Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 9 Mac 2009

perkahwinan............







perkahwinan merupakan satu keberkatan dan kebahagian dalam suatu perhubungan.
sememangnya perkahwinan itu merupakan saat paling manis bagi mereka
yang bercinta.
saat ini akan sentiasa dikenang dan diingati oleh setiap pasangan.
perkahwinan merupakan jalan yang paling banyak menyelesaikan isu gejala tidak bermoral.
tetapi persoalannya bagaimana selepas ambang perkahwinan?adakah akan sama atau sebaliknya?
persoalan itu kadang-kadang akan menghantui perasaan dan pemikiran kita.
bagaimana dengan ibu bapa kita?kenapa mereka tetap bahagia sehingga sekarang?
apa rahsia rumah tangga mereka?banyak lagi yang perlu dipelajari dalam perkahwinan...
bukan mudah nak faham memahami antara satu sama lain...mereka yang sudah berumah tangga selama 30 tahun pun belum tentu saling faham memahami antara satu sama lain..tetapi yang paling penting adalah sikap tolak ansur.jika kita sudah tahu tanggungjawab kita sebagai suami atau isteri sudah tentu tidak banyak masalah akan timbul..suami mesti sentiasa memberi perhatian kepada isterinya dan isteri hendaklah sentiasa memberikan kasih sayang kepada suami...kadang-kadang belaian isteri boleh menenangkan suaminya yang sedang dalam masalah..
kenapa saya menulis tentang perkahwinan?hehee...
sebenarnya pada 7 dan 8 mac yang lalu saya berpeluang untuk melihat perkahwinan abg sepupu saya berkahwin iaitu muhammad hafizi bin ahmad dengan nor aishah bt aris di felda sungai koyan 3 raub pahang...
bila melihat orang mendirikan masjid..hati ini terdetik juga..hehe..tapi masih belajar...masih banyak halangan perlu ditempuhi...kena ada pekerjaan dan rumah dahulu...baru boleh menanggung orang...
kalau tidak...nak bagi makan ape nanti?hehe...
tapi....perkahwianan merupakan sumber rezeki...ALLAH akan memberikan rezeki kepada mereka yang berkahwin..itu adalah kelebihan dalam perkahwinan....apa pun moga saya akan mendapat isteri yang akan sentiasa memberi kebahagian kepada saya...

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse