Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 24 Februari 2010

kenyataan akhbar sinar harian:OPKIM 2010

====Opkim 2010 sebar konsep 1Malaysia


Operasi Khidmat Masyarakat (Opkim) 2010 anjuran pelajar Universiti Malaya (UM) bersama penduduk di empat buah kampung di sini disifatkan berjaya membentuk semangat kerjasama dan jalinan mesra antara penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) dan komuniti Kalumpang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata, program yang dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kalumpang itu turut menerapkan pelajar mengenai tanggungjawab terhadap masyarakat.

“Saya memuji usaha yang dilakukan pelajar UM daripada Kolej Kediaman Ungku Aziz ini di atas kesungguhan melaksanakan program khidmat masyarakat sepanjang berada di sini.

“Khidmat masyarakat yang dilaksanakan pula meliputi segala aspek kehidupan termasuk akti-viti amal, pengisian program motivasi dan penerangan pelbagai maklumat,” katanya ketika berucap pada majlis penutup program tersebut di sini.

Hadir sama, Pengetua Kolej Kediaman Ungku Aziz, Prof Madya Dr Abdul Jalil Othman, ADUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim dan Pengerusi JKKKP Kalumpang, Yunus Manap.




KENYATAAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA:OPKIM`10 KOLEJ UNGKU AZIZ UM



ARKIB : 21/02/2010

Perluaskan program Opkim ke penempatan Cina, India

HULU SELANGOR 20 Feb. - Program Operasi Khidmat Masyarakat (Opkim) yang melibatkan mahasiswa perlu diperluaskan ke penempatan kaum Cina dan India dalam usaha membantu kerajaan mencapai gagasan 1Malaysia.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Mohd. Idrus Bakar berkata, ia memandangkan program Opkim sebelum ini lebih tertumpu kepada perkampungan Melayu.
''Perubahan ini untuk membuka peluang kepada mahasiswa menyelami kehidupan kaum lain apabila mereka menerima keluarga angkat daripada kaum Cina dan India pula,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada upacara penutup program Opkim di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam di Kampung Kalumpang di sini hari ini.
Turut hadir ADUN Batang Kali, Mohd. Isa Abu Kasim dan Pengetua Kolej Kediaman Ungku Aziz, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Abdul Jalil Othman.
Sementara itu Pengarah Opkim 2010, Mohd. Asri Zulkifli berkata, seramai 47 mahasiswa menyertai program itu yang melibatkan 19 buah keluarga angkat.
''Peserta tinggal dengan keluarga angkat masing-masing di empat buah kampung iaitu Kampung Gumut, Kerling, Pasir Putih dan Titiwangsa,'' katanya.
Jelasnya, sepanjang tempoh lima hari program itu, mahasiswa mengadakan program motivasi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran untuk pelajar tingkatan tiga dan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kalumpang.
''Turut diadakan program Masih Ada Yang Sayang bersama Syarikat MMP Communication iaitu peserta melawat rumah warga tua, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan keluarga miskin serta menghulurkan bantuan,'' katanya.
Jelasnya, peserta program juga melawat usahawan yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana (IKS), senaman dan gotong-royong bersama penduduk kampung.














Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut