Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 13 Mei 2010

BELAJAR DARI SEJARAH!


1.Penulis suka untuk membuat ulasan dan penilaian mengenai beberapa isu besar yang belaku dalam negara.Peristiwa 13 MEI 1969 walaupun semakin hari semakin dilupakan dan akan dimatikan sebagai sejarah yang pernah berlaku terutama kepada generasi muda,tetapi ia tetap menjadi suatu sejarah yang memberikan pengajaran kepada seluruh generasi rakyat Malaysia.

2.Sejarah 13 MEI ini memang perlu dipadamkan dalam lipatan sejarah,namun sejarah itu tetap akan menjadi sejarah.Melalui sejarah itu manusia mengenal erti sebenar kehidupan yang telah berlaku.Sebagai suatu sejarah hitam yang berlaku di dalam negara kita,peristiwa ini telah memberikan impaknya yang tersendiri kepada bangsa-bangsa di Malaysia untuk mengukuhkan ikatan perpaduan sesama kaum dan secara langsung mengukuhkan kedudukan ekonomi.

3.Peristiwa perbalahan sesama bangsa ini merupakan suatu perkara yang kita tidak boleh jangkakan.Tetapi terdapat pelbagai anasir-anasir jahat yang akan tetap bertapak untuk memastikan masyarakat yang aman pada masa kini dihancurkan.Masih terdapat anasir-anasir pemusnah yang sememangnya bencikan semangat dalam api perpaduan ini.Kerajaan pada hari ini mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan keamanan di Negara kita ini terus terpelihara.

4.Penulis dapat memberikan jaminan kepada seluruh bangsa yang berada di Malaysia ini bahawa kaum melayu merupakan suatu kaum yang mempunyai nilai yang sangat tinggi.Kaum melayu dapat menerima aneka kaum di Tanah Melayu ini kerana sikap orang melayu itu sendiri yang sememangnya lebih lembut dan bertolak ansur.Melalui perkara inilah yang menyebabkan kaum-kaum terbesar di Negara ini terus berani bertapak di Negara ini.Kalaulah sejarah suatu ketika dahulu menyatakan bahawa Bangsa melayu ini merupakan suatu bangsa yang kejam dan tidak berperikemanusiaan sudah tentulah kini masyarakat yang berbangsa cina dan india tidak akan berani untuk mendiami tanah melayu ini,malahan bersama-sama dengan masyarakat melayu untuk berjuang menuntut kemerdekaan.

5.Perisitiwa 13 MEI 1969 itu hanyalah dicetuskan oleh golongan atau orang yang tidak dapat menerima perpaduan yang telah terbina itu.Malahan terdapat golongan yang benar-benar mahukan kehancuran kepada bangsa dan tanah air ini.Melalui kuasa yang mereka miliki,mereka ingat mereka dapat melakukan apa sahaja kepada rakyat untuk memenuhi segala kehendak kepada mereka.Tetapi itu dahulu,kini masyarakat sudah semakin berani dan bijak dalam membuat keputusan.Masyarakat kini sudah menjadi matang dengan segala perkara dan peristiwa yang berlaku.


6.Kini telah lahir pemimpin yang berjiwa besar yang semata-mata berjuang untuk rakyat dan negaranya.Telah lahir pemimpin-pemimpin yang ingin memasitikan kegilaan kuasa ini dipadamkan dan salah laku kuasa itu terus dipadamkan.Pemimpin yang lahir kini sudah berani dan benar-benar ikhlas dalam perjuangan.Penulis yakin bahawa pemimpin-pemimpin ini telah lahir dalam dua parti terbesar dalam negara iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.Namun masih juga terdapat pemimpin-pemimpin yang gilakan kuasa dan tamakkan kekayaan kedalam kedua-duanya.Kebijakan pimpinan atasan sahaja yang dapat mengetahui sejauh manakah pemimpin-pemimpin dibawahnya benar-benar berjuang semata-mata untuk rakyat dan parti.Kalau tidak,sudah tentulah tidak akan ada pemimpin katak.lompat kesana dan kemari.

7.Penulis mengharapkan bahawa setiap perkara yang belaku di dalam negara ini adalah kerana ketidakpuashatian rakyat kepada pimpinan dan ketidakadilan pimpinan kepada rakyat.Rakyat yang lahir di tanah Malaysia ini cukup bertuah kerana mempunyai kerajaan yang stabil dan harmoni selama pimpinan kerajaan ini.Tidak seperti negara-negara jiran kita dan negara-negara di Dunia yang lain,mempunyai lebih banyak lagi perkara dan isu yang besar melibatkan kerajan-kerajaan di negara itu.Ketidakadilan dan kestabilan tidak akan dapat kita rasai jika terdapat perasaan gilakan kekuasaan untuk memerintah negara ini


sekian.....


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse