Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 25 Mac 2009

UMNO perlu berubah........

sekarang sedang berlangsungnya persidangan umno...parti melayu terbesar di malaysia...parti melayu yang masih mendapat mandat terbesar daripada rakyat..parti melayu yang masih bertahan begitu lama...parti yang dahulunya digeruni kerana kekuatan ahlinya....

masa merubah zaman...dan zaman tidak akan terus mampu untuk merubah masa...kerana masa yang akan menentukan segalanya...begitulah dengan kehebatan dan kemegahan parti ini...

jika perjuangan mereka untuk rakyat,bangsa dan agama...parti ini akan terus kekal..jika parti ini untuk mendapatkan kuasa rakyat,bangsa dan agama mereka sendiri akan menghukum...

perjuangan bangsa dan agama tidak akan pudar...perjuangan masih belum selesai...tetapi perjuangan memerlukan pengorbananan dan keikhlasan...semata-mata untuk agama dan bangsa yang tercinta....

umno perlu bergerak seiring dengan masa dan jika mampu perlu bergerak mendepani masa...mereka bukan lagi harimau yang garang...bukan lagi seperti raja rimba...tetapi...berdepan dengan lawan yang juga ingin menjadi parti memerintah...lawan yang ada kekuatan...bukan lawan yang lemah...

umno perlu berubah...perlu diubah segala yang kotor...perlu diperbaiki segala kelemahan yang ada jika mahu terus menjadi parti pemerintah....perlu disusun barisan saf kempimpinannya pemimpin yang mempunyai idealisme dan perjuangan yang tinggi...bukan yang bergelumang dengan politik wang semata-mata mahukan kuasa....kerana kuasa itu yang akan menjatuhkan mereka...kuasa yang diambil kerana dibayar....

bangsa melayu jangan dibeli kepercayaan mereka!jangan menipu bangsa sendiri....kerana kita memperjuangkan bangsa...perlu kita membuktikan kepercayaan bangsa kita dengan menggunakan segala kepercayaan yang ada semata-mata untuk membangunkan agama,bangsa dan tanah air kita sendiri....

ingatlah kembali perjuangan yang dibawa oleh bekas pemimpin tanah air kita di dalam umno...yang berjuang untuk rakyat...jangan mencari harta di dalam umno..kerana harta yang paling perlu di cari adalah harta untuk membangunkan agama,bangsa dan tanah air sendiri...supaya anak cucu generasi akan datang akan menikmati segala ini...bukan untuk kekayaan pemimpin tertentu...

mahu dilihat pimpinan umno ini berubah...berubah segalanya...perlu ada perubahan....kerana keyakinan semakin berkurang...perlu menarik kembali keyakinan itu...kerana parti ini adalah simbol perjuangan kemerdekaan tanah melayu...parti yang mampu mengembalikan kekuatan daripada penjajahan....

orang melayu masih sayangkan umno...masih mempercayai umno...jika pemimpin mereka memberikan teladan yang baik...berjuang untuk rakyat....rakyat akan menilai pengorbanan mereka...rakyat juga akan menentukan masa depan mereka....

buktikan bahawa umno masih kuat seperti harimau ditengah rimba....
buktikan bahawa umno adalah simbol perjuangan....
buktikan bahawa umno bebas daripada politik wang...
buktikan bahawa umno perlu terus menjadi parti pemerintah yang adil dan telus...
buktikan bahawa umno akan mendepani masa...menentukan nasib rakyat di negara ini...
terus pertahankan maruah agama dan negara...
jangan biar tergadai di tangan musuh yang rakus......
jangan biar musnah dek kerana kemewahan dan kemegahan...
perlu ada pembuktiaan untuk kejayaan,,,,
politik perlu terus subur dengan semaian benih yang baik...
perlu ditanam kembali pokok-pokok yang sudah lama ini...
untuk mendapatkan hasil yang baru.....

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse