Ahad, 21 Jun 2009
kerajaan perpaduan satu kajian
istilah kerajaan perpaduaan ini secara lahiriahnya dilihat kerajaan perpaduaan ini akan terbentuk selepas daripada sesebuah negara itu mengalami kucar kacir dan pergolakkan barulah kerajaan perpaduan ini akan di wujudkan.persoalannya adakah malaysia mahu menunggu peristiwa darurat berulang kembali dan telah belaku pertumpahan darah baru ingin menubuhkan kerajaan perpaduaan ini.
kerajaan perpaduaan ini bukanlah sesuatu yang baru,banyak negara-negara di dunia ini yang sudah melalui proses kerajaan perpaduan ini
Luxumbourg:
'Di Luxumbourg, kerajaan perpaduan pernah wujud sebanyak dua kali. Pertama, semasa Perang Dunia Pertama (1916) bilamana semua parti-parti utama yang mempunyai wakil di dalam "Chamber of Deputies" menyertai kerajaan di bawah pimpinan Victor Thorn. Kerajaan Perpaduan itu kekal hanya selama 16 bulan.'
'Kedua, dalam tahun 1945, sekali lagi terbentuk kerajaan perpaduan di
United Kingdom:
'Di Amerika Syarikat kerajaan perpaduan hanya memngambil bentuk "rallied around the President" di saat negara menghadapi keadaan genting, misalnya semasa Pearl Habour diserang, pembunuhan Presiden Kennedy dan yang terkini ketika menghadapi peristiwa 9/11. Tidak pernah dua atau lebih parti yang ada perwakilan di Dewan Perwakilan bergabung membentu secara formal kerajaan perpaduan.'
Justeru, dalam suasana kini, model terbaik boleh dilihat dalam petikan ini:
'Di zaman kita ini, contoh terbaik kerajaan perpaduan ialah di Afrika Selatan di mana pernah wujud apa yang dipanggil sebagai "Government of National Unity (GNU)." Ketika kerajaan Afrika Selatan ditadbir di bawah Perlembangaan Sementara (April 1994 Februari 1997), mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi di National Assembly boleh menyertai kerjaan dan menuntut satu atau lebih portfolio lembaga menteri.'
dan negara Iraq juga boleh dijadikan model:
'Kerajaan Parpaduan Nasional Iraq (National Unity Government of Iraq) yang ditubuhkan dalam tahun 2006. Kerajaan berkenaan disertai oleh semua parti yang menang di dalam pilihan raya umum dan membuat perishtiharan memberi komitmen kepada 34 prinsip yang menunjangi kerajaaan perpaduan itu.'
kerajaan perpaduan ini harus di lihat dari sudut positif untuk kepentingan negara.wujudnya kerajaan perpaduan ini mampu membuka lembaran baru kepada politik malaysia yang lebih terbuka.malah bagi pendapat saya MALAYSIA sepatutnya menjadi pemangkin dan contoh terbaik kepada dunia dalam penubuhan kerajaan perpaduan ini.
peribahasa di telan mati emak di luah mati bapak bukanlah sesuatu yang wajar dalam isu kerajaan perpaduan ini.jika perkara ini membawa kebaikan untuk generasi akan datang perkara ini perlulah di kaji dan diselidiki.pimpinan parti politik seharusnya membuka ruang perbincangan sebelum mengadakan kritikan mengenai kerajaan perpaduan ini.
jika perbincangan meja bulat sudah berlangsung dan kata putus sudah di ambil barulah dapat di nilai sejauh mana keberkesanan kerajaan perpaduaan itu.
KERAJAAN PERPADUAN
kita dapat membayangkan betapa terguris perasaan beberapa tokoh politik yang dikecam oleh rakan sendiri disebabkan kerana hasrat ingin mencari perdamaian dalam kalangan kaum muslimin. Keadaan begini menjadikan kita lebih faham mengapa Allah menyebut: (maksudnya)
“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku ialah dalam kalangan muslimin!”. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; maka (engkau akan dapati) orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar (dari kebahagiaan dunia dan akhirat)”. (Surah Fussilat ayat 33-35).
kerajaan perpaduan semakin hangat diperkatakan.kerajaan perpaduan ini bertiup kencang selepas daripada muktamar pas yang berlangsung di shah alam baru-baru ini.idea menubuhkan kerajaan perpaduan ini lahir daripada nasharuddin mat isa dan tuan guru haji hadi awang.kerajaan perpaduaan ini mampu menjadi titik tolak kepada satu perubahan masyarakat yang penuh dengan kebenciaan dan dendam kepada masyarakat yang mampu mencipta sejarah untuk menjadi masyarakat yang sama-sama memperjuangkan negara.kerajaan perpaduan ini sepatutnya sudah lama wujud untuk menjadi satu titik penyusunan semula pentadbiran negara yang mampu memperkasakan lagi agenda pembangunan negara dari aspek pembangunan dan kerohanian.roh semangat perpaduan ini adalah rancangan masa depan yang akan menguntungkan generasi akan datang.kita mahu masyarakat ini akan berubah daripada masyarakat yang berpecah belah kepada masyarakat yang dapat bertolak ansur dan berkerjasama dalam menerajui negara.
kerajaan perpaduan ini dapat menyatukan 2 musuh politik utama di malaysia iaitu umno dan pas.kedua-dua parti politik ini merupakan parti melayu yang terbesar.kerajaan perpaduan ini bukan sahaja untuk menyatukan orang-orang melayu,tetapi ingin memperkukuhkan lagi perpaduaan yang tercapai.malaysia mampu menjadi contoh terbaik kepada dunia dalam urusan pentadbiran jika idea mengenai kerajaan perpaduaan ini dapat di implementasikan.
sesuatu yang baik jangan dihalang.ia ibarat seperti seorang pemuda yang ingin berkahwin dengan seorang anak gadis tidak boleh dihalang perkahwinan itu kerana ia adalah merupakan sesuatu yang baik.cuma mungkin agenda ini dipandang daripada sudut negatif oleh pihak-pihak tertentu.
mungkin ada yang dengki dan kecewa jika kerajaan perpaduaan ini terlaksana kerana mereka hanya mementingkan kepentingan diri,tetapi tidak mementingkan kepada persoalan masyarakat.penyatuaan ini bukan sahaja untuk kepentingan parti politik tetapi lebih di lihat kepada penyatuaan masyarakat.
PAS sebuah parti yang membawa entiti islam sudah semestinya dapat menggunakan ruang ini untuk meneruskan agenda dakwah yang lebih terbuka manakala UMNO dapat memperbaiki segala kesilapan yang belaku dan menerapkan nilai dan perubahan yang baru supaya parti yang memperjuangkan kemerdekaan ini tidak hanya tinggal di lipatan sejarah.
bangsa yang maju dan bertamadun ialah bangsa yang mampu mewujudkan perpaduaan yang utuh di kalangan masyarakat.jika perpaduaan ini terlaksana kita tidak akan mendengar lagi persoalan mengenai keburukan masyarakat kita sendiri.sudah tentu pimpinan negara dan parti politik perlu melihat isu kerajaan perpaduaan ini daripada sudut yang positif.pemimpin perlu berkorban untuk kesejahteraan rakyat.semoga kerajaan perpaduan ini di berkati dan dirahmati ALLAH......
Sabtu, 20 Jun 2009
ONE MALAYSIA
satu slogan yang diilhamkan oleh perdana menteri malaysia Dato Seri Najib Tun Abd Razak.
1 dream.1 people,1 nation.....
harapan baru untuk rakyat malaysia adalah ONE MALAYSIA kerana ini adalah satu konsep yang mampu membuka lembaran baru bahawa malaysia adalah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum yang perlu diperjuangkan segala hak dan kaum rakyatnya.konsep ONE MALAYSIA ini tidak akan sesekali meruntuhkan martabat dan maruah bangsanya tetapi merupakan gambaran bahawa bangsanya sanggup berkorban untuk kepentingan bangsa lain.Bangsa yang memperjuangkan ONE MALAYSIA ini tidak sesekali mahu melihat bangsannya ketinggalan dan di hina oleh bangsa lain.tetapi bangsa ini ingin menjadi bangsa yang berperikemanusiaan dan adil disisi masyarakat.hampir 52 tahun negara ini merdeka bangsai ini masih berlembut untuk berkongsi hak mereka dengan bangsa-bangsa lain.kalaulah di bosnia atau di mana-mana negara di dunia....bangsa lain sudah tentu tidak dapat duduk aman bersama-sama bangsa ini.sudah tentu ada pertumpahan darah dan rusuhan.tetapi bangsa ini sangat murni hatinya.pemimpin-pemimpin bangsa ini sentiasa mempertahankan hak bangsa lain kerana bangsa ini mahu negarannya aman dan makmur.bangsa ini sentiasa bertolak ansur dan bersimpati dengan bangsa lain walaupun kadang-kadang bangsa lain itu sudah mengatasi bangsa ini dari segi ekonomi.bangsa ini tetap memikirkan masa depan anak dan cucu mereka untuk terus kekal begini.
ONE MALAYSIA merupakan satu konsep sama rata yang menguntungkan semua pihak...tanpa merubah hak dan keistimewaan orang melayu.negara ini merupakan contoh terbaik kerana masih tetap mengamalkan perpaduaan kaum yang sampai sekarang ikatannya semakin kukuh walaupun ada pihak yang cuba meracuni perpaduan antara kaum di negara ini.kebijakkan pemimpin yang dapat mempertahankan perpaduaan ini adalah sangat dihargai berbanding pemimpin yang sanggup memperjuangkan kepentingan orang lain untuk kepentingan diri.
Jumaat, 19 Jun 2009
kursus biro tatanegara
salam kepada semua pembaca setia blog smart generation ini.
asri baru pulang dari kem ranjer hutan gunung tebu setiu terengganu untuk kem biro tatanegara untuk pembimbing mahasiswa universiti malaya.banyak pengalaman berharga yang diperolehi daripada kursus biro tatanegara ini.
kami semua tidur didalam khemah yang telah disediakan.pada mulanya memang rasa terkejut kerana terpaksa tidur di hutan,kerana mengikut cerita sebelum ini kursus biro tatanegara sebelum ini di buat di resort dan bilik yang ada air cond tetapi pada tahun kami terpaksa tidur dan buat aktiviti di hutan.bagi saya ini semua adalah satu kelebihan yang mana menguji kesabaran an ketahanan diri.Antaraisu yang hangat di bicarakan ketika di kursus ini adalah mengenai konsep ONE MALAYSIA.apa yang paling baik saya dapat di kursus BTN ini adalah fakta dan bukannya retorik.saya tertarik dengan ketua fasilitator kami yang menekankan kepada kami bahawa beliau ingin melahirkan orang yang mengatahui fakta dan bukannya auta.
konsep one malaysia ini dibincangkan atas dasar UM ialah satu-satunya universiti yang mempunyai pelbagai kaum dan perpaduaan antara kam di UM sudah lama wujud dan terus dikekalkan.konsep one malaysia ini sebenarnya mencerminkan wajah malaysia yang sebenarnya.melalui pendedahan ini masyarakat majmuk di malaysia dapat menikmati setiap hasil bumi di malaysia dengan adil dan saksama.
Jumaat, 12 Jun 2009
kebahagiaan
Khamis, 11 Jun 2009
pandangan dan idea......
asri suka melawat blog kawan2 yang suka berblogger ni....macam2 cerita kisah dan pengalaman yang diceritakan.rajin juga mereka menceritakan kisah dan pengalaman mereka.tapi semua perkara yang ditulis dan dikongsi di dalam blog itu dapat memberikan pengajaran dan dapat menghiburkan.bagi asri menulis di blog adalah lebih baik daripada berchatting.kerana melalui penulisan ini anda dapat mengeluarkan buah fikiran dan idea.tetapi asri tidak nafikan juga dalam setiap perkara dan penulisan yang kita buat ada impak positif dan negatifnya.manusia semuanya berbeza dan tidak sama.Allah ciptakan manusia dengan pelbagai ragam dan karenah.ada yang periang dan ada yang pemarah.sebab itu di dalam blog yang asri lawati asri dapati di blog menjadi tempat untuk meluahkan perasaan.ada blog yang sentiasa happening dan juga ada blog yang sentiasa mengutuk dan menanamkan perasaan benci pada orang lain.
kita tidak boleh salahkan mereka,mungkin kerana dengan luahan hati itu mereka dapat menenagkan perasaan mereka.tetapi perkara yang buruk adalah menabur fitnah dan hasutan yang akhirnya menyebabkan kebencian dan dendam.penulisan memainkan peranan yang sangat penting.setiap tulisan yang ditulis adalah hasil idea dan buah fikiran daripada minda kita.orang yang rajin menulis dan membaca dapat mengembangkan pemikiran mereka.
setiap orang bebas dalam menyuarakan pandangan dan idea.tetapi tidak semua idea yang ktia lontarkan boleh diterima dan memuaskan hati orang lain.tetapi perlulah kita hormati kerana kadang-kadang idea itu yang mampu membantu walaupun nampak remeh.
asri mahu belajar banyak perkara,setiap perkara yang dapat memberikan kelebihan dan kekuatan kepada diri asri.asri mahu belajar dari setiap kesalahan dan kesilapan yan asri buat dan lakukAN......semoga ALLAH memberkati diri ini...amin.....
Isnin, 8 Jun 2009
gambar kenangan
menerima Anugerah Cakerawati Ungku Aziz daripada TNC HEP & ALUMNI UM
Datuk Azarae Haji Idris
menerima Anugerah Tunas Perdana Pendeta daripada
master kolej ungku aziz um
ketika membacakan doa majlis di hotel crown plaza mutiara
Bersama pimpinan tertinggi universiti malaya TNC HEP DAN ALUMNI
serta TNC INOVASI DAN PENYELIDIKAN UM bersama MASTER
PROF MADYA DR ABD JALIL dan barisan kempimpinan kolej
master kolej ungku aziz um
bersama master kolej ungku aziz di old town white coffee.
prof madya dr abd jalil othman baru pulang dari jepun dengan mengambil cuti selama 2 minggu kerana ingin memantau persiapan untuk kemasukan pelajar baru dan berjumpa dengan pembimbing mahasiswa kolej kediaman ungku aziz sesi 2009/10.master berada di jepun atas jemputan university of tokyo untuk menjadi tetamu di universiti berkenaan dan memberi speech berkaitan dengan pendidikan.
kami barisan tertinggi pembimbing mahasiswa kuaz bersama abg imran dan master telah pergi ke old town white coffee untuk mengadakan perbincangan mengenai pembimbing mahasiswa kuaz.
Di kesempatan itu master telah menceritakan pengalaman beliau di jepun.
master menceritakan bahawa di tokyo jumlah penduduknya adalah 70 juta orang dan merupakan bandaraya terpadat di dunia.kehidupan di tokyo sangat canggih.LRT di jepun lebih canggih dan banyak.
seperti biasa master akan menceritakan mengenai kehidupan orang jepun yang sememangnya berdisiplin.orang jepun sangat berdisiplin dengan kerja mereka.master menceritakan bahawa di jepun memang tidak akan belaku kecurian dan bandaraya tokyo sangat selamat dengan pengawasan cctv di seluruh bandar.jika letakkan telefon bimbit di perhentian bas pun tidak akan hilang.
perkara yang paling menarik ialah ketika master menceritakan mengenai kenderaan yang popular di jepun iaitu basikal.basikal di jepun ada no pendaftaran dan perlu mendapat pengesahan daripada jabatan pengangkutan jalan negara tersebut.penunggang basikal di berikan keutamaan kerana ada laluan khas untuk penunggang basikal.jika penunggang basikal melalui jalan kereta atau kenderaan lain hendaklah berhenti dan memberikan kutamaan kepada penunggang basikal terlebih dahulu.
master menceritakan mengenai kehilangan basikalnya di jepun,dan mendapat reaksi daripada kawannya yang juga profesor di jepun yang terkejut dengan berita itu.kawannya itu menyatakan mustahil bahawa basikal akan di curi di jepun dan perkara itu tidak pernah berlaku.kawan master memohon maaf kepada master kerana perkara itu belaku kerana itu bukan budaya jepun.tetapi rupa-rupanya basikal master bukan di curi tetapi dirampas oleh jabatan pengangkutan jalan jepun atas kesalahan parking dan di kenakan denda.sememangnya perkara ini memberikan gambaan betapa jepun mengajar rakyat mereka berdisiplin.
perkara yang menarik diceritakan oleh master iaitu mengenai yakuza atau ketua gangster di jepun.maser menceritakan bahawa yakuza di jepun sangat ditakuti dan juga merupakan penyumbang ekonomi terbesa di jepun dan boleh menjatuhkan ekonomi jepun.yakuza sangat di takuti oleh rakyat jepun dan pimpinan jepun sendiri tidak berani dengan yakuza ini.yakuza di jepun lahir daripada tradisi samurai.sememangnya di jepun tidak akan ada samseng dan penjenayah kerana kehadiran yakuza ini.
master juga menceritakan mengenai sistem pendidikan di jepun yang mana setiap graduan jepun di tahun 3 perlu mencari pekerjaan dan sesiapa yang tidak mendapat pekerjaan pada tahun 3 tidak boleh menerima ijazah daripada universiti.itu adalah sistem di jepun yang mana membantu mengatasi masalah pengangguran.
selain itu kes bunuh diri sangat terkenal di jepun terutama di kalangan generasi muda.bunuh diri merupakan tradisi di jepun kerana mereka takut memalukan keluarga mereka.kerajaan jepun terpaksa mendenda rm 1000 kepada ibu bapa yang anaknya membunuh diri untuk kos pengurusan mayat.
banyak lagi cerita dan kisah serta pengalaman master ketika berada di jepun.
selepas itu kami berbual mengenai haluansiswa kolej.master inginkan setiap pembimbing mahasiswa kuaz menghormati pentadbiran kolej dan juga menanamkan rasa hormat.master juga memberikan nasihat sebagai pemimpin kepada kami.master menyatakan bahawa pemimpin yang baik itu lahir daripada penampilan diri mereka.pemimpin harus ada kemahiran untuk menarik anak buah.master mahu setiap masalah dikemukakan kepada pentadbiran kolej supaya semua itu tidak akan menjadi barah.kerana master ibaratkan sebuah kapal yang mempunyai lubang sebesar lidi mampu menenggelamkan seluruh anak kapal beserta kaptennya sekali.
master juga memberikan sedikit nasihat bagaimana untuk berhadapan dengan karenah pelajar international kerana pelajar international adalah paling teramai di kolej kediaman ungku aziz um ini.master menasihati kami untuk menggunakan pendekatan sikologi untuk menarik mereka bukan menggunakan kekerasan.master mahukan semua pembimbing mahasiswa kuaz berdisiplin dan menjadi contoh kepada mahasiswa lain.banyak lagi perkara yang kami bualkan.
banyak lagi pengalaman master yang saya ingin ceritakan.we love u master.
tahniah atas penerimaan prof madya.semoga master akan terus berjaya dan mendapat kehidupan yang baik.
Ahad, 7 Jun 2009
kehidupan?
semua orang mahukan kehidupan yang baik.....semua orang mahukan kebahagiaan.......
sengaja ingin aku timbulkan persoalan mengenai kehidupan kerana kehidupan itu adalah suatu proses yang mampu membuatkan diri kita berada di atas paksi atau keluar daripada paksi kehidupan yang sebenar..
Sabtu, 6 Jun 2009
kelahiran pemimpin
barat juga melahirkan amai pimpinan hebat mereka yang telah menyaksikan kepada perubahan dunia.
sejarah menyaksikan proses kelahiran pemimpin ini bukanlah timbul dan muncul dalam suasana yang tenang dan aman tetapi di himpit dengan pelbagai persoalan kemanusian dan keharmonian dunia sejagat.
Amerika syarikat misalnya membuat perubahan dengan melantik presiden pertama yang berkulit hitam iaitu barack obama.proses perubahan ini menunjukkan mood dan juga proses kempimpinan ini berdasarkan kepada penilaian dan juga keadaan semasa.
pemimpin itu lahir bukan kerana ingin memiliki takhta dan kuasa,pemimpin itu lahir bukan kerana ingin dinampak hebat,pemimpin yang lahir itu sentiasa memikirkan perkara yang dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada orang yang dipimpinnya disamping menunjukkan sikap dan teladan yang baik.
proses kelahiran kempimpinan bagi era globalisasi tampak tidak seperti kelahirannya dahulu.proses kelahiran kepimpinan ini sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa,politik dan demografik kawasan pimpinan mereka.
pemimpin yang agung itu lahir kerana cabaran dan dugaan yang mereka terima.proses itu bukan merupakan sesuatu yang mudah.pemimpin agung dunia iaitu nabi muhammad s.a.w sendiri telah menunjukkan suatu bukti yang sangat jelas bagaimana proses kelahiran pemimpin yang hebat itu.seluruh dunia mempunyai sejarah tersendiri dalam kelahiran pemimpin mereka.proses kelahiran pemimpin ini dilihat belaku semasa dan selepas perang dunia kedua yang mana menyaksikan lahirnya ramai pimpinan agung.
sekarang kita berada dalam zaman dan era globalisasi yang menuntut untuk lahir seorang pemimpin yang dapat menjadi paksi dan tumpuan seluruh dunia.pemimpin ini perlu lahir buka daripada kuasa kerajaan atau pengikutnya tetapi hendaklah lahir daripada semangat dan kekuatan yang ada pada diri mereka sendiri.
CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI
BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)
Powered by 123ContactForm | Report abuse