai hamba kamu sendiri``itu kata-katanya yang masih terngiang-ngiang di telinga saya.beliau hanya tidur 2 jam sehari,masa selebihnya digunakan untuk membaca dan menyiapkan tugasan beliau.sememangnya beliau telah berjaya mencapai impiannya.harapan saya moga saya juga boleh berjaya seperti beliau suatu hari nanti.

Khamis, 1 Januari 2009
tahun 2009
selamat tahun baru saya ucapkan kepada semua yang sudi membaca blog ini...
tahun 2008 telah berlalu,kini tiba tahun baru 2009 yang akan memberikan kita lebih banyak rakaman peristiwa yang akan berlaku sepanjang tahun ini..harapan kita semua adalah supaya tahun ini akan lebih baik daripada tahun sebelumnya..kita akan menjadi yang terbaik..lebih baik daripada sebelum-belumnya...
harapan untuk rakyat malaysia,semoga kita akan menjalani kehidupan yang lebih baik,nasib rakyat miskin dan yang tertindas akan terus di bela.ekonomi kita diharapkan akan terus meningkat,lebih banyak sektor pekerjaan,tahap pendidikan dan kesihatan akan menjadi lebih baik,tahap sosio budaya dan ekonomi meningkat,kecekapan pentadbiran,kekuatan pertahanan di harapkan akan menjadi lebih baik.
jangan terlalu merasa selesa kerana kita belum ditindas dan menerima ujian yang getir,pastikan diri sentiasa bersedia untuk menuju kejayaan yang kita ingin tempuh..perjuangan kemerdekaan kita masih belum selesai,,,azam kita masih belum terlaksana.
perbaiki diri kita,tingkatkan prestasi dan produktiviti..menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat.sentiasa yakin dengan setiap apa yang kita lakukan,tabah dan sabar dengan setiap apa yang kita lalui.semoga tahun 2009 ini akan memberikan makna yang lebih baik kepada kita semua.

Selasa, 30 Disember 2008
permulaan baru
hari ini permulaan aku memulakan pengajian semester 2 di universiti malaya.permulaan yang masih biasa dan tidak terlalu tertekan.semuanya berjalan dengan baik hari ini.
aku mengharapkan supaya sesi permulaaan ini merupakan satu azam dan tekad baru untuk aku menempa kejayaan dan kecermerlangan di universiti malaya yang tercipta ini.aku mengharapkan supaya aku akan terus tabah berada di sini dan dapat menggengam segulung ijazah yang ku idam-idamkan selama ini.
suasana di kolej ku sudah mula sibuk kerana hampir semua penghuni telah mendaftar.aku tinggal bersama 4 orang teman sebilikku.alhamdullilah mereka semua baik-baik belaka.harap untuk hari esok aku akan jadi lebih baik daripada sebelumnya

Isnin, 29 Disember 2008
kekejaman rejim zionis
rejim zionis ini selagi lagi menunjukkan kepada dunia kekejaman mereka dengan membedil penempatan penduduk di gaza.lebih daripada 250 orang yang disahkan meniggal dunia dan beribu-ribu yang cedera.
mereka memang kejam,membunuh kaum wanita dan kanak2 yang tidak berdosa...menghancurkan penduduk yang tidak berdosa.masihkah lagi boleh kita sebagai umat islam berdiam diri?menunggu sehingga mereka mahu menghancurkan bumi palestin?
amerika yang juga sekutu israil masih menyebelahi pengganas sebenar ini.menyalahkan pimpinan hamas.amerika merupakan pembohong dan pendusta dunia.
sudah jelas di depan mata kekejaman dan keganasan..tapi mereka ini buta tuli dan buka hati...langsung tidak memikirkan tentang kemanusiaan.kononnya memperjuangkan kebebasan dan hak kemanusiaan manusia sejagat....tetapi menyokong tindakan ini...
adakah kita mahu kezaliman ini terus berleluasa..rejim zionis ini harus dan patut dihukum..
ayuhlah seluruh bangsa dan agama yang memperjuangkan keperimanusiaan untuk kita mengutuk ke atas serangan israel di gaza ini.berjuang untuk menghentikan serangan ini...

Langgan:
Catatan (Atom)
CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI
BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)
Powered by 123ContactForm | Report abuse