salam kepada semua pembaca blog....
Penulis mahu menggunakan ruang maya ini sebagai satu medan perbincangan secara dinamik dan kritis mengenai isu-isu politik di dalam negara.Pertama Penulis mahu mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pakatan rakyat kerana telah berjaya mengadakan KOVENSYEN PAKATAN RAKYAT pertama di dalam sejarah penubuhannya.Kovensyen yang diadakan di Auditorium MBSA,Shah Alam membariskan semua pimpinan parti di dalam pakatan rakyat iaitu pimpinan PAS,DAP dan KEADILAN.
Kovensyen ini melihat pendamaian diantara PAS yang menjuarai ``aspirasi negara islam`` dengan DAP yang membawa konsep ``Malaysia Malaysia`` yang mana mereka telah bersepakat mengenai isu ini di dalam kovensyen yang berlangsung ini.Proses menanda tangani persefahaman diantara pemimpin-pemimpin pakatan ini merupakan simbolik kepada satu usaha sama dan kerjasama yang erat di dalam pakatan rakyat Malaysia.
Persoalan yang penulis mahu kemukan di sini adalah sejauh manakah persefahaman ini akan dapat difahami dan dihadam oleh semua pimpinan di dalam pakatan rakyat dan rakyat khususnya.Pakatan Rakyat ini mula wujud secara gah dan kuat selepas berjaya mengurangkan majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen dan dilihat telah memberikan cabaran yang hebat kepada kerajaan yang sedia ada pada hari ini.
Penulis melihat kesepakatan dan permuafakatan yang dibuat dan dibentuk oleh pakatan rakyat ini merupakan sesuatu yang baru dan kesefahaman serta kesepakatan yang berani.Apa yang ingin penulis melontarkan seribu satu macam persoalan di sini adakah usaha sama ini akan berjaya dilaksanakan secara praktikal dan tidak bersifat semata-mata retorik di atas kertas kerja pembentangan semata-mata.Hal ini kerana Pakatan Rakyat merupakan satu gabungan politik yang baru dan masih belum diuji keberkesanan mereka.Secara positifnya juga penulis melihat bahawa mereka mahu membawa dan membuat perubahan tetapi masih ada kesangsian yang b oleh diperkatakan walaupun dasar dan penerangan mereka jelas untuk memajukan dan memartabatkan negara Malaysia.
Penulis telah meneliti dan membaca draf pembentangan kovensyen pakatan rakyat dan melihat bahawa itu merupakan satu usaha yang murni.Pakatan rakyat dilihat cuba membina satu muafakat yang baru dengan lebih adil mengikut prinsip dan lunas-lunas perlembagaan.Penulis yakin jika usaha ini benar-benar ikhlas dan dapat dilaksanakan malaysia mampu menjadi negara yang lebih progresif dan dinamik cuma adakah benar kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan semasa kovensyen ini merupakan sesuatu yang benar-benar jujur dan adakah ini merupakan suatu keazaman yang mereka pegang dan genggam untuk mereka capai atau hanya sekadar manisan di bibir untuk mendapat sokongan dan dokongan daripada rakyat Malaysia.
Penulis memberikan kesimpulan yang sangat mudah dan jelas.Jika pakatan rakyat ingin membuat suatu perubahan ke arah Malaysia baru.Pakatan rakyat yang sudah menjadi kerajaan kepada negeri selangor,kedah,kelantan dan pulau pinang sepatutnya telah membuktikan bahawa mereka berusaha kearah mewujudkan Malaysia baru ini.Rakyat di negeri ini lebih terbela dan mendapat perhatian daripada kerajaan negeri serta isu-isu yang bersifat sensitif dapat mereka tanggani dengan baik.Mereka juga hendaklah lebih bersifat adil dan saksama dalam pemerintahan tidak kira kepada penyokong atau penentang mereka.Mereka tidak akan menyentuh isu-isu sensitif yang boleh membawa kepada pepecahan dan perbalahan.Jika perkara-perkara ini mereka tidak dapat hadapi dengan bijak dan baik sudah tentu Pakatan Rakyat ini adalah sebuah gagasan politik yang sama sahaja dengan mana-mana gagasan parti politik di Malaysia cuma menggunakan nama yang berbeza.
Pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim pula berkata konsep kerjasama dalam pakatan harus lebih diserlahkan sebagai satu bentuk kekuatan kepada pakatan itu"Kekuatan PAS, DAP dan PKR sekarang bukan boleh diukur seperti dulu. Sekarang kalau di Kelantan PKR lemah, PAS kena bantu dan kalau di Perak PAS lemah, DAP dan PKR kena bantu," kata Zaid lagi.Di sudut PAS, isu kesepakatan itu antara lainnya diulas oleh presidennya sendiri Datuk Seri Hadi Awang yang berkata dasar tersebut merupakan salah satu peluang kepada PAS untuk membuktikan mereka juga mampu
"berpakat."Marilah kita dahulukan apa yang boleh kita sepakati dahulu. Kita perlu pertahankan kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai," katanya yang turut menyeru ahli pakatan supaya mengambil iktibar daripada perpecahan yang berlaku dalam BN.Isu melibatkan kedudukan orang Melayu turut mendapat perhatian, antaranya apabila diulas pemidato PAS, Salahuddin Ayub yang berkata Pakatan juga tidak akan mengambil pendekatan sama seperti Umno dan BN dalam mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu yang dimaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan.
"Kita seru kepada rakan-rakan kita supaya jangan takut dengan Perkara 153 kerana ini adalah untuk memberi (bantuan) kepada golongan yang berhak.
Ketua pergerakan sosialis pemuda DAP, Anthony Loke pula berkata isu melibatkan kepentingan Melayu tidak lagi akan dipersoalkan oleh pergerakan itu, selagi tidak mencabuli hak bagi mereka yang sepatutnya.
"Tuan-tuan tidak perlu risau kerana DAP akan tetap memperjuangkan kepentingan Melayu," katanya, mengulas janji Pakatan untuk sentiasa memelihara kedudukan Istimewa orang Melayu, sejajar dengan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang didukung itu"Kita tidak akan cemburu sedikitpun kalau ada orang Melayu yang miskin yang dapat biasiswa ke universiti.
kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh barisan pimpinan PAKATAN RAKYAT ini diharapkan bukan semata-mata janji kosong mereka malahan Penulis melihat bahawa kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan ini perlu dipegang dan diyakini untuk tidak mereka khianati.Hak keistimewaan orang Melayu perlu benar-benar dijaga dan tidak di sentuh oleh kaum lain dan hak-hak kaum lain akan terus terpelihara dan mendapat jaminan.
4 perkara asas utama yang telah mereka sepakati iaitu:
1-DEMOKRASI TELUS DAN TULEN
2-MEMACU EKONOMI BERPRESTASI TINGGI,MAPAN DAN ADIL
3-KEADILAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN INSAN
4-HUBUNGAN PERSEKUTUAN-NEGERI DAN DASAR LUAR NEGARA
perkara-perkara ini merupakan manuskrip janji mereka kepada Rakyat dan mereka perlu laksanakan.Walaupun berdasarkan pengamatan penulis bahawa sukar untuk pakatan rakyat ini melaksanakan perkara ini tetapi penulis masih optimis dan bersifat terbuka untuk melihat kejayaan pakatan rakyat dalam merealisasikan perkara ini.
Penulis juga melihat bahawa kerajaan yang sedia ada di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berada di dalam zon yang selesa kerana sekarang mereka berhadapan dengan musuh yang mempunyai strategi dan kebal.Pimpinan UMNO dan BARISAN NASIONAL janganlah memandang remeh isu dan perkara ini kerana akan menjadi barah di dalam PILIHAN RAYA UMUM KE 13 yang akan datang.Pimpinan BARISAN NASIONAL harus membaca dan memperhalusi draf yang telah di bawa oleh PAKATAN RAKYAT ini untuk menjadi rujukan serta sebagai satu cabaran yang perlu kerajaan lakukan dan ubah melalui sekarang.
Penulis yakin dan pasti jika kerajaan yang sedia ada sekarang benar-benar ikhlas mahu merubah dan menghapuskan tanggapan-tanggapan negatif daripada pembangkang dan membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan dalam usaha ke arah itu maka kerajaan yang ada sekarang ini akan lebih bertambah kuat dan diyakini oleh rakyat.Penulis melihat bahawa Rakyat Malaysia masih meletakkan harapan yang tinggi kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk membawa perubahan dan memerintah negara ini.Rakyat juga masih sayangkan parti yang keramat ini.Apa yang perlu dilakukan adalah perubahan demi perubahan untuk kesejahteraan rakyat.
kesimpulan yang mahu penulis coretkan di sini bahawa Negara Malaysia kini telah matang dalam berpolitik dan mengamalkan demokrasi.Kekuatan yang ditunjukkan oleh kedua-dua belah pihak tidak kira kerajaan atau pembangkan adalah untuk kesejahteraan rakyat.perkara paling utama yang perlu diingati ialah janganlah kerana pertikaian ini kampung dan tanah air yang kita duduki sekarang ini tergadai.Menjadi tanggungjawab kepada semua untuk terus mempertahankan serta mendaulatkan bangsa Malaysia.