Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 2 Mac 2013

PENCEROBOH LAHAD DATU BUKAN MILITAN ATAU PENGGANAS:-MENTERI DALAM NEGERI HISHAMMUDDIN HUSSEIN

‘Usah layan khabar angin’
Kerajaan mengesahkan sekumpulan lelaki yang menceroboh Tanjung Labian, Lahad Datu, Selasa lalu, bukan militan atau pengganas walaupun ada antara mereka bersenjata.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihak tertentu diminta tidak mempolitikkan isu pencerobohan itu sehingga boleh menjejaskan proses pengusiran kumpulan berkenaan.
“Keadaan ini terkawal dan saya ingin menekankan bahawa apa yang dinyatakan boleh menjejaskan operasi kerana dalam dunia masa kini, maklumat boleh disebarkan dalam sekelip mata. Apa yang saya cakap jika tidak berhati-hati boleh digunakan pihak tidak bertanggungjawab, sekali gus menjejaskan operasi keselamatan.

“Ini sesuatu yang semua pihak perlu faham, turunkan ‘temperature’ (suhu), elak dipolemik, elak dipolitikkan isu ini, elak untuk takut-takutkan orang ramai kerana apa yang dinyatakan khususnya dalam laman sosial bukan situasi sebenar.

“Jadi jika dikatakan ada khabar angin mendakwa ada pengganas masuk ke Kota Kinabalu, saya boleh nyatakan ia tidak benar. Bagaimana saya boleh berada di Kota Kinabalu (jika ada pengganas). Kita tidak perlu melayan khabar angin yang tidak berasas,” katanya ketika sidang media di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Terdahulu, Hishammuddin turut mendengar taklimat diberikan Hamza mengenai situasi terkini di Lahad Datu.

Beliau berkata, apa yang penting adalah menyelesaikan isu berkenaan tanpa berlakunya pertumpahan darah atau kehilangan nyawa.

“Apa yang penting sekarang bukan isu politik, kaum dan ia tiada kaitan dengan pendirian kedaulatan. Tetapi dalam konteks kita, ini adalah sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Kita perlu mengendalikan dengan lebih bijak tanpa berlaku pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Saya tahu maklumat sebenar dan apa digembar-gemburkan di luar sana adalah sesuatu perkara yang tiada asas langsung.

“Saya juga mengesahkan dalam konteks kedudukan keselamatan dan hak Sabah serta rakyat di sini, kita tidak akan berkompromi. Justeru, biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka,” katanya.

Ketika ditanya kononnya mereka tidak mahu berundur dan mendakwa Sabah milik mereka hingga sanggup berperang syahid seperti dilaporkan dalam laman video Youtube, Hishammuddin berharap majoriti rakyat Sabah tidak terikut-ikut dengan perkara itu.


1 ulasan:

Unknown berkata...

kalau bukan Pengganas,apa pulak???Pembaik ke???kan ank buah UMNO jugak tuu

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse