Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 6 Disember 2009

seminar ``memperkasakan institusi parlimen``

Seminar sempena JUBLI EMAS PARLIMEN MALAYSIA``Memperkasakan Institusi Parlimen`` anjuran Commonwealth Parlimentary Association(Cawangan Malaysia) dengan kerjasama pusat pengajian kemasyarakatan ,Universiti Sains Malaysia telah berlangsung di Hotel Royale Chulan Kualal Lumpur pada 6 Disember 2009.

Deligasi SPKUM(Sekeretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman) seramai 6 orang telah berpeluang untuk menghadiri seminar yang telah diadakan ini.Ucapan perasmian oleh YB TAN SRI DATUK SERI UTAMA PANDIKAR AMIN HJ.MULIA iaitu Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menyentuh mengenai aspek peranan speaker serta budaya di dalam parlimen malaysia.Sikap anggota parlimen di luar dewan dan di dalam dewan perbahasan sememangnya sangat berbeza kerana mereka menjadikan dewan parlimen yang mulia ini sebagai satu medan untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya dilemparkan oleh ahli-ahli parlimen.

ucapan alu-aluan oleh YB TUAN HJ FADILLAH YUSOF iaitu Timbalan Menteri Sains ,Teknologi dan Inovasi yang menceritakan mengenai sejarah parlimen iaitu Mesyuarat pertama,penggal pertama parlimen persekutuan tanah melayu yang pertama telah diadakan pada 11 september 1959.Buat pertama kalinya ,kedua-dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat telah bersidang serentak pada hari itu dan berlangsung di DEWAN  TUNKU ABDUL RAHMAN yang sekarang dikenali sebagai Pusat Perlancongan Malaysia(MATIC).Pada 16 september 1963 sabah,sarawak,singapura telah bergabung dengan persekutuan tanah melayu untuk membentuk persekutuan malaysia(Federation Of Malaysia).Tahun itu juga melihat parlimen telah berpindah ke bagunan parlimen yang menjadi lambang sistem demokrasi di Malaysia.

Seminar ini diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.sidang pertama yang bertajuk RAKYAT DAN KERAJAAN :DIMANA PARLIMEN? menyaksikan barisan ahli panel yang hebat iaitu Y.A. Bhg TUN MUSA HITAM  dengan tajuk sejarah pembentukan parlimen,Y.B DR TAN SENG GIAW(Ahli Parlimen Kepong)dengan tajuk perbandingan pengalaman dahulu dan sekarang,PROFESOR EMIRITUS DATUK SHAD SALEEM FARUQI(UITM) dengan tajuk parlimen sebagai penggubal undang-undang,dan PROFESOR AHMAD ATORI HUSSEIN(USM) dengan tajuk keberkesanan parlimen dalam penggubalan dasar manakala Y.B DATUK RONALD KIANDEE(Timbalan Yand di-Pertua Dewan Rakyat) selaku moderator pada sesi ini.

pada sesi kedua iaitu sesi petang tajuk yang dibincangkan ialah PARLIMEN MILIK SIAPA? dengan barisan ahli panel DR JOSEPH M. FERNANDO(UM) dengan tajuk cabaran dan masa depan parlimen,PROFESOR MUSTAFAR ISHAK(UUM) dengan tajuk mentransformasi institusi parlimen untuk masa depan,Y.B DATUKABDUL RAHMAN DAHLAN (Ahli Parlimen Kota Belud) dengan tajuk mengarus perdana institusi parlimen dan Y.B TEO NIE CHING(Ahli Parlimen Serdang) dengan tajuk memperteguh keyakinan rakyat terhadap parlimen manakala CHARLES MOHAN(NTV7) sebagai moderator

Delegasi SPKUM telah menggunakan peluang dan kesempatan ini untuk beramah mesra bersama dengan ahli-ahli parlimen yang hadir dengan memberikan pendapat dan pandangan mengenai insitusi parlimen di Malaysia.Seminar yang diadakan ini dilihat sebagai satu perkara yang harus mendapat pujian yang mana proses demokrasi di negara kita makin subur dan matang serta tidak kira daripada pihak kerajaan atau pembangkang sama-sama mengembeleng idea dan pemikiran untuk memperkasakan institusi parlimen di negara kita.

SPKUM akan menggunakan ilmu dan pengalaman daripada seminar ini sebagai satu medan dan platform sebagai mahasiswa yang dewasa untuk terus memartabatkan Universiti seterusnya memartabatkan negara Malaysia yang tercinta ini.Parlimen mencerminkan sistem demokrasi yang subur dan disinilah semuanya akan teruji.kerajaan kepunyaan rakyat dan Dewan Rakyat juga merupakan kepunyaan rakyat tetapi asasnya adalah demokrasi yang subur.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse