Published: Rabu Februari 3, 2010 MYT 9:50:00 PM
Updated: Rabu Februari 3, 2010 MYT 9:51:13 PM
Updated: Rabu Februari 3, 2010 MYT 9:51:13 PM
Pro-Mahasiswa UM Tetap Bantah E-Undi
PETALING JAYA: Walaupun keputusan pilihan raya pelajar Universiti Malaya (UM) sesi 2009/2010 berpihak kepada kumpulan Pro-Aspirasi hari ini, kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) tetap mempertahankan pendirian menentang e-undi.
Pengerusi Pro-M, Shafie Hashim berkata, beliau dan penyokong kumpulan itu terkejut selain masih sukar menerima pengumuman Naib Canselor UM Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon hari ini yang mengesah dan mengekalkan keputusan e-undi pada 28 Januari lalu.
"Kami akan cuba berjumpa dengan Naib Canselor UM hari ini, dan tanya balik macam mana proses siasatan. Siapa terlibat, berapa tempoh disiasat.
"Walaupun perunding kami menyatakan ia adalah telus, kami masih tak dapat terima dan akan persoalkan balik," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Kira-kira 40 wakil Pro-M hadir di Institut Pengajian Siswazah UM untuk mendengar pengumuman rasmi Prof Ghauth. Manakala kira-kira 30 wakil Pro-A hadir.
Jumaat lalu kedua-dua kumpulan terbabit mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Ghauth berhubung tuntutan masing-masing.
Sementara itu, Ketua Jentera Pro-Aspirasi, Mohd Asri Zulkifli menyifatkan keputusan universiti mengesahkan keputusan e-undi tersebut sebagai langkah yang tepat.
"Pengumuman Naib Canselor hari ini membuktikan e-undi itu adalah telus. Jadi tidak ada keraguan lagi selepas ini untuk menjalankan pilihan raya secara e-undi," katanya.
Beliau yakin keputusan akan berpihak kepada Pro-A dan akan terus mempertahankan e-undi.
"Sebenarnya, perunding dibawa oleh Pro-M. Kami hanya terus mempertahankan e-undi. Macam kami, kami hanya menghantar memorandum dan membantah jika ada pengundian semula.
"Insya-Allah kami akan bentuk kerajaan dalam masa terdekat," katanya sambil berpesan kepada Pro-M agar melihat sistem baru berkenaan secara intelektual dan bukan emosi.
Sambil melahirkan keyakinan tinggi terhadap ketelusan e-undi selepas ini, Mohd Asri berharap wakil kedua-dua pihak akan sama-sama menyokong e-undi.
"Jadi kalau tak puas hati, jangan membuat demonstrasi dan membuat bantahan terhadap Naib Canselor lagi," katanya.
1 ulasan:
Cis... gua x puas ati...
Catat Ulasan