Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 9 Mei 2010

I LOVE MALAYSIA!!!!!!!!




1.Penulis kini melihat pelbagai perkara besar telah berlaku dalam beberapa minggu kebelakangan ini melibatkan isu-isu besar yang telah melanda negara.Perkara-perkara yang berlaku ini sebenarnya mencerminkan masyarakat kita di negara ini dalam era dunia yang menuju ke transformasi perubahan kecanggihan teknologi di luar kawalan.

2.Penulis melihat isu-isu seperti kematian dan pembunuhan yang berleluasa sesama ahli keluarga,kes kematian akibat kecuaian pihak berkuasa seperti kes Aminulrashid,krisis yang melanda kerabat di raja kelantan,Suasana politik dan pentadbiran negara seperti isu APCO,bidang kesihatan dengan serangan wabak influenza H1N1,dan pelbagai lagi isu hangat dalam pilihan raya kecil yang belaku dan terbaru di hulu selangor dan sibu serta pelbagai lagi isu nasional yang berlaku.


3.Penulis tertanya dalam persoalan pemikiran penulis mengenai sikap dan pemikiran masyarakat malaysia masa kini.Pemikiran daripada golongan bawahan sehinggalah ke golongan atasan adakah mereka mempunyai pemikiran yang sama atau sebaliknya.Adakah golongan petani dan miskin yang lebih mementingkan mengenai aspek keselamatan dan kesejahteraan negara?ataupun golongan atasan ataupun pemerintah yang memikirkan mengenai soal negara ini lebih hebat lagi?Namun penulis membuat kesimpulan bahawa masyarakat malaysia tidak kira siapa pun mereka,kaya atau miskin,tua atau muda,pemerintah atau pekerja semuanya memikirkan dan mengimpikan negara ini akan sentiasa aman dan makmur.Mereka semua adalah benteng dan semangat yang akan terus mempertahankan Negara yang tercinta ini.Semuanya telah meletakkan tanggungjawab keatas diri mereka sebagai rakyat Malaysia.


4.Penulis melihat dari aspek politik.bagaimana Negara ini telah ditunjangi oleh kerajaan yang menjadi pilihan rakyat dan demokrasi sebagai pelengkap utama kini telah jelas terbentang di mata dan pemikiran kita bahawa kita mempunyai satu kuasa politik yang sangat kuat dan lengkap tidak kira sama ada daripada Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional.Kedua-duanya kini mempunyai kekuatan masing-masing dan memenuhi hasrat dan kehendak rakyat.Kewujudan dua kuasa besar ini sebenarnya memberikan manfaat kepada rakyat daripada semua golongan.Kini suara rakyat mula menjadi perhatian dan kebajikan rakyat semakin diutamakan.Kalau tersilap langkah dalam memberikan layanan kepada rakyat,buruk padahnya ketika pilihan raya.Parti yang memberi kita kebajikan dan mengutamakan rakyat akan menjadi pilihan di hati.


5.Penulis melihat dari aspek pemerintahan kerajaan dan negara,kini juga telah mengalami transformasi yang tersendiri hasil daripada kebijakkan rakyat jelata.Pemerintah kini semakin peka dengan hal ehwal dan kehendak rakyat dalam sistem kerajaan dan pentadbiran negara.Pemerintah memastikan semua golongan tidak kira siapa pun mereka akan mendapat pembelaan.Penulis dapat menyatakan bahawa kesan positif kepada kerajaan barisan nasional sekarang ini akibat tidak mendapat majoriti 2/3 di dewan parlimen sebenarnya telah membuat parti ini yang memerintah lebih berhati-hati dan memperbaiki segala kesilapan dan kesalahan dalam sistem kerajaan.


6.Penulis melihat daripada aspek pendidikan dan pelajaran,Malaysia telah berjaya memastikan bahawa pendidikan dan pelajaran ini dapat diikuti oleh segenap lapisan masyarakat terutama mereka yang tidak berkemampuan untuk menanggung pembelajaran anak-anak mereka.Kewujudan Universiti dan kolej seperti cendawan tumbuh selepas hujan membuktikan bahawa semakin ramai golongan cerdik pandai telah dilahirkan dalam masyarakat malaysia.Cuma penulis masih mengharapakan kerajaan akan menjadikan pendidikan ini sebagai kebajikan utama kepada anak-anak Malaysia supaya mereka semua mampu untuk meneruskan pembelajaran ini sehingga mencapai kejayaan.


7.Penulis melihat daripada aspek keselamatan negara,yang mana Malaysia kini mahu menjadi antara negara yang mempunyai sistem keselamatan yang hebat di mata dunia.Kelengkapan ketenteraan kini telah di pertingkatkan mutu dan kualiti mereka.Namun penulis menyatakan kebimbangan mengenai beberapa perkara dan isu yang telah didengari mengenai dengan kehilangan enjin pesawat dan juga kaedah pembelian alatan ketenteraan ini.Masih terdapat kesangsian dikalangan anggota polis yang sewenang-wenangnya membunuh manusia yang tidak dipastikan bersalah atau tidak dan kewujudan perisikan israel dalam sistem keselamatan negara.Walaupun mungkin perkara ini hanya sekadar khabar angin tetapi ia tetap menimbulkan keraguan kepada masyarakat mengenai sistem keselamatan negara ini.

8.Penulis melihat bahawa banyak lagi perkara yang perlu kita bincangkan dan hayati bersama-sama demi kepentingan negara kita di masa depan.Persoalan dan permasalahan negara ini bukan sahaja terletak di bahu pemerintah tetapi kepada seluruh masyarakat yang berada di tanah bertuah Malaysia ini.Suara dan pandangan dari segenap lapisan rakyat sangat diperlukan.Pemerintah yang dipilih oleh rakyat adalah pemerintah yang akan membawa gagasan dan aspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

*penulis merupakan pelajar UNIVERSITI MALAYA......

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse