Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 13 Mei 2010

13 MEI DAN MAHASISWA



ALANG-ALANG MENYELUK PERKASAM,
BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN,
ALANG-ALANG MAHASISWA MENIKAM,
BIAR SAMPAI MEMBERI KESAN.

Pada hari ini tanggal 13 MEI 2010 masih mengingatkan kita kepada peristiwa nostalgia silam yang menyaksikan satu perisitiwa berdarah yang masih terpahat dalam ingatan dan sanubari masyarakat mengenai peristiwa 13 MEI 1969.Mungkin pada hari ini seluruh masyarakat dan mahasiswa di seluruh malaysia dapat merasai hari-hari ini dengan penuh aman dan tenteram.Berbeza dengan mereka yang berada pada zaman ini yang terpaksa berjuang dan mempertahankan diri dan tanah air pada ketika itu.

Penulis sebagai Mahasisa Universiti Malaya mengambil kesempatan pada tarikh keramat ini untuk mengulas serba sedikit dan memberikan kupasan yang tersendiri mengikut pandangan dan pemikiran penulis sendiri berkaitan penglibatan mahasiswa dalam peristiwa 13 MEI 1969 ini terutama yang melibatkan Mahasiswa Universiti Malaya sendiri.

Perisitiwa 13 MEI 1969 telah mengoncangkan negara sehingga perintah darurat terpaksa diistiharkan.Akibat daripada apa yang telah berlaku ini berlaku gelombang kebangkitan mahasiswa dan pergerakan mereka lebih nampak terselah dan terbuka dalam menentang pemerintah negara.Desakan mahasiswa supaya Tengku Abdul Rahman yang ketika itu perdana menteri Malaysia agar meletakkan jawatan atas sebab gagal untuk membawa keamanan kepada negara dan beberapa isu yang melibatkan kerajaan pada ketika itu.Kampus Universiti Malaya pada ketika itu juga terkesan dengan perisitiwa yang berlaku itu dan merubah keadaan dan suasana di kampus.


Perisitiwa 13 MEI 1969 ini dalam konteks pergerakan politik mahasiswa Malaysia menyerupai `GERAKAN 30 OKTOBER` dalam konteks perjuangan politik mahasiswa Indonesia.Dalam peristiwa gerakan 30 oktober itu mahasiswa Indonesia pada tahun 1965 telah bangkit menetang rejim pemerintahan mereka dan Order yang lama begitu juga yang berlaku kepada Mahasiswa di Universiti Malaysia yang telah mula berani bangkit secara terbuka menentang pemerintahan.

Pelbagai demontrasi yang telah dilakukan oleh mahasiswa pada ketika itu untuk memaksa Tengku Abdul Rahman meletakkan jawatan.PMUM yang pada ketika itu menjadi tunjang utama dalam melibatkan diri dalam peristiwa 13 MEI 1969 ini dengan presidennya pada ketika itu iaitu syed Hamid Ali telah menunjukkan sokongan secara terbuka akibat daripada kematian  seorang pemuda cina yang telah ditembak oleh polis sebelum pilihanraya di kepong.Namun pada ketika itu tidak semua ahli dalam PMUM yang menyokong Syed Hamid Ali ini dan sesetengahnya masih meragui dengan tindakannya itu.PBMUM juga masih tidak menyokong sepenuhnya perjuangan yang dibawa oleh PMUM ini.


kebangkitan semangat mahasiswa pada ketika ini sangat besar dan berani untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.Penyatuan mahasiswa dilihat apabila seramai 4 orang mahasiswa telah ditangkap oleh polis akibat demontrasi yang telah diadakan iaitu ahli-ahli PMUM dan syed hamid sendiri.PBMUM dan rakan-rakan perjuangan mereka dikampus Universiti Malaya pada ketika itu bersama dengan kelab sosialis dan kelab-kelab yang lain untuk mendesak pihak kerajaan membebaskan pelajar-pelajar yang ditangkap itu dengan segera atas dasar kemanusiaan.Semangat Mahasiswa pada ketika ini dilihat sangat rancak dan membuak-buak.


Penulis melihat semangat yang ditunjukkan oleh mahasiswa pada zaman dahulu adalah atas dasar kebenaran dan keadilan.Keadaan dan suasana masyarakat pada ketika itu yang dilihat naif dan daif serta berada dalam keadaan tidak menentu telah memainkan peranan mahasiswa itu sendiri dalam masyarakat.Mahasiwa melakukan semua itu dan membahayakan diri mereka sehingga terpaksa masuk ke dalam lokap dan penjara semata-mata berjuang untuk rakyat.Keberanian yang telah ditunjukkan oleh golongan mahasiswa ini telah mendapat perhatian yang serius daripada pihak kerajaan.Barangkali pemerintah dan kerajaan begitu takut dengan kebangkitan daripada Mahasiswa.

Perkara yang paling utama dalam peristiwa yang berlaku ini adalah penyatuan yang telah ditunjukkan oleh semua Mahasiswa dalam Universiti Malaya tidak kira bangsa atau agama dalam menyatakan pendirian mereka.Kesedaran semua golongan mahasiswa ini berkaitan isu masyarakat telah membawa mahasiswa kepada satu title yang disegani oleh masyarakat Malaysia pada ketika itu.Mahasiswa telah menunjukkan kebolehan dan keprihatinan mereka kepada seluruh masyarakat di Malaysia dan dunia.Namun mahasiswa di Malaysia masih lagi lemah dan tidak setaraf dengan mahasiswa seperti di Indonesia,jepun,amerika dan britain serta banyak lagi negara di dunia yang menunjukkan kehebatan golongan mahasiswa ini.

Mahasiswa kini telah kembali kepada satu tahap yang lesu dan tidak bermaya walaupun tidak secara keseluruhannya walaupun terkadang masih lagi terdapat taring-taring daripada Mahasiswa itu sendiri.Namun Mahasiswa kini telah melihat kerajaan pemerintah berjaya mengembalikan keamanan dan kesejahteraan negara dan terdapat lagi segolongan mahasiswa yang mahukan perubahan kerajaan kerana masih tidak berpuas hati dengan beberapa isu tertentu.



sekian.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse