Sudut Pidato Universiti Malaya dihidupkan semula dan dirasmikan oleh Datuk Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Kompleks PerdanaSiswa pada 26 januari 2010. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh TNC HEP dan seterusnya ucapan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Datuk Saifuddin juga memberi peluang untuk beberapa mahasiswa berucap dan berpidato. Mereka adalah Mohd Asri bin Zulkifli,Saudara Redzuan Mohammad,Saudari Ayuni dan beberapa mahasiswa lain. Mereka adalah antara orang yang pertama berpidato di atas sudut pidato yang disediakan. Lebih 100 mahasiswa yang hadir memeriahkan majlis.Setelah beberapa dekad sudut pidato untuk mahasiswa dibubarkan,akhirnya dihidupkan kembali untuk menyuarakan kehendak dan pendapat mahasiswa. TNC HEP berkata akan ada buku garis panduan untuk para pidato dikeluarkan.
p/s:
Alhamdullilah.penulis tidak sangka diberikan kesempatan untuk menjadi mahasiswa UNIVERSITI MALAYA yang pertama menjejakkan kaki diatas sudut pidato universiti malaya.Peluang ini telah diberikan sendiri oleh Timbalan Mentari Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah ketika beliau meminta kepada mahasiswa yang berani untuk tampil naik ke atas sudut pidato itu.
1 ulasan:
Bnyk jgk jadi ek menjelan besday gua... penggerak menang la, sudut pidato la
Catat Ulasan