Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 1 Ogos 2010

PERANAN GURU DALAM BERPOLITIK

salam kepada semua

Tanggal  1 ogos 2010 merupakan detik bersejarah bagi guru siswazah yang berada di negara kita kerana kerajaan pada ketika ini telah memberikan kebenaran kepada golongan ini untuk berpolitik.Guru siswazah gred DG41 hingga DG48 telah diberikan keistimewaan ini oleh pihak kerajaan.Penulis mahu mengulas isu ini berdasarkan pendapat dan pemikiran daripada diri penulis sendiri berdasarkan kebenaran berpolitik kepada golongan guru.Penulis mahu membincangkan isu ini dalam pro dan kontra serta beberapa penyelesaian yang boleh dilakukan.

Penulis secara peribadi sangat bersetuju dan menyokong keterbukaan yang telah ditunjukkan oleh pihak kerajaan dalam membenarkan guru-guru siswazah di Malaysia ini berpolitik.Perkara ini dilihat sebagai satu lagi keterbukaan oleh pihak kerajaan dalam membawa perubahan landskap politik di negara kita.Namun penulis sendiri sebagai mahasiswa mahu kebenaran ini diperluaskan kepada semua golongan profesional termasuk para pensyarah dan mahasiswa di Universiti.Penulis berpendapat golongan profesional dan intelektual juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam membangunkan negara ini,justeru politik merupakan cabang utama dalam menjayakan sesuatu dasar dan perancangan kerasjaan itu.Semoga kerajaan akan memikir dan menilai sepenuhnya mengenai perkara ini.

kembali kepada fokus utama perbincangan kita mengenai kebenaran berpoltik kepada golongan guru siswazah ini.Daripada sejarah kemerdekaan negara , golongan guru merupakan golongan yang paling banyak menyumbang dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu.Walaupun mungkin dalam memperjuangkan kemerdekaan mereka tidak mengangkat senjata tetapi golongan guru inilah yang telah meniupkan api kebangkitan kepada seluruh penduduk tanah melayu pada ketika itu untuk menuntut kemerdekaan negara ini.Antara pejuang-pejuang bangsa yang merupakan golongan guru adalah ghafar baba,senu abd rahman,khir johari,aziz tapa dan banyak lagi .Kebenaran berpolitik bagi golongan ini merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan lagi kerana selepas kemerdekaan sedikit demi sedikit golongan guru telah disekat dalam melibatkan diri dalam politik sekaligus guru yang dianggap sebagai golongan elit dikawasan luar bandar terpinggir daripada arus politik.Penglibatan guru dalam kancah politik bakal memberikan nafas baru kepada guru-guru yang berada di kawasan luar bandar untuk diangkat sebagai pemimpin di kawasan mereka dan diberikan penghormatan selain dapat mengisi kekosongan kepimpinan.

kerisauan yang timbul disebalik kebenaran berpolitik ini adalah golongan guru ini lupa akan tanggungjawab sebenar mereka dalam profesion keguruan.Taggunjawab mengajar kepada pelajar-pelajar di sekolah mereka akan diabaikan semata-mata menyibukkan diri dalam berpolitik malahan akan menarik para pelajar mereka untuk menyokong ideologi kepartian yang dibawakan oleh guru-guru mereka disekolah.Selain itu pangkat yang tinggi dalam sesuatu parti politik dan kawasan mereka mengakibatkan golongan guru ini tidak lagi menghormati ketua mereka iaitu guru besar dan pengetua sekolah mereka sendiri kerana mempunyai jawatan yang lebih tinggi daripada mereka.Oleh itu golongan guru perlu bijak dalam menggunakan ruang dan peluang yang telah diberikan oleh pihak kerajaan ini kepada mereka.Guru perlu memainkan fungsinya yang sebenar iaitu sebagai pendidik serta mengajar perkara yang baik kepada anak-anak muridnya.Guru yang melibatkan diri dalam politik ini janganlah melebihkan emosi dalam pengajaran mereka tetapi haruslah bersikap intelek untuk memberikan maklumat dan pengajaran terbaik kepada semua anak didik mereka di sekolah.Guru tidak boleh ada sikap permusuhan dengan pelajarnya jika seseorang pelajar itu tidak menyokong ideologi politik yang dibawa oleh guru mereka termasuk jika keluarga pelajar itu sendiri tidak menyokong ideologi politik guru berkenaan.Penulis menimbulkan permasalahan yang bakal berlaku ini sebagai satu persediaan kepada guru-guru siswazah ini yang berminat untuk menyertai mana-mana parti politik di negara ini supaya tidak mengambil kira kepentingan peribadi tetapi haruslah adil dan bertindak bijak dalam menanggani permasalahan yang bakal belaku kelak.

Guru siswazah di negara ini haruslah mempunyai jiwa dan perasaan untuk memartabatkan negara,bangsa dan tanah air ini apabila terlibat dalam bidang politik.Guru-guru ini haruslah mengembalikan semula kepercayaan masyarakat kepada poltik di tanah air ini.Tidak dapat dinafikan kemasukan golongan koprat kedalam politik telah mengakibatkan banyak belakunya politik wang dan salah guna kuasa kerana golongan ini lebih mementingkan keuntungan kepada diri mereka sendiri,oleh itu guru yang menyertai politik haruslah mengembalikan kepimpinan yang dapat mengangkat kembali martabat kepimpinan itu kerana guru adalah golongan yang intelektual dan mempunyai ijazah yang diberi kepercayaan oleh golongan masyarakat.

Guru siswazah ini perlu menunjukkan kepada masyarakat bahawa profesion keguruan ini adalah profesion yang terbaik dalam mengangkat martabat masyarakat itu sendiri.Para pelajar disekolah merupakan aset yang sangat bernilai kepada negara kerana mereka bakal dewasa dan akan menggantikan generasi yang ada pada ketika ini.Pembentukan modal insan yang cemerlang merupakan tanggungjawab guru bersandarkan kepada didikan dan tauladan yang baik.Penulis menyeru supaya guru-guru siswazah yang melibatkan diri dalam politik untuk menunjukkan contoh yang terbaik kepada para pelajarnya bukan sahaja menjadi guru yang cemerlang disekolah tetapi sebagai wira atau jaguh kepada masyarakat berdasarkan penyesuaian yang berjaya ditunjukkan oleh guru dalam membezakan antara karier politik dan keguruan supaya kedua-duanya dapat memberikan manfaat.

Tidak kira parti mana yang guru-guru ini akan pilih,Semua guru siswazah ini haruslah mengamalkan prinsip yang sewajarnya sebagai seorang guru.Berikanlah didikan terbaik kepada para pelajar sekolah supaya dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk,yang mana intan dan yang mana kaca.Perkara itulah yang menjadi teras utama.Pihak kerajaan haruslah bertindak adil dalam perkara ini dengan tidak membezakan guru ini berdasarkan perbezaan ideologi politik.Sekolah bukanlah tempat untuk berpolitik tetapi sekolah adalah tempat untuk memberi kefahaman kepada pelajar mengenai politik.Penulis teringat puisi yang ditulis oleh usman awang yang terkenal iaitu guru oh guru yang memberikan gambaran yang jelas tentang tanggungjawab seorang guru ini.kelahiran pimpinan negara dimulakan oleh seorang guru.Semoga guru siswazah yang telah diberikan kebenaran untuk berpolitik ini dapat menjadi generasi yang bakal membawa aspirasi dan semangat baru kepada politik tanah air masa kini.

sekian,hayatilah puisi guru oh guru ini sebagai panduan kepada semua:



Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

PENULIS IALAH MOHD ASRI ZULKIFLI PELAJAR TAHUN AKHIR UNIVERSITI MALAYA DAN MERUPAKAN PRESIDEN KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ UNIVERSITI MALAYA.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam kepada empunye blog....mohon untuk ambil beberapa point untuk saya buat xsignment... tq...

Tanpa Nama berkata...

salam kepada tuan blogger,juga mohon ambil beberapa point untuk tugasan saya..thanks sbb menulis isi2 yang sangat bernas...good luck....

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse