Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 28 Oktober 2009

fasilitator di kolej profesional mara

salam kepada semua pembaca blog ini...

hari
ini asri ingin menceritakan sedikit pengalaman yang sangat berharga ketika menjadi fasilitator di kolej profesional mara,ayer keroh melaka pada 24-25 oktober yang lalu.proram yang dinamakan``raise me up`` ini merupakan suatu program motivasi kepada para pelajar terpilih di kolej profesional mara ini untuk menaikkan semangat mereka untuk belajar menggunakan pendekatan yang lebih aktif dan menyeronokkan.

sebelum menceritakan lebih lanjut mengenai program ini asri mahu menceritakan sedikit latar belakang pelajar di kolej profesionl mara ini yang mana mereka sanga beruntung kerana semua kos
pembelajaran mereka di tanggung dan mendapat subsidi daripada kerajaan.kolej ini menempatkan para pelajar yang mengambil jurusan diploma bisnes dan akaun.buat masa ini hanya pelajar wanita sahaja yang menginap di dalam kawasan kolej manakala pelajar lelaki terpaksa menyewa di kawasan berhampiran kerana rumah penginapan mereka masih belum siap di bina.

kami semua bertolak pada jam 4 petang dan sampai pada jam 7 malam ke melaka.dengan menaiki sebuah kereta
dan sebuah van seramai 10 orang fasilitator sahaja yang terlibat iaitu 3 orang fasilitator wanita dan 7 orang lelaki.program ini bermula dengan sesi pengenalan fasilitator dan juga sesi ice breaking dalam kumpulan yang telah diberi.pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan untuk menarik perhatian pelajar untuk merasa gembira menyertai program motivasi ini.

ahli kumpulan asri
ialah suhaida,akma,atiqah,aisyah,fiza,syikin,zatie masing-masing menceritakan dan berkongsi pengalaman dengan asri.banyak perbincangan yang berkisar motivasi dan juga memberikan semangat antara satu sama lain untuk terus berjaya ke depan.

sememangnya mereka kelihatan seronok ketika program `explorace` di jalankan kerana pelbagai kativiti fizikal dan minda telah diketengahkan di dalam program ini.apa yang diharapkan melalui program seumpama ini adalah mereka semua akan lebih bermotivasi dan berkeyakinan diri.disamping asri memberikan motivasi secara tidak langsung dapat memotivasikan diri sendiri.


Sabtu, 24 Oktober 2009

andaian dan analisa peribadi mengenai politik

sekadar pandangan dan ulasan politik mengenai kenyataan mursyidul am pas Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

penulis berpendapat bahawa kenyataan tuan guru nik aziz ini merupakan suatu perkara yang perlu di perhatikan serius oleh semua pimpinan pas.mungkin sukar untuk tuan guru membuat kenyataan ini,tetapi setelah diteliti dan amati oleh beliau,mungkin perkara ini perlu dibangkitkan oleh semua pimpinan pas.

kita melihat belaku pelbagai permainan politik dalam pakatan pembangkang atau lebih di kenali sekarang sebagai pakatan rakyat.isu-isu yang ditimbulkan terutama mengenai hal-ehwal agama islam menjadikan isu-isu ini menjadi pencetus kepada pengolakan dalam kempimpinan pakatan rakyat.

pimpinan pakatan rakyat dalam parti PAS,PKR mahupun DAP sudah tentu mempunyai agenda yang mahu diperjuangkan melalui parti mereka.kesepakatan diantara pimpinan pakatan rakyat ini belum lagi teruji dengan krisis dan tribulasi.mungkin sekarang mereka masih berada di dalam keadaan yang selesa tanpa melibatkan pertelingkahan dan pengkelahian antara mereka.tetapi,ini hanyalah merupakan andaian penulis semata-mata,jika pakatan rakyat ini di tubuhkan di daftarkan di bawah satu parti utama seperti barisan nasional...mampukah mereka kekal sebagai satu ikatan yang kuat?ini kerana persoalan perjuangan yang berbeza dan matlamat mereka pun berbeza.

Andai kata pimpinan dalam pakatan rakyat sudat erat pertalian mereka...adakah pengikut-pengikut setia mereka akan seperti pimpinan mereka?yang menjadi persoalanya sekarang pakatan rakyat ini masih belum lagi teruji seperti barisan nasional yang mana sudah melalui pelbagai era dan zaman yang memerlukan kepada perubahan dan perpaduan di antara ahli komponen mereka.

sukar untuk penulis membuatkan andaian secara jelas.adakah penyatuan komponen ini belaku kerana kesungguhan dan keiltizaman ketua pembangkang sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan pakatan rakyat ini terus bersatu untuk kepentingan mereka mengambil alih tampuk pimpinan negara.pergolakan dan pertelingkahan di dalam pakatan rakyat perlu didiamkan serta pihak-pihak yang terbabit perlu mengorbankan prinsip mereka demi kejayaan mereka untuk merampas tampuk pimpinan negara daripada barisan nasional..

Pas sebuah parti yang memperjuangkan islam dan mahu mendirikan sebuah negara islam yang mengamalkan syariah sudah belum mungkin tentu akan berjaya jika berada di dalam pakatan ini kerana parti DAP merupakan penentang utama yang mahu membina negara yang sekular.

perjuangan mereka tampak jelas untuk merubah sistem kempimpinan negara yang sedia ada dan belum tentu mampu untuk merubah secara keseluruhan sistem ini.dan pada ketika ini rasuah perlu sifar kerana mereka memerlukan sokongan daripada rakyat.

isu ini ditimbulkan kerana di dalam pimpinan pas sendiri sudah tentu tidak selesa berada di dalam pakatan ini.mungkin sesetengah pendapat berkata jika di dalam pakatan perjuangan mereka akan berjaya manakala mungkin sesetengah pihak akan menganggap tidak berjaya kerana akan menggadai maruah dan prinsip parti.

justeru satu mukhtamar khas diperlukan oleh PAS untuk benar-benar memperjuangkan isu ini.perkara ini jika tidak di atasi di dalam mukhtamar akan menyebabkan satu lagi barah yang perlu mereka hadapi untuk pru yang ke-13 nanti dan di situlah pengundi akan membuat keputusan.

jika mukhtamar khas ini diadakan ahli-ahli pas perlu berani membuat keputusan untuk masa depan parti mereka.kerana pemimpin merupakan NAKHODA kepada parti ini yang mana merekalah yang akan mencorakkan bagaiamana pakaian dan kelebihan pati ini.

penulis memohon maaf jika penulisan ini merupakan satu fitnah atau tidak benar.ini semua merupakan suatu andaian dan analisa penulis secara peribadi.



Latarbelakang:
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.


Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.


i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.


Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.(Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)


Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.(Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”


Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

BAJET 2010

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA KERAJAAN TERUTAMANYA PERDANA MENTERI MALAYSIA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK DI ATAS PEMBENTANGAN BAJET 2010 YANG MANA MELIHATKAN KEPRIHATINAN KERAJAAN KEPADA RAKYAT.

UNGKAPAN``RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN``MERUPAKAN KAYU PENGUKUR PENTING DI DALAM BAJET INI YANG LEBIH MENGUTAMAKAN KEBAJIKAN RAKYAT.

PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU,PELEPASAN CUKAI LANGGANAN JALUR LEBAR,BAYARAN KHAS RM 500 KEPADA KAKITANGAN AWAM,MENUKAR PINJAMAN PTPTN KEPADA BIASISWA BAGI YANG MENDAPAT IJAZAH KELAS PERTAMA DAN BANYAK LAGI.

KERAJAAN DI BAWAH KEMPIMPINAN PERDANA MENTERI NAMPAKNYA BEGITU KOMITED UNTUK MEMBANTU DAN MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT.

PENULIS BERPENDAPAT,JIKA KERAJAAN TERUS MEMBERIKAN PENGHARGAAN KEPADA RAKYAT SUDAH TENTU KERAJAAN SEDIA ADA SEKARANG AKAN TERUS KEKAL UNTUK MASA DEPAN.

KEHADIRAN DAN KEKUATAN PARTI PEMBANGKANG JUGA NAMPAKNYA MEMBUAT KERAJAAN TELAH SEDAR DAN BANGUN DARI MIMPI UNTUK MENGUTAMAKAN RAKYAT,KERANA MEREKA SEDAR BAHAWA RAKYATLAH YANG MEMBUATKAN MEREKA TERUS BERKUASA SEHINGGA KE HARI INI DAN SEBAGAI BALASANNYA MEREKA PERLULAH BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT,KERANA RAKYAT YANG MENJADI PENYUMBANG UTAMA KEPADA KERAJAAN...

Berikut ialah intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama':

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah.

Selasa, 20 Oktober 2009

sekadar luahan....

semakin hari...semakin banyak perubahan....
semakin hari..semakin umur ini di mamah kejutan....
semakin hari..semakin kehidupan ini penuh cabaran....
semakin hari....semakin aku matang mengharungi kehidupan....

apakah hari-hari yang ku lalui akan terdapat perbezaan....
atau pun..tetap sama melalui jalan dan denai-denai entah keruan....
cuma....yang aku pasti....perjalanan ini memerlukan pergorbanan....
perjalanan ini memerlukan perjuangan.....

dewasakah aku dengan perubahan....
hebatkah aku meneruskan perjuangan......
sanggupkah aku merentasi haluan dan rintangan....
atau hanya sekadar impian dan angan-angan......

kurnia apakah yang telah aku lakukan.....
darjat apakah yang aku ingin pertaruhkan......
kuasa apakah yang aku idam-idamkan......
dendam apakah yang telah ku simpan......

pertanyaan yang dihembus dengan jawapan....
tetapi...tidak sesekali pernah merasa bosan....
apa yang orang lain katakan.....
apa yang orang lain ejekkan.....
aaahhh...persetankan......
siapa mereka ingin melawan....
sedangkan diri tidak ada haluan.....
sedangkan diri tidak inginkan pembaharuan......

kuluahkan isi hati dan perasaan....
bukan mahukan penghinaan.....
bukan jua puji-pujian......
tetapi hanyalah sekadar pesanan dan buat renungan

(puisi ini di tulis pada 20 oktober jam 2 pagi....di kamar ku..:-)

Sabtu, 17 Oktober 2009

sambutan hari raya KUAZ

suasana hari raya sememangnya tidak akan padam walaupun sudah sebulan di bulan syawal...sudah menjadi tradisi dan adat di malaysia rumah terbuka diadakan bagi meraikan kemeriahan syawal...tidak terasa jika hidangan tradisional seperti lemang dan rendang,satay dan ketupat...serta bermacam lagi juadah istimewa ketika syawal tidak dihidangkan di rumah terbuka aidilfitri ini.....

Barisan JTK DAN JIK serta PENTADBIRAN Kolej Kediaman Ungku Aziz justeru turut sama-sama tidak ketinggalan untuk menganjurkan rumah terbuka aidilfitri KUAZ pada tahun ini...

bertempat di Dewan Pendeta Kolej kediaman Ungku Aziz pada 15 oktober yang lalu maka kehangatan suasana
rumah terbuka aidilfitri turut di rasakan oleh para pelajar international yang berada di kolej kediaman ini untuk sama-sama meraikan kemeriahan rumah terbuka ini...
yang paling menarik..para pelajar international ini turut sama memakai pakaian tradisional melayu....

Rumah terbuka ini diadakan secara santai dan bersahaja..yang merupakan idea daripada master kolej ungku aziz sendiri iaitu Prof Madya Dr Abd Jalil Othman yang mana ketika ucapan beliau....pendekatan yang berbeza telah digunakan...melalui lakonan bersahaja dan santai bersama penyelia dan para pelajar kolej...melalui pendekatan ini lebih merapatkan hubungan diantara pihak pentadbiran dan para pelajar kolej kediaman....

sewaktu sajian dihidangkan...master dan
barisan pentadbiran kolej telah beramah mesra bersama pelajar-pelajar kolej....semua yang hadir pada malam itu berpakaian yang cantik dan menarik serta suasana hari raya masih di rasakan apabila dendangan lagu raya di sajikan pada semua hadirin....

perkara yang menarik juga pada malam ini menunjukkan semangat 1MALAYSIA apabila para pelajar cina turut membuat persembahan dengan menyanyikan lagu raya..tahniah diucapkan kepada mereka semua atas semangat muhibbah yang ditunjukkan....

pelbagai aktiviti menarik telah diadakan...kuiz dan soalan
yang melucukan untuk tetamu yang hadir turut diberikan..dan hadirin yang hadir pada malam itu turut menerima hadiah dan cenderamata....

Akhir kata..terima kasih yang tidak terhingga
kepada Master yang banyak membantu dalam menjayakan majlis ini bersama barisan pentadbiran kolej dan tidak lupa juga kepada semua saf-saf kepimpinan JTK DAN JIK kolej ungku aziz dalam menjayakan sambutan ini.....


Rabu, 14 Oktober 2009

UMNO perlu berubah......

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.


Perasmian Kongres tersebut dilaksanakan oleh Sultan Selangor, Sultan Hishammuddin Alam Shah.

Tuan Za’ba yang merupakan seorang pakar bahasa dan nasionalisme Melayu telah mencadangkan supaya nama pertubuhan yang dicadangkan oleh Dato’ Onn “United Malays Organisation” atau UNO ditambah dengan perkataan “National” menjadikan ia dalam Bahasa Melayu sebagai “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” atau “United Malays National Organisation” atau ringkasnya UMNO. Cadangan tersebut telah diterima sebulat suara.

Dato’ Onn telah dipilih sebagai pengerusi persidangan Kongres dengan sebulat suara. Di dalam ucapannya, beliau menyeru agar perwakilan bersatu.

Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha. Tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang menghadap bahaya dengan bersatu hati. Dengan bersatu hati itu sahaja akan dapat kita mengadap masa yang akan datang dengan harapan akan jaya cita-cita kita itu.

Ucapan tersebut telah membakar semangat ahli-ahli Kongres dan bangsa Melayu seluruhnya. Telah muncul seorang pemimpin agung Melayu yang dinanti-nantikan bagi membela umat Melayu sewaktu kedudukan mereka diancam.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.


PENJENAMAAN DAN KEBANGKITAN SEMULA UMNO....

UMNO merupakan sebuah parti yang telah lama bertapak di tanah melayu.merupakan suatu parti yang sangat rapat dan erat dengan orang-orang melayu terutama di kawasan luar bandar kerana mereka berpendapat bahawa parti inilah yang telah banyak berjuang untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka.

UMNO perlu berubah selepas tsunami politik yang melanda negara pada pilihan raya umum ke -12 yang lalu kerana rakyat mungkin sudah tidak termakan lagi dengan jasa-jasa UMNO.semenanjung tanah air seolah-olah telah jatuh ke tangan pakatan rakyat.

rakyat melihat sikap pemimpin di dalam UMNO yang tamakkan kuasa dan gilakan kekuasaan serta pelbagai lagi karenah yang menyebabkan kejatuhan UMNO itu sendiri.sikap-sikap negatif dikalangan pimpinan UMNO ini bukan sahaja memberi kesan kepada parti tetapi juga kepada masyarakat amnya.politik wang menjadi barah yang mencengkam UMNO setiap kali musim pemilihan pucuk pimpinan parti.seolah-olah barah ini tiada ubatnya dan pimpinan tertinggi tidak ada resepi untuk mengelakkan perkara ini daripada terus terjadi.

sekarang sedang belangsung perhimpunan agung UMNO di PWTC yang mana sedang membincangkan mengenai proses penjenamaan semula UMNO.sebenarnya proses penjenamaan semula ini tidak akan berjaya sekiranya ada `duri dalam daging` kerana jika orang yang tetap tidak mahu merubah sikap mereka terus berada di dalam UMNO.bukan sahaja perlembagaan parti arus dirombak..malahan ahli-ahli dan para perwakilan yang menjadi racun berbisa kepada parti yang mana mereka ini yang akan menyebabkan UMNO akan terus kecundang lagi..

penulis melihat bahawa jika UMNO terus istiqamah dan bertekad untuk memperbaiki dan menjenamakan semula UMNO iaitu parti yang bersejarah untuk orang melayu...UMNO akan kembali di sanubari rakyat.sejarah akan menulis bahawa UMNO tidak akan pernah ditelan zaman malahan menjadi penakhoda zaman.

ingat....UMNO merupakan sejarah penting negara.....jangan nanti kerana keburukan dan ketakutan mereka untuk merubah menyebabkan nama parti ini akan terkubur dalam tulisan sejarah serta menjadi ejekan daripada musuh durjana.

UMNO perlu terus mendepani zaman...jangan lupa perjuangan asal mereka untuk memartabatkan bangsa di tanah air sendiri....UMNO adalah parti milik semua dan akan terus menjadi parti kebanggaan kita...

jangan takut untuk berubah UMNO.....

-PENULIS MERUPAKAN ANAK MUDA YANG MAHUKAN UMNO TERUS MENJADI PARTI YANG MEMPERJUANGKAN RAKYAT DAN MENAKHODA ZAMAN

Jumaat, 9 Oktober 2009

EXTRAORDINARY OBAMA WINS PEACE NOBEL PRIZE


US President Barack Obama sensationally won the Nobel Peace Prize on Friday less than a year after he took office with the jury hailing his "extraordinary" diplomatic efforts on the international stage.

"Only very rarely has a person to the same extent as Obama captured the world's attention and given its people hope for a better future," the Nobel jury said in making the stunning announcement.

The committee attached "special importance to Obama's vision and work for a world without nuclear weapons" and said he had created "a new climate in international politics." Previous US winners

Obama, 48, took office on January 1 and has since then sought to restore US standing in the world after widespread criticism over the war in Iraq and the world superpower's attitude to efforts to control global warming.

The first black American president has brought the Israeli and Palestinian leaders together for a meeting, approved new diplomatic engagement with Iran, Myanmar and North Korea and signalled a new willingness to attack growing environmental problems.

Obama went to Cairo to make a major speech on relations with the Muslim world, badly tarnished by President George W. Bush's order to invade Iraq. At the United Nations, he has launched an initiative to reduce the number of nuclear weapons in the world.

The first black American president was honoured "for his extraordinary efforts to strengthen international diplomacy and cooperation between peoples," the head of the Norwegian Nobel Committee Thorbjoern Jagland said.

The committee hailed his efforts at dialogue, highlighting their importance in resolving major issues of today, such as disarmament, climate and human rights.

"Dialogue and negotiations are preferred as instruments for resolving even the most difficult international conflicts. The vision of a world free from nuclear arms has powerfully stimulated disarmament and arms control negotiations," it said.

"Thanks to Obama's initiative, the US is now playing a more constructive role in meeting the great climatic changes the world is confronting," it said, adding: "Democracy and human rights are to be strengthened."

The 2008 Peace Prize winner Martti Ahtisaari, the former Finnish president and veteran troubleshooter in international conflicts, said the award should "encourage" Obama's Middle East peace efforts.

"We do not yet have a peace in the Middle East... this time it it was very clear that they wanted to encourage Obama to move on these issues," Ahtisaari told CNN television.

"This is a clear encouragement to do something on this issue, I wish him good luck."

The Nobel award will raise expectations for Obama to stand up for human rights around the world, exiled Uighur leader Rebiya Kadeer said.

Kadeer, who has often been tipped for the prestigious prize for her fight on behalf of the Chinese minority group, told AFP: "I am very happy that he got it. Now he has to do something with the award. It raises expectations on him to stand up for oppressed nations."

Obama, who five years ago was a virtual political unknown, is the third US president in office to win the coveted award, after Theodore Roosevelt in 1906 and Woodrow Wilson in 1919. Former US president Jimmy Carter won the prize in 2002.

Last year, the Peace Prize, which consists of a gold medal, a diploma and a cheque worth 10 million Swedish kronor (1.42 million dollars, 980,000 euros), went to Finnish mediator and former president Martti Ahtisaari.

The formal prize ceremony will take place in Oslo on December 10, the anniversary of the death of in 1896 of the prize's creator, Swedish industrialist and inventor of dynamite Alfred Nobel.

Khamis, 8 Oktober 2009

UM UNIVERSITI TERBAIK DUNIA!!!!!

Tahniah UM! Kini dalam ranking 200 terbaik dunia

Universiti Malaya (UM) meletakkan Malaysia semula dalam senarai 200 universiti terbaik oleh Times Higher Education (THE)-QS World University Rankings 2009 selepas melonjak sebanyak 50 tangga tahun lalu ke tangga 180 tahun ini.

Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli berkata, ranking itu bukan sahaja mengenalpastikan ranking tertinggi universiti di dunia, bahkan universiti yang cemerlang dalam subjek-subjek utama tertentu, menjadi sasaran para majikan, menghasilkan penyelidikan terbaik, melabur dalam pengajaran serta mempunyai profil antarabangsa.

Universiti tempatan lain yang turut meningkat rankingnya ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menduduki tangga 320 berbanding 356 tahun lalu.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) jatuh antara satu hingga 41 tangga kepada kedudukan ke-291, 314 dan 345 masing-masing.

Ketua QS Quacquarelli Symonds Ltd Intelligence Unit Ben Sowter berkata, kebangkitan semula UM dalam ranking 200 terbaik dunia adalah amat mengagumkan.

"Usaha kolektif universiti untuk menarik sejumlah besar para pelajar antarabangsa menunjukkan satu harapan yang progresif," katanya dalam satu temuramah emel.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu The Star bahawa kementerian menyedari universiti-universiti tersebut lemah dalam citation per faculty dan peer review.

Universiti Harvard sekali lagi mengungguli ranking THE-QS diikuti Cambridge, Yale, University College London, Imperial College, Universiti Oxford, Universiti Chicago, Universiti Princeton, Massachusetts Institute of Technology dan California Institute of Technology.

Institusi pengajian tinggi Asia yang mempunyai ranking tertinggi dalam senarai THE-QS adalah Universiti Tokyo (22), Universiti Hong Kong (24), Universiti Kyoto (25) dan National University of Singapore (30).

Naib Canselor UM Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon berkata kejayaan tersebut meningkatkan semangat dan motivasi semua staf dan pelajar agar lebih berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

"Pendefinisian semula Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk para akademik, inisiatif-inisiatif baru dilaksanakan dalam rangkaian antarabangsa, perekrutan staf dan para pelajar telah menghasilkan impak yang cepat dan positif," katanya.

Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Zaini Ujang berkata peningkatan dalam ranking universiti adalah ekoran strategi dalam perangkaian, kualiti, penyelidikan strategik, sinergi dan budaya organisasi.

Mengenai kejatuhan ranking UKM dari tangga 250 ke 291, Timbalan Canselor (Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa) Prof Dr Hassan Basri berkata pihak universiti tidak terkejut dengan penurunan ranking itu.

Ini kerana katanya, THE-QS telah menunjukkan bahawa penyelarasan secara metodologi dan tinjauan dinamik akan mengurangkan markah secara signifikan untuk academic peer review and kriteria tinjauan majikan untuk tempoh tiga tahun bermula tahun 2008.

Timbalan Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Nik Mustapha R. Abdullah berkata dia hairan mengenai penurunan ranking universiti walaupun pencapaian universiti tahun lalu adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ahad, 4 Oktober 2009

TIKA MENTARI DATANG

tika mentari datang...
menyinari kehidupanku ini....
hatiku..bagaikan terjaga dari lena yang panjang menyelubungi hidup ini...
kehidupan kembali memberi makna kepada diri ini....
setiap yang dilalui terasa indah kembali......
denai-denai kekecewaan telah mulai pergi....

tika mentari datang...
jiwaku kembali berseri......
tiada lagi tangisan jauh di sudut hati....
tiada lagi keperitan menyelubungi diri.....
tiada lagi kesengsaraan menutupi kehidupan ini....
semuanya kembali menyinari.....

tika mentari datang....
akan kupastikan impian ku dipenuhi....
akan ku pastikan kejayaan yang menanti.....
akan ku pastikan harapan ditebusi......
akan ku pastikan bahawa ini mendapat kurniaan ilahi.....

*puisi tika mentari datang ini merupakan nukilan diriku sendiri MOHD ASRI ZULKIFLI di kala merasa ingin menulis puisi ini sebagai satu luahan rasa....
*puisi ini hadir bila diriku mahu menaip pena ini.....dan lahir daripada perasaanku yang ingin menulisnya......
*aku memang sukakan puisi dan membuatkan diriku ini mencintaiinya....

Sabtu, 3 Oktober 2009

bagan pinang

landskap politik negara kini kembali bergetar dan menerjah ke ruang arus media massa tanah air.
perkara ini terjadi akibat satu lagi pilihan raya kecil akan belaku di N31 Bagan Pinang yang mana pertandingan dua penjuru akan berlangsung diantara calon daripada barisan nasional dan pakatan rakyat.calon daripada barisan nasional diwakili oleh tan sri isa samad yang mana sangat popular dikalangan ahli-ahli umno manakala calon daripada pakatan rakyat adalah pesuruhjaya pas negeri sembilan iaitu zulkefly mohamad omar.

pada pilihan raya kecil kali ini merupakan satu lagi ruang buat barisan nasional untuk menebus kembali kekalahan mereka pada pilihan raya -pilihan raya kecil yang lalu di semenanjung.saya melihat bahawa mungkin kali ini barisan nasional akan memenangi pilihan raya kecil ini tetapi kita tidak boleh memandang sebelah mata kelebihan dan kekuatan daripada calon pakatan rakyat.seharusnya semua pengundi yang berdaftar di N31 bijak untuk memilih pemimpin yang bakal merobah dan membawa gelombang perubahan bagi bagan pinang.

bagi saya,rakyat tidak memandang kepada kekuatan atau kelebihan.tetapi rakyat akan menilai calon mereka itu tersendiri kerana calon itu merupakan wakil kepada mereka.calon yang tidak meletakkan diri mereka sama seperti rakyat dan calon yang tidak pandai mengambil hati pegundi akan kalah bukan sahaja di bagan pinang malahan di mana-mana tempat pun.

apa yang penting bagi masyarakat adalah suara mereka didengar.rintihan dan masalah mereka diketengah dan diselesaikan.semua ini merupakan tugas dan tanggungjawab daripada setiap wakil rakyat.wakil rakyat ini sebenarnya adalah hamba kepada rakyat.mereka harus mendengar dan mengatasi setiap permasalahan rakyat.

kemenangan di tentukan di tangan rakyat bagan pinang.kepada parti yang bertanding semoga anda akan memenangi pilihan raya kecil ini.

suara rakyat adalah sura keramat.....

master bersama pelajar

Selepas pulang daripada jepun selama 9 bulan master kolej kediaman Ungku Aziz Prof Madya Dr Abdul Jalil othman sentiasa meluangkan masa untuk bersama-sama dengan pelajar-pelajar kolej kediaman.

perjumpaan bersama barisan JTK DAN JIK KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ dan barisan Penyelia serta koordinator pada 2 HB oktober 2009 merupakan perkara pertama yang dilakukan oleh beliau walaupun sebelum ini mengadakan perjumpaan tidak rasmi bersama penyelia dan barisan JTK kolej sebelum ini.

perkara utama yang ingin diketahui master adalah masalah dan rintihan daripada para pelajar kolej kediaman ungku aziz melalui pertanyaannya kepada barisan JTK DAN JIK KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ.pelbagai isu telah dibangkitkan oleh barisan JTK DAN JIK KOLEJ KEDIAMAN untuk dimaklumkan dan mendapatkan perhatian daripada master

Antara isu yang timbul ialah mengenai harga makanan di cafe kolej yang tidak tetap,masalah rokok dikalangan pelajar kolej,masalah pelajar senior terutama tahun 3 dan 4 yang tidak turun aktiviti kolej serta hal-hal kebajikan pelajar turut mendapat perhatian.Pertemuan ini juga turut berkisar mengenai rumah terbuka hari raya kolej kediaman ungku aziz yang akan diadakan pada 7 oktober ini.

selepas pertemuan itu master telah meluangkan masa untuk bersama dengan para pelajar.rombongan master bersama barisan penyelia serta JTK DAN JIK telah meninjau persiapan ahli jawatankuasa (BLOOD DONATION `09) yang akan dijalankan pada keesokkan harinya 3 oktober 2009.master telah meluangkan masa untuk beramah mesra bersama ahli jawatankuasa program dan bergambar bersama-sama.

selepas itu rombongan master meninjau pula pasukan dikir barat KUAZ yang sedang menjalankan latihan.masalah peralatan dikir barat telah mendapat perhatian daripada master.
Dalam masa yang sama Master telah meninjau sendiri di cafe kolej Kediaman untuk mengetahui sendiri harga makanan yang dijual.

seterusnya master ke bilik gerakan indera loka iaitu bilik gerakan utama para pelajar kolej untuk menjalankan aktiviti.kebetulan adalah mesyuarat ahli jawatankuasa program YOGURT iaitu kem solat para pelajar sekolah rendah yang akan dijalankan pada 10 0ktober nanti.master mengambil peluang itu untuk beramah mesra bersama-sama dengan ahli jawatankuasa program.master juga turut meluangkan masa meninjau di kawasan kolej kediaman.

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse