Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 28 Mac 2009

mahathir dan pak lah berdamai.....

Mahathir -Pak Lah berdamai...

Perhimpunan agung Umno kali ini merakam sejarah apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berpelukan di atas pentas.

najib mahathir pak lah umno 2009 agm final day 280309 02Sebelum itu, Dr Mahathir membuat kejutan apabila muncul di dewan persidangan pada jam 12.29 tengahari tadi ketika majlis pergulungan ucapan sedang berlangsung.

Ketibaan Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut tepukan gemuruh para perwakilan yang turut bangun memberi hormat kepada kedua-dua tokoh tersebut.

Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu sedang menyampai ucapan penggulungannya, berkata kehadiran Dr Mahathir itu menandakan mantan perdana menteri mengiktiraf kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala Abdullah pula, dalam ucapan penggulungannya berkata, beliau telah memaafkan semua pihak yang tidak senang dengannya.

Katanya, beliau juga memaafkan Muhyiddin jika menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu beranggap telah melakukan perkara tidak baik.

Walaupun tidak menyebut nama-nama yang lain, Dr Mahathir memang diketahui amat kritikal mengkritik pentadbiran Abdullah selama ini.

Naik ke pentas

najib mahathir pak lah umno 2009 agm final day 280309Manakala Najib dalam ucapan menerima jawatan presiden Umno, menyuarakan hasrat ahli parti untuk melihat kedua-dua tokoh tersebut berbaik-baik dan menjadi teladan kepada ahli-ahli parti.

Selepas selesai majlis penggulungan tersebut, Dr Mahathir kemudian berjumpa dan berpelukan dengan Najib sebelum melangkah naik ke pentas dan menemui Abdullah.

Kedua-duanya kemudian berpelukan di atas pentas di tengah-tengah tempukan gemuruh pada perwakilan.

Dr Mahathir juga kemudiannya mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau akan menyertai Umno semula.

Sebelum itu, Najib berharap dapat bersama kedua-dua "negarawan" tersebut demi kepentingan negara dan parti itu.

"Harapan saya agar dapat bersama dua negarawan tersebut - Datuk Seri Abdullah dan Tun Dr Mahathir - bagi membincangkan masalah serta masa depan parti dan negara. Walaupun pertemuan pertama mungkin kekok sedikit, tetapi lama-lama kemesraan akan terjalin.

Rapatkan barisan

"Yang penting bukan kepentingan diri, yang penting Umno dan negara kita. Insya-Allah, jika negarawan kita menunjukkan teladan yang baik, kita akan berjaya merapatkan barisan kita.

"Yang di bawah ini akan ikut bersama. Mereka akan mendapat inspirasi daripada negarawan kita," katanya dalam ucapan lantang dan berapi-rapi.

Beliau juga menyeru kedua-dua pihak jangan mengkritik secara terbuka, sebaliknya menyelesaikan sesuatu perkara secara dalaman.

"Apabila ahli setia kepada pemimpin, pemimpin yang bersara juga perlu setia kepada parti yang pernah berjasa kepada kita. Ini merupakan kehendak perwakilan Umno," katanya yang mendapat sorakan dan tepukan daripada perwakilan.

"Hari ini Tun Dr Mahathir hadir bersama-sama kita. Saya cuba tafsir kehadiran beliau. Saya percaya dalam hati kecil beliau, darah beliau adalah darah Umno," katanya.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse