Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 20 September 2008

bernama 20 september

20 September, 2008 23:33 PM

Tiada Undang-undang Kekal Tetapi ISA Masih Perlu, Kata Syed Hamid

JOHOR BAHARU, 20 Sept (Bernama) -- Tidak ada undang-undang yang dibuat oleh manusia akan kekal selamanya dan ini termasuk undang-undang pencegahan negara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di ibu pejabat kontinjen Polis Johor di sini malam ini, beliau berkata kerajaan akan sentiasa mengkaji sebarang pindaan undang-undang selaras dengan tuntutan perubahan keadaan dan masa.

Tetapi sebelum ini berlaku, rakyat mesti mencintai negara dengan menjamin keamanan dan keselamatan.

"Kita mahu bina sebuah negara yang (rakyatnya) memahami tanggungjawab terhadap satu sama lain, yang faham sensitiviti masing-masing," kata beliau.

Bagaimanapun, hingga sekarang masih ada orang yang memainkan isu perkauman dan sensitif yang boleh mencetuskan emosi dan akhirnya ketidaktenteraman awam.

Syed Hamid ditanya mengenai gesaan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Majlis Peguam agar ISA dikaji semula dengan teliti atau dihapuskan sama sekali.

Beliau berkata kerajaan berpendapat ISA masih perlu bagi menjamin keamanan dan keselamatan dan kerajaan tidak bercadang menghapuskannya.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut