selamat tahun baru 1431 hijrah kepada seluruh umat islam di dunia.
Awal muharam atau Maal Hijrah kini telah kembali menjadi simbol tahun baru kepada seluruh umat islam di dunia.Sejauh manakah penghayatan sambutan maal hijrah atau awal muharam ini sampai kepada seluruh umat islam masih menjadi tanda tanya.
Penulis ingin melihat skop perbincangan mengenai sambutan maal hijrah ini dalam kelompok dan ruang lingkup masyarakat islam di Malaysia sahaja.Hijrah dari segi istilahnya merupakan perubahan daripada perkara yang tidak baik kepada perkara yang baik dan secara konklusinya boleh dikatakan sebagai proses perubahan dan transformasi diri manusia itu sendiri.
Umat islam walaupun mempunyai bilangan majoriti yang tgerbesar di dunia malahan di Malaysia masih lagi kelihatan lemah dan mundur dari segi sosio ekonomi dan masih lagi takut untuk membuat perubahan kearah yang lebih baik.Tidak dinafikan masih ada lagi usaha-usaha untuk menaikkan kekuatan umat islam tetapi hanya dalam kelompok yang kecil semata-mata.
pergolakan politik dan perbezaan ideologi politik,mazhab dan pegangan umat islam di lihat telah banyak menimbulkan pergolakan dan perbalahan.Umat islam telah dilemahkan dengan sistem demokrasi ini yang mana semuanya kelihatan terbatas dan memerlukan kuasa majoriti sokongan.Isu terbaru di Malaysia apabila salah seorang bekas mufti di Malaysia yang telah terbukti keilmuannya telah ditangkap akibat daripada tiada tauliah daripada jabatan agama islam negeri.perkara ini telah menjadi salah satu barah yang mana ulama dan ilmuan islam telah dibicarakan kerana memberi ceramah tanpa kuliah sedangkan banyak lagi perkara-perkara penting yang berkaitan dengan isu keruntuhan moral umat islam perlu dibicarakan.Jika perkara ini berterusan penulis melihat bahawa umat islam tidak akan maju dan berjaya jika kita tidak ada kesatuan di dalam hal ehwal agama.
seruan penyatuan seluruh umat islam di Malaysia di lihat sangat perlu kerana kita ini merupakan satu jamaah di dalam negara dan menjadi satu tanggungjawab fardu kifayah untuk menyeru ke arah penyatuan ini.Umat islam ini akan kelihatan kuat dan gah sekiranya mereka semua bersatu dan berada di bawah satu payung.Tidak kira Melayu,Cina atau India yang beragama islam kita semua boleh bersatu hati di dalam agama inikan pula semangat dan seruan 1MALAYSIA yang mana ingin mengukuhkan lagi perpaduan yang sedia ada.
Penulis kadang-kadang ingin menimbulkan suatu persoalan yang mana di Negara kita ini.Masyarakat Melayu boleh menerima dan bersatu hati dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini apatah lagi jikalau umat islam itu sendiri yang mempunyai akidah dan pegangan yang sama tidak mungkinkah mereka ini bersatu hati.Perkara ini perlu kita lihat dengan lebih teliti dan halus kerana kita boleh bersatu dengan bangsa-bangsa lain yang berlainan akidah dan pegangan tetapi kenapa begitu sukar untuk kita sebagai umat islam ini bersatu hati walaupun mempunyai perbezaan ideologi politik.
Penulis ingin menyeru kearah penyatuan umat islam dan penyatuan masyarakat yang lebih dinamik untuk masa depan negara kita yang tercinta ini.Jadikanlah tahun baru 1431 hijrah ini sebagai satu platform dan wadah untuk kita saling bersatu hati dan berganding bahu sebagai umat islam.semoga usaha kearah seruan perpaduan dan penyatuan ini akan mendapat keberkatan daripada ALLAH s.w.t.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan