Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 27 Ogos 2010

PERPADUAN MAHASISWA

salam kepada semua

DISINI KAMI BERDIRI DALAM SATUBARISAN
MEMANDANG DUNIA YANG KAMI TAHU
DALAM DENTUM DADA KAMI
DALAM KAWAH KEPALA KAMI

BADAI TAUFAN TIDAK BISA
MENJATUHKAN SATU BARISAN
HUJAN RIBUT TIDAK PERNAH
MELEMASKAN SATU BARISAN

KUASA MENTARI TIDAK UPAYA
MEMERAHKAN SATU BARISAN
DISINI KAMI BERDIRI DALAM SATU BARISAN

BERDEPAN DENGAN DUNIA YANG KAMI TAHU
DUNIA YANG TELAH KAMI TELANJANGKAN
PARA MUSUH YANG TELAH KAMI TELANJANGKAN
PARA PENTADBIR YANG TELAH KAMI TELANJANGKAN
TELANJANGKAN
TELANJANGKAN
DENGAN NAMA TUHAN ATAS KEBENARAN
ATAS KEMANUSIAAN-ahmad sebi

Puisi ini telah dinukilkan oleh seorang penyair kampur pada tahun 60 an dahulu selepas daripada peristiwa hitam yang belaku di negara kita iaitu ``peristiwa 13 mei``.Selepas daripada perisitiwa ini konteks kesedaran politik mahasiswa dan barisan pimpinan mahasiswa.Apa yang belaku adalah lahir daripada keadaan kumulatif dan lagikal,iaitu hasil perjuangan lepas yang masih belum habis.hasil daripada peristiwa inilah  telah lahir sebagai satu barisan mahasiswa yang lebih padu dan kuat selepas daripada tragedi berdarah 13 mei 1969.Telah lahir satu barisan mahasiswa yang berdiri untuk mencabar setiap ketidakadilan dan penindasan.Semangat kesatuan dikalangan mahasiswa kampus telah timbul dan lahir hasil daripada saat-saat yang kritikal itu.Mahasiswa yang sebelum ini berada dalam keadaan kucar kacir dan tidak bersefahaman termasuk dikalangan ahli-ahli persatuan akhirnya telah bersatu demi menunjukkan kekuatan mahasiswa dalam mencabar pemerintahan kerajaan pada ketika itu demi kepentingan masyarakat.

Apa yang penulis telah rungkaikan diperingkat permulaan artikel penulis berkaitan dengan sejarah mahasiswa itu sendiri.Mahasiswa pada era 60 dan 70 an merupakan golongan mahasiswa yang sentiasa mempunyai kesedaran yang tinggi dengan apa yang belaku di sekeliling mereka,Bukan sahaja peristiwa yang belaku di dalam negara malahan peristiwa-peristiwa yang belaku di luar negara juga mendapat tempias dan kesedaran dikalangan mahasiswa pada ketika itu.Hasil daripada kesedaran-kesedaran inilah telah lahir daripada kalangan mereka pimpinan yang kini berada dalam tampuk pemerintahan negara dan penulis yakin dan berbaik sangka bahawa pejuang dan aktivis-aktivis mahasiswa inilah yang telah merubah dan memperbaiki sistem pentadbiran di negara ini walaupun tidak secara keseluruhannya.

Penulis melihat bahawa generasi mahasiswa dahulu telah berbangga dengan segala pencapaian mereka dan perjuangan mahasiswa kerana hasilnya telah kelihatan kini,Namun apa yang penulis mahu lontarkan sebagai satu persoalan adakah generasi mahasiswa pada masa kini dalam era globalisasi ini akan berbangga dengan pencapaian dan perjuangan mereka di masa hadapan?adakah mereka telah melakukan satu kejayaan secara besar-besaran untuk generasi masa hadapan negara?dan apakah yang mereka lakukan sekarang ini membawa kepentingan kepada negara pada masa hadapan? persoalan ini sengaja penulis timbulkan kerana bagi penulis sendiri yang masih bergelar mahasiswa masih tidak melihat kekuatan dan semangat sebenar mahasiswa itu sendiri.Namun bagi penulis sendiri semua persoalan ini akan terjawab dengan mudah andai kata mahasiswa kini mempunyai satu kayu ukur yang tersendiri dan juga indikator yang jelas mengenai perjuangan mereka bagi membina negara pada masa hadapan.Kerajaan kini dilihat semakin memperbaiki sistem kebobrokan yang telah mereka bina suatu ketika dahulu dan masih lagi berlaku kini seperti isu penyelewengan dana negara,isu rasuah,isu kronisma dan banyak lagi isu yang boleh membawa negara berhadapan dengan krisis yang teruk dan hebat jika tidak ditanggani.Justeru,perkara inilah yang perlu diperjuangkan oleh mahasiswa.Gelaran mahasiswa sebagai juru bicara rakyat kelihatan tidak lagi relevan kerana rakyat di negara kini semakin tinggi pendidikan dan taraf hidup mereka dan mereka semakin sedar dengan setiap yang belaku di negara kita.Masyarakat mahu mahasiswa menjadi mahasiswa yang berjaya dan cemerlang demi meneruskan legasi kepimpinan negara yang mampu memberikan harapan baru kepada mereka.

Penulis mempunyai formula yang penulis yakin dan percaya bahawa formula ini bukan sahaja daripada pemikiran penulis sendiri tetapi juga mahasiswa dan masyarakat yang lain iaitu agenda perpaduan mahasiswa.
apa yang ingin penulis rungkaikan disini mengenai apakah PERPADUAN MAHASISWA yang sebenarnya.Penulis memberikan definisi secara konseptual apa yang penulis maksudkan dengan PERPADUAN MAHASISWA ini iaitu kesatuan dan kerjasama dikalangan mahasiswa secara bersama dalam perkara dan isu-isu yang melibatkan kepentingan masyarakat dan negara serta kepentingan mahasiswa itu sendiri tidak kira daripada apa juga idealisma yang mahasiswa bawakan kerana disana terdapat satu titik persamaan dan kesatuan dikalangan mahasiswa dengan apa yang mereka mahu perjuangkan.Maksud PERPADUAN MAHASISWA ini dijelaskan melalui pemahaman penulis sendiri namun penulis tahu bahawa banyak lagi yang boleh dimaksudkan dengan perpaduan mahasiswa ini tetapi penulis yakin dan percaya apa juga definisi dan penerangannya perkara itu tidak akan jauh bezanya dengan pandangan penulis sendiri.

PERPADUAN MAHASISWA yang bagaimana mahu kita lahirkan?adakah perkara ini tampak begitu retorik dan tidak bisa menjadi kenyataan?Persoalan ini akan sentiasa diutarakan oleh semua golongan mengenai isu perpaduan mahasiswa ini..Penulis mahu membincangkan isu perpaduan mahasiswa ini dalam tiga perkara asas dan konsep yang utama iaitu ideologisma,intelektualisma dan perpaduan mahasiswa itu sendiri.

Pertama dalam konsep ideologisma atau dengan kata yang lebih mudah lagi iaitu pemikiran mahasiswa itu sendiri.Mahasiswa mempunyai ideologi dan pemikiran yang tersendiri.Semua mahasiswa mempunyai pandangan dan keyakinan mereka sendiri namun tidak semua ideologi mahasiwa ini tidak mempunyai persamaan.ideologi dan pemikiran mahasiswa di kampus bagi penulis sendiri sebenarnya lebih bersifat politik.kerana itulah telah ada label mahasiswa yang pro-kerajaan dan pro-pembangkang.Perkara inilah yang membuatkan kesatuan dan perpaduan dikalangan mahasiswa itu nampak sukar dan susah untuk dicapai dan menjadi realiti.Namun di kampus masih ada lagi golongan mahasiswa yang tidak terlalu taksub atau pendek kata tidak ambil tahu pun mengenai politik semasa.Golongan mahasiswa inilah yang lebih mudah untuk kita pimpin mereka kearah penyatuan dan perpaduan mahasiswa berbanding golongan yang begitu fanatik dan taksub dengan parti politik tertentu tidak kira sama ada kerajaan ataupun pembangkang.Penulis melihat masih belum terlambat bagi kedua-kedua pihak pro-kerajaan ataupun pembangkang ini untuk bersatu di bawah satu perjuangan yang sama iaitu perjuangan mahasiswa.Walaupun berbeza ideologi dan pandangan tetapi kita tetap memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa dan kita juga tetap mahu melihat negara ini terus aman dan damai serta stabil dari segi agama,politik dan ekonomi.Cuma kita berjuang dengan cara berbeza sama ada lebih ekstrim atau radikal atau secara negosasi dan perbincangan.Teruskan dengan perjuangan anda semua tetapi kita perlu bersatu demi kekuatan mahasiswa itu sendiri,kerana kita memakai `title` yang sama iaitu `MAHASISWA`.adakah golongan mahasiswa ini hanya memperjuangkan kepentingan puak-puak yang menyokong mereka sahaja atau memperjuangkan kepentingan seluruh mahasiswa secara umumnya.sudah tentulah penulis yakin bahawa kita akan memperjuangkan hak dan kebajikan seluruh mahasiswa secara bersama.Penulis mahu melihat mahasiswa kini bersatu demi kepentingan mahasiswa dan masyarakat dan negara secara keseluruhannya kerana kita merupakan golongan yang bakal menjadi masyarakat dan pimpinan kepada negara sudah tentulah kita mahu landskap politik yang ada sekarang akan menjadi lebih baik dan cemerlang pada masa hadapan.

kedua perpaduan mahasiswa dalam konsep intelektualisma.Sudah tentu golongan mahasiswa merupakan golongan intelektual yang menjadi aset penting kepada negara.Intelektual mahasiswa ini diukur berdasarkan kepada pandangan mereka secara keseluruhannya.Apa yang mereka miliki di bilik-bilik kuliah dan apa yang mereka terima melalui proses pembelajaran ilmu di universiti menjadikan golongan ini boleh digelar sebagai gologang intelektual.Sebenarnya sebagai golongan yang intelektual kita perlu berada dalam satu entiti yang bebas demi kebebasan intelektual itu sendiri.Golongan yang intelektual tidak melihat sesuatu perkara itu secara emosi dan membabi buta tetapi melihat sesuatu perkara itu dalam konteks penyelidikan dan penelitian secara konsisten.Mahasiswa yang intelektual akan melihat sesuatu perkara itu untuk kepentingan bersama.Mereka akan mencipta sesuatu kemudahan bukan sahaja untuk diri mereka tetapi juga untuk kegunaan orang lain secara bersama.Sebagai golongan yang intelektual sifatnya dan atas dasar kebebasan akademik PERPADUAN MAHASISWA ini bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan dan menjadi kenyataan.Golongan intelek ini akan berfikir bagaimana mahu membina satu masyarakat yang kuat dan kukuh dan sebelum diterjemahkan kelapangan masyarakat mahasiswa haruslah mempraktikkanya dahulu di kampus-kampus mereka.Jika mereka berjaya mewujudkan suatu masyarakat kampus yang bersatu padu dan bersama tidak mustahil mereka akan membentuk masyarakat yang lebih baik pada masa hadapan.Sebab itulah Universiti sentiasa digelar sebagai mini country ataupun mini masyarakat kerana apa yang belaku di dalam kampus tidak jauh bezanya dengan apa yang akan belaku pada masyarakat di luar.


ketiga dan terakhir penulis mahu membincangkan mengenai konsep perpaduan mahasiswa itu sendiri.Alangkah hebatnya dan kuatnya mahasiswa itu jika semua yang bergelar mahasiswa itu bisa menjadi satu paduan yang sungguh kuat dan utuh sehingga tidak ada satu perkara pun yang akan memecahkan tembok perpaduan dikalangan mereka.Semua perkara yang mereka lakukan bukan sahaja akan menjadi mudah dan senang tetapi juga bisa menjadi satu kuasa besar di kampus kepada masyarakat.Perpaduan mahasiswa ini akan menimbulkan sifat gerun dan takut pemerintah kepada golongan mahasiswa kerana seluruh mahasiswa itu bersatu dalam satu barisan yang kuat.Satu kata-kata yang keluar daripada mahasiswa adalah kata-kata daripada seluruh mahasiswa.Kerajaan dan pemerintah pasti akan mendengar segala pandangan dan idea daripada mahasiswa kerana pandangan dan idea ini merupakan idea dan pemikiran daripada seluruh mahasiswa itu sendiri.Jika mahasiswa tidak berpuas hati kepada kerajaan ataupun pemerintah atas ketidakadilan dan kezaliman seluruh mahasiswa akan turun menentang kerajaan yang zalim ini.Setiap perkara yang diperjuangkan secara bersama oleh mahasiswa bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan dan enteng oleh pihak kerajaan kerana perkara itu merupakan suatu keputusan bersama.Begitu banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh mahasiswa andai formula PERPADUAN MAHASISWA ini menjadi suatu realiti dan kenyataan.Penulis yakin dan pasti untuk merubah masyarakat kampus ini bukan lah sesuatu yang mudah dan penulis yakin jika ia berjaya diubah,dengan sendirinya masyarakat diluar akan dapat diubah kerana golongan mahasiswa juga adalah merupakan golongan masyarakat.

secara kesimpulannya penulis membawa formula PERPADUAN MAHASISWA ini bukanlah sesuatu perkara yang baru dan idea daripada penulis sendiri tetapi idea dan perkara ini telah lama dibincang dan diperkatakan tetapi masih tidak dapat dilaksanakan secara keseluruhannya.Perkara ini tidak akan membawa kerugian kepada mahasiswa tetapi akan menjadi satu kekuatan dan kelebihan bukan sahaja kepada mahasiswa tetapi kepada masyarakat.Semoga PERPADUAN MAHASISWA ini akan menjadi kenyataan walaupun bukan hari ini,walaupun,bukan hari esok,walaupun bukan bulan ini,walaupun bukan tahun ini dan tahun depan,moga-moga menjadi satu kenyataan suatu hari nanti.

sekian

P/S:PENULIS IALAH MOHD ASRI ZULKIFLI,PELAJAR TAHUN AKHIR UNIVERSITI MALAYA DAN MERUPAKAN SPEAKER SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA DAN PRESIDEN KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ UNIVERSITI MALAYA.


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse