Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 6 Februari 2010

mahasiswa semasa


Kampus-kampus utama Universiti telah berjaya melaksanakan pilihan raya kampus bagi memilih kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar/Mahasiswa dikalangan pelajar sendiri.Pilihan Raya Kampus merupakan suatu proses latihan dan pengenalan kepada mahasiswa di Universiti untuk memberikan pendedahan kepada mereka mengenai sistem pilihan raya di Malaysia dan merupakan suatu proses pengamalan demokrasi di Malaysia.Pelbagai perkara yang telah berlaku sepanjang perjalanan proses pilihan raya kampus pada tahun 2010 ini.Universiti utama di lembah klang seperti UM,UKM dan UPM merupakan antara Universiti yang mendapat liputan hebat berkaitan pilihan raya kampus pada sesi kali ini.Pergerakan pelajar di Universiti-universiti lama ini masih lagi menjadi pergerakan pelajar yang mendapat perhatian kerana telah berjaya melahirkan ramai pemimpin di Malaysia ini.Pilihan Raya Kampus sebenarnya merupakan suatu medan yang paling penting bagi mahasiswa untuk membentuk dan merasai proses pergerakan politik di Malaysia.Tetapi apabila mahasiswa terlalu fanatik dengan parti-parti tentu akan membawa kesan yang tidak baik kepada mahasiswa secara keseluruhannya.

kewujudan 2 kumpulan utama di Universiti iaitu pro-mahasiswa dan pro-aspirasi atau di Universiti Malaya kini dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa merupakan 2 kumpulan yang terbentuk hasil daripada pilihan raya kampus yang diadakan ini.kumpulan Pro-mahasiswa dilihat lebih memihak dan menyokong kepada parti pembangkang serta mendapat sokongan yang kuat daripada parti-parti pembangkang untuk pergerakan mereka.Pro aspirasi pula merupakan kumpulan yang lebih dekat dengan kerajaan dan sentiasa menyokong segala bentuk usaha dan wawasan yang di bawa oleh pihak kerajaan.Penulis beranggapan situasi yang belaku ini mengakibatkan perpecahan kepada golongan mahasiswa ini kerana berlainan ideologi dan idealisma.

Mahasiswa yang sepatutnya sekufuk dan senada dalam memperjuangkan aspirasi dan idealisma mahasiswa tampaknya telah terpecah kepada dua kumpulan yang besar ini.Kedua-dua kumpulan ini mahu menunujukkan kekuatan pergerakan mereka dan sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi juara kepada sesuatu isu yang berlaku di dalam kampus mahupun negara.Pro aspirasi  dan Pro-mahasiswa ini kelihatan telah menjadi suatu kumpulan politik pelajar yang terbesar dan menerima sokongan dan nasihat daripada parti-parti politik tertentu dalam pergerakan mereka.Pro-aspirasi sentiasa tampil dengan agenda dan perjuangan untuk menjadi pihak mahasiswa yang sentiasa menyokong kuat segala usaha yang di bawa oleh kerajaan dan menjadi antara tunjang mahasiswa untuk melaksanakan visi dan misi kerajaan pada masa depan,manakala Pro-mahasiswa kelihatan mahu menjadi pergerakan pelajar yang dikatakan ``check and balance`` dalam menilai sesuatu kepimpinan negara.Apa yang kelihatan secara jelas bahawa pihak Pro Mahasiswa ini sentiasa menimbulkan kekecohan dan menjalankan demonstrasi jika tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran universiti mahupun pentadbiran negara.Mereka membuat perkara ini kerana mereka beranggapan bahawa suara daripada pergerakan mereka tidak didengari oleh pihak pentabiran universiti dan pentadbiran negara justeru demonstrasi merupakan jalan penyelesaian.

Kewujudan pergerakan pelajar ini telah lama.Golongan yang pro-kerajaan dan pro-pembangkang ini telah terbentuk sejak sekian lama.kewujudan speaker corner pada tahun 1978 merupakan suatu medan untuk mahasiswa menyuarakan pandangan dan pendapat semasa mereka.Disinilah mereka telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada sesuatu perkara yang telah berlaku di dalam negara ketika itu.malahan mahasiswa pada ketika ini bukan sahaja memandang isu-isu besar di dalam negara malahan isu-isu global yang telah berlaku di seluruh dunia terutama peperangan dan penindasan kaum-kaum minoriti yang lemah pada ketika itu.Pandangan penulis melihat pada ketika ini mahasiswa di Malaysia ini telah bersatu dan membawa kepada suatu gelombang baru generasi muda daripada mahasiswa-mahasiswa universiti pada ketika itu.kekuatan mahasiswa hasil daripada kesatuan dan kesepaduan dalam membawa agenda dan perjuangan mahasiswa telah membawa kepada kejayaan-kejayaan besar dalam menyeru pihak kerajaan pada ketika itu untuk mendengar dan merasai rintihan daripada suara hati orang muda pada ketika itu.

Gelombang dan kebangkitan mahasiswa pada ketika itu telah membawa kepada kewujudan akta-akta yang terpaksa menyekat pergerakan mahasiswa pada ketika itu.Kewujudan akta ini merupakan suatu keperluan pada ketika itu kerana di lihat gelombang kebangkitan mahasiswa universiti semakin membara dan menjadi kerisauan pada pihak pemerintah untuk mengelakkan kebangkitan mahasiswa ini akan menghuru harakan negara.kebanyakan aktivis mahasiswa pada ketika ini sekarang banyank memegang jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan sekarang hasil daripada kesedaran mereka untuk membawa negara Malaysia ini jauh lebih maju kehadapan.

Perpaduan dan penyatuan Mahasiswa pada ketika ini sangat perlu kerana penulis melihat perpecahan dan perbezaan ideologi dikalangan mahasiswa semakin ketara.Penulis memungkinkan kerisauan jika perbezaan dikalangan mahasiswa ini akan membawa kepada perang dan persengketaan sesama sendiri di antara mahasiswa.Mahasiswa juga jangan terlalu emosi terhadap sesuatu perkara dan melihat sesuatu perkara itu secara intelektual dan rasional.Mahasiswa yang mempunyai pendidikan akademik yang tinggi memerlukan tindakan dan penyelesaian yang lebih dinamik dan akademik sifatnya.Tindakan secara emosi membuta tuli memungkinkan mahasiswa itu sendiri sama dan tidak ada bezannya dengan kawan-kawan mereka yang tidak berjaya memasuki universiti.seharusnya keputusan dan tindakan yang dibuat oleh mahasiswa itu dapat membuka mata seluruh masyarakat kepada keintelektualan dan kematangan mahasiswa ini.Tidak mustahil juga kalau pimpinan utama negara akan menerima pakai segala pandangan dan idea yang telah diberikan serta dicetuskan oleh mahasiswa itu sendiri.


Penulis melihat pergerakan politik baru mahasiswa perlu dibentuk dari sekarang.Mahasiswa perlu mengubah dan merubah cara pergerakan mereka mengikut suasana dan peredaran zaman.Mungkin pada masa depan demonstrasi tidak lagi menjadi suatu keperluan kepada mahasiswa kerana pada masa depan mahasiswa lebih bijak dan rasional dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang telah berlaku.kesedaran dikalangan pimpinan mahasiswa untuk membawa penyatuan ini sangat penting kerana jika kita membawa suara keseluruhan mahasiswa itu barulah dapat dikatakan dan dibuktikan bahawa suara mahasiswa itu adalah suara keramat.


*penulis merupakan Mohd Asri Zulkifli pelajar Universiti Malaya.















Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse