Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 17 Mei 2010

SIBU MILIK PAKATAN RAKYAT!



1.Tahniah penulis ucapkan kepada calon pakatan rakyat daripada DAP Wong ho leng diatas kemenangan ke atas kerusi Parlimen Sibu menewaskan calon Barisan Nasional Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi.
 
2.Penulis melihat kemenangan ini memberikan semangat baru kepada Pakatan Rakyat dan motivasi kepada mereka selepas tewas di Parlimen Hulu Selangor lalu dan juga kebelakangan ini ramai daripada Ahli-ahli pakatan rakyat telah meninggalkan parti itu.Namun kekalahan Barisan Nasional juga dapat memberikan petanda kepada Barisan Nasional bahawa rakyat masih mahukan perubahan dilakukan dan juga rakyat akan menghukum mereka sekiranya tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan betul dan adil.

3.Penulis melihat situasi pilihan raya kecil ini akan memberikan kesan kepada PRU ke-13 nanti yang bakal menyaksiakan kekuatan kedua-dua jentera sama ada pakatan rakyat ataupun Barisan Nasional.Barisan Nasional tidak seharusnya tidak boleh memandang remeh suara rakyat berkaitan isu-isu besar dan negara.Pemberian lesen judi bola sepak piala dunia baru-baru ini bakal mendapat penentangan besar rakyat terutama mereka yang beragama islam dan tidak kurang juga daripada kaum-kaum lain.

4.Penulis melihat juga bahawa pakatan rakyat harus menyusun kembali kekuatan Parti mereka yang kini kelihatan agak goyah akibat ramai daripada ahli-ahli serta pemimpin mereka telah meninggalkan parti itu.Perkara ini berlaku mungkin akibat ada perkara yang tidak disenangi oleh sesetengah pihak.Agenda dan perjuangan mereka harus kembali kepada yang asal.Rakyat melihat bahawa parti yang tidak dapat mengawal ahli-ahlinya sebagai parti yang gagal dalam membawa agenda dan perjuangan rakyat.

5.Penulis juga membuat kesimpulan bahawa kepercayaan rakyat kepada kerajaan kini telah kembali dengan penerimaan agenda yang telah dibawa oleh Perdana Menteri kita.Sokongan kepada perdana Menteri kini semakin bertambah dan mendapat penerimaan oleh rakyat daripada semua peringkat.Namun apa yang menimbulkan kerisauan apabila melihat kelekaan kerajaan tentang apa yang telah disuarakan oleh rakyat diabaikan.Perkara ini akan memberikan kemarahan kepada rakyat.

6.Kesimpulannya penulis melihat kemenangan pakatan rakyat di Sibu bahawa rakyat di luar semenanjung kini telah mula menerima agenda dan perjuagan oleh pakatan rakyat.PRU 12 yang lalu kerusi parlimen di Sabah dan sarawak sahaja yang telah menyelamatkan Barisan Nasional.Jika kerajaan kini tidak sedar dengan kebangkitan rakyat disana,maka kerajaan akan mendapat hukuman ketika PRU ke-13 nanti.Apapun penulis mahu melihat Malaysia di tadbir oleh kerajaan yang benar-benar ikhlas dalam meperjuangkan nasib dan hak rakyat!.

sekian...



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut