Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 26 September 2008

bersama ibu tersayang

perubahan kuasa

assalamualaikum w.bt...salam bicara daripada asri
dalam ruangan blog ini asri ingin berkongsi sesuatu dengan semua pembaca blog ini mengenai situasi semasa politik dalaman umno hari ini.hari ini dato seri abdullah ahmad badawi telah mengadakan mesyuarat tergempar bersama dengan semua MT umno.mungkin pertemuan ini adalah mengenai pelan peralihan kuasa diantara dato seri abdullah ahmad badawi dengan timbalanya dato seri najib.berbagai spekulasi dapat kita buat mengenai pelan peralihan kuasa ini.mungkin pertemuan ini sebagai medan untuk mempercepatkan peralihan kuasa ataupun sebagai medan untuk memastikan semua MT umno memberikan sokongan kepadanya sebagai presiden umno dalam pemilihan agung umno oktober ini.ini kerana melalui media massa hari ini terdapat berita menyiarkan mengenai mesyuarat bahagian yang tidak mencalonkan dato seri abdullah ahmad badawi sebagai presiden umno.tetapi ada juga dikalangan MT umno menasihatkan abdullah ahmad badawi supaya tidak bertanding kerana tidak takut cukup pencalonan.di dalam blog tun dr mahathir juga ditulis sendiri oleh tun dr mahathir supaya semua gabungan dalam umno untuk menyingkirkan abdullah ahmad badawi.mungkin waktu dan saat ini merupakan saat yang sukar dan genting bagi abdullah badawi.tetapi dalam masa yang sama masih ada lagi yang terus menyokong abdullah badawi ini mungkin kerana inginkan kepentingan mereka tidak terpelihara.apa yang kita harapkan sekarang ialah sikap pemimpin kita akan berubah supaya rakyat akanterus terbela.jika kempimpinan kita hari ini hanya memikirkan mengenai kuasa mereka sudah tentu hak kebajikan rakyat akan terabai.jadilah kita sebagai seorang hero kepada masyarakat,jangan fikir soal kuasa dan jawatan kerana jika kita inginkanya lebih dari segala-galanya sudah tentu kita akan hanya memikirkan mengenai kepentingan diri bukan untuk kepentingan rakyat

Selasa, 23 September 2008

balqis adliyana....

sering saja begini....

kata orang....

SALAM.....apa khabar agaknya kepada semua pengunjung blog asri ini...harap-harap semuanya sihat dan ceria sentiasa..asri baru je lepas berbuka puasa bersama kawan-kawan....makan nasi lauk ayam je..tetapi memang best sebab dalam bulan puasa kan.asri hari ini agak kelam kabut sedikit....kena siapkan assigment..tetapi alhamdullilah sebab dapat siapkan juga.....hehe...tentunya rasa lega sangat...tetapi lepas tu dapat kerja lagi...kerja projek kolej pula.......hmm....tak kan nak merungut pula kan sebab dah memang tanggungjawab.....tanggungjawab itu sangat besar kan.....hari ini asri terdengar satu cerita mengenai keadaan semasa di malaysia ini.katanya para pelabur takut untuk melabur di malaysia kerana keadaan politik tidak menentu tidak tahu sama ada siapakah yang akan memerintah negara ini..masih tidak dapat kepastiaan kerana kita cuma tunggu dan lihat sahaja....tetapi apa yang menakutkan kita ialah ekonomi negara kita..jika keadaan ini berterusan..para pelabur akan hilang kepercayaan kepada malaysia....mungkin kita akan mengalami krisis ekonomi..apapun kita harapkan supaya negara yang berdaulat ini terus terpelihara..jangan biarkan kelemahan kita diekploitasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab......

gaya kehidupan

my future in um




History of UM











Universiti Malaya, or UM, Malaysia's oldest university, is situated on a 750 acre (309 hectare) campus in the southwest of Kuala Lumpur, the capital of Malaysia. It was established in April 1949 in Singapore with the merger of the King Edward VII College of Medicine (founded in 1905) and Raffles College (founded in 1928).

The University of Malaya derives its name from the term 'Malaya' as the country was then known. The Carr-Saunders Commission, which recommended the setting up of the university, noted in its Report in 1948: "The University of Malaya would provide for the first time a common centre where varieties of race, religion and economic interest could mingle in joint endeavour ... For a University of Malaya must inevitably realise that it is a university for Malaya."

The growth of the University was very rapid during the first decade of its establishment and this resulted in the setting up of two autonomous Divisions in 1959, one located in Singapore and the other in Kuala Lumpur. In 1960, the government of the two territories indicated their desire to change the status of the Divisions into that of a national university. Legislation was passed in 1961 and the University of Malaya was established on 1st January 1962.

On June 16th 1962, University of Malaya celebrated the installation of its first Chancellor, the Rt. Hon. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, who was also the country�s first prime minister. The first Vice-Chancellor was Professor Oppenheim, a world-renowned Mathematician.

Currently, His Royal Highness Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah is the Chancellor of Universiti Malaya.

Datuk Rafiah Salim was appointed as the ninth Vice-Chancellor of Universiti Malaya on 8th May 2006.

slogan kosong barat

assalamualaikum semua.......
sudah 3.30 pagi agaknya...tapi asri belum tidur lagi....hehe....biasalah tu kan...kadang-kadang susah juga nak tido.....hari ini masuk hari ke 3 asri menulis blog..baru je blog ni...hehe....tetapi rasa menarik sangat menulis kat blog ni..paling tidak dapat mengisi masa lapang daripada perkara yang tidak berfaedah.isu apa yang asri nak utarakan ye....agak kawan-kawan isu apa yang hangat diperkatakan sekarang ye...isu macam mana asri nak bincangkan bersama dalam blog ni ye....mungkin banyak perkara yang kita boleh bincangkan tetapi asri cuma mahu supaya isu kita bincang ini untuk kepentingan bersama.tentang perubahan kuasa antara dato seri abdullah badawi dengan timbalanya dato seri najib tun razak hangat diperkatakan dalam media massa sekarang.kalau ikut apa yang telah disepakati oleh semua semua pemimpin umno ialah supaya abdullah badawi meletakkan jawatan pada tahun 2010..tetapi sekarang berlainan pula nadanya daripada beberapa ahli umno yang mahu abdullah badawi bersara lebih awal..macam-macam politik malaysia sekarang.tetapi perubahan arus politik perdana dalam negara kita ini bagi asri adalah sesuatu yang sihat kerana kita sudah melihat bagaimana kebijakan kita memilih pemimpin.semua orang tentunya mahukan pemimpin yang benar-benar hebat.contoh yang paling terang dan jelas ialah nabi muhammad s.a.w yang merupakan pemimpin agung yang diutuskan oleh ALLAH kepada umat manusia.bagaimana kempimpinan rasullulah mendidik para sahabat untuk menjadi seorang khalifah diatas muka bumi ini.sehingga sekarang sejarah mengenainya masih diperkatakan dan dibincangkan.tetapi cuma sayangnya generasi kita ini terlalu sukar untuk mengikut didikan rasullulah ini.mungkin kerana telah terlalu banyak terpengaruh dengan kempimpinan barat yang hanya nampak hebat secara taktikalnya sahaja tetapi sangat lemah dalam sistem secara kesuluruhanya.tetapi apa yang boleh kita lakukan,hanya ikut sahajalah sebab mereka ini yang lebih berkuasa.jika kita tidak mengikut telunjuknya sudah tentu negara kita akan dilabelkan sebagai negara pengganas.tetapi rasanya mereka inilah samseng-samsengnya.seolah belaku tidak adil.....dengan slogan hak asasi manusia dan kemanusian sejagat sekadar mengaburi penduduk di muka bumi ini dengan keprihatinan mereka tetapi sebaliknya merekalah dalang kepada semua ini.yang mencetuskan keganasan dan huru-hara.kita semua harus sedar tentang fenomena yang belaku sekarang.jika benar-benar hebat sistem yang dibawa oleh mereka ini yang didalangi oleh amerika sudah tentu mereka dapat memastikan keamanan di palestin sekarang tetapi sebaliknya itu semua tidak berlaku kerana ada propoganda yang ingin mereka laksanakan.kita harap malaysia ini tidak menjadi mangsa dengan sistem barat ini.semoga malaysia akan mendapat pemimpin yang benar-benar hebat untuk terus memelihara maruah dan kedaulatan negara kita....

Isnin, 22 September 2008

roomateku......

salam.asri baru je selesai berbuka puasa ni..hehe...nak rehatkan perut sebelu solat.hehe.....jadi bolehla asri menulis sekejap.ape celoteh asri ye...?hmmm........ok...asri nak berceritalah sikit tentang roomate asri.sebelum tu mesti semua tertanya-tanya kat mana asri duduk ni.asri tinggal kat kolej kediaman ungku aziz universiti malaya.kolej ni special tau sebab majoritinya adalah pelajar international daripada pelbagai negara.jadi asri pun berpeluang dan berkesempatan untuk berkawan dengan mereka.tetapi asri tak duduk sebilik dengan pelajar international.asri ada 3 orang roomate.mula-mula ada 4 orang tetapi tinggal 3 orang je sebab seorang pindah sebab melanjutkan pelajaran ke indonesia dalam bidang perubatan.moga dia dapat jadi seorang doktor nanti.sekarang tinggal lah kami bertiga iaitu ruzaini dan abas.....hehe..mereka 2 orang ni baik...cuma kadang-kadang perangai pelik sikit...terutama ruzaini..hehehe..saje gurau...asri hepi tinggal dengan diorang semua.kita kenalah prihatin dengan kawan-kawan kitakan.barulah best hidup...tetapi....kita mesti ingat..carilah kawan-kawan yang baik....sebab kawan yang baik ialah kawan yang sentiasa bersama kita susah atau senang...tapi apa yang asri nak cerita ni tentang jamil...hehe..dia ni selalu sesat kat bilik ni..dia rapat dengan abas....tp..asri selalu gurau dengan dia..jamil ni kalau gurau lucah sikit.heheh......ha....malulah jamil lau orang lain tahu...tapi..untuk pengetahuan semua..itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata...moga kami akan hidup dengan tenang dan gembira....ok kawan-kawan asri nak solat maghrib..jumpa lagi nantinya.....

moga2 kita berkesempatan.....


Get Ramadhan Graphics Here

selamat berpuasa kepada semua pembaca blog


Get Ramadhan Graphics Here

salam hari raya.......


Get Hari Raya Graphics Here

tinta politik semasa

salam.hai.apa khabar kepada semua pembaca blog asri semua.pertama sekali seperti biasa asri ingin mengucapkan jutaan terima kasih sebab sudi buka blog ni.berilah komen-komen yang berguna.hari ni sudah 21.9.2008 tetapi kita masih belum kedengaran lagi tentang perubahan kerajaan ye.apakah akan berlaku seperti diwar-warkan oleh dato seri anwar ibrahim ataupun hanya omong -omong kosong sahaja kita semua tidak pasti tentang itu.tetapi jika di lihat dari segi situasi politik sekarang seolah-olah berlaku sesuatu yang tidak kena.perdana menteri sendiri iaitu dato seri abdullah badawi seolah-olah memandang berat dengan kenyataan anwar ibrahim iaitu lebih daripada 31 MP melompat parti.mana tidaknya sehingga abdullah badawi menyatakan bahawa anwar adalah pengancam keselamatan dan ekonomi negara.sudah tentu boleh dikenakan tindakan ISA....jika difikirkan sudah tentulah anwar ibrahim bersama pimpinan pakatan rakyat terpaksa menggunakan cara yang begitu lembut untuk mengambil alih kerajaan.kita semua memang tidak nafikan bahawa dalam 51 tahun negara kita diperintah oleh kerajaan barisan nasional sejak daripada kemerdekaan negara lagi kita dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni,malahan di malaysia kita ada 3 kaum yang terbesar.justeru itu memang kita tidak nafikan kecermerlangan pemerintahan kerajaan barisan nasional.pembangunan yang kita kecapi sekarang juga adalah hasil daripada bagaimana bijaknya pemimpin-pemimpin kita terdahulu berfikir.tetapi selepas daripada era pilihan raya umum pada 31 MAC lalu kita melihat satu perubahan atau tsunami politik telah berlaku.kegagalan kerajaan barisan nasional untuk menawan negeri yang di perintah oleh pembangkang dan juga bagaimana pakatan rakyat boleh menawan lima negeri kerajaan barisan nasional termasuk wilayah persekutuuan kuala lumpur.penganalisa politik majoritinya berpendapat bahawa mood rakyat telah berubah melihat dari segi kenaikan bahan api dan juga barang keperluaan yang meningkat saban tahun.ini seolah-olahnya mengambarkan bahawa nasib rakyat tidak terbela sepenuhnya.justeru rakyat yang sedar dan bangkit dari tidur inginkan perubahan.bagi pendapat asri jika kerajaan tidak berubah pun tidak apa tetapi asalkan kerajaan yang ada sekarang sedar dan mengubah sikap mereka.sedar dengan kemahuan dan hak-hak rakyat.justeru.ketika dato seri anwar ibrahim kembali semula ke arena politik tanah air dengan mengambil kembali kerusu parlimen di permatang pauh kita melihat bagaimana kemenangan majoriti anwar ibrahim kepada calon barisan nasional dan anwar ibrahim sendiri yakin bahawa ia bukan sahaja mendapat kemenangan majoriti di permatang pauh tetapi daripada rakyat malaysia keseluruhanya.memang kita tidak nafikan sebab semua pemimpin barisan nasional turun ke permatang pauh seolah-olah anwar itu tidak bertanding dengan arif shah tetapi pemimpin tertinggi daripada kerajaan.dan selepas daripada itu kita mendengar bahawa anwar ibrahim mahu membentuk kerajaan baru pada 16 september.apa yang kita harapkan supaya mana- mana kerajaan yang memerintah untuk merealisasikan impian rakyat malaysia.semoga malaysia teus maju dan berjaya menjadi contoh kepada dunia.sekian buat masa ini.....

bendera jalur gemilang

senyumanmu........

Ahad, 21 September 2008

kasih hati

bersama que haidar

bersama dato a samad said dan faisal tehrani

di puncak angkasa

CINTA...



Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,agar bertambah kekuatan ku untuk
mencintai-Mu

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh cinta,jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku
Pada-Mu

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya
Bertaut pada-Mu,agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar aku tidak berpaling pada
hati-Mu

Ya Rabul Izzati…
Jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di
jalan-mu

Ya Allah…
Jika aku rindu,jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui
Syurga-Mu

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,janganlah nikmat itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,janganbiarkan aku bertatih dan
Terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah…
Jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,jangan biarkan aku melampaui
batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya
kepada-Mu.

Ya Allah…
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam
Cinta pada-Mu telah terjumpa pada taat pada-Mu,telah bersatu dalam
dakwah pada-Mu,telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.Kekalkanlah cintanya.Tunjukilah
Jalan-jalannya.Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah
Pudar.Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan
Keindahan bertawakkal di jalan-Mu….

Amin Ya Robb…Amin Ya Robbal ‘Alamin…

bersama fadhilah kamsah

seindah pelangi....

gayaku

pengenalan diriku......

Mohd asri bin zulkifli dilahirkan pada 10.12.1988 di hospital besar kuantan.anak sulung daripada 9 orang adik beradik.perjalanan hidup ketika kecil terlalu pahit untuk diceritakan secara detail..tetapi sewaktu kecil berada dalam keadaan yang kesempitan hidup.tetepi kini alhamdullilah dapat mengecapi kehidupan sederhana tidak terlalu mewah dan tidak terlalu senang.ayahku adalah seorang pekerja kerajaan manakala ibuku hanyalah seorang surirumah.ketika aku di sekolah rendah aku adalah seorang kanak-kanak yang agak pasif.mungkin masih terlalu muda.tetapi itulah yang membuatkan diriku kadang-kadang rasa tertekan.aku masih ingat pertama kali aku masuk ke a lam persekolahan aku dihantar oleh bapaku..aku menangis kerana takut…tapi biasalah ketika aku masih kecil..masih belum mengenal erti sebenar kehidupan..ketika disekolah rendah mungkin sesuatu yang baru bagiku kerana aku dapat mengenal kawan-kawan baru…sekolah pertama aku ialah sek keb paloh hinai pekan…aku bersekolah di sini sehingga darjah 3 kerana aku mendapat tawaran ke sekolah bestari kerana lulus pts dengan cemerlang..perjalanan selepas ini adalah sesuatu yang baru kerana aku akan hidup dalam keadaan tanpa keluarga di sisi iaitu terpaksa hidup berdikari.aku sebenarnya agak takut untuk masuk ke sekolah ini iaitu smk seri pekan..tetapi aku tetap memberanikan diri kerana peluang hanya datang sekali…bermulalah era baru aku di smk seri pekan ini walaupun ketika ini aku masih darjah 4.aku belajar di sini lebih kurang setahun kerana aku sakit..ketika itu aku tak tau apa sakitku…bila aku sakit mesti akan dibawa dengan ambulans dan akan ditahan di wad pesakit.doktor pun tak tau aku sakit apa…akhirnya aku meminta untuk bertukar sekolah.aku bermula di sekolah baru iaitu sekolah yang dekat sahaja dengan rumahku,sek keb lepar pekan.di sini aku dapat satu kehidupan yang baru..semangat untuk belajar..aku akhirnya Berjaya mendapat 4A 1B ketika upsr.ketika disekolah menengah pula aku bersekolah sementara di smk paloh hinai dan akhirnya mendapat tawaran ke smk agama Pahang muadzam shah.segala perubahan tentang diriku bermula disini.pada mulanya aku tidak berapa suka belaja di sekolah agama tetapi kerana aku sukakan agama jadi aku beranikan diri.aku mula belajar keyakinan diri apabila aku menyertai pertandingan sajak kemerdekaan di sekolah,sememangnya aku boleh…aku membina keyakinan diriku..selepas daripada ini aku telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat sekolah hinggalah kebangsaan.aku masuk pertandingan debat dan 3 kali berturut-turut menjadi pendebat terbaik daerah rompin.syarahan agama dan pertandingan teknologi pelancaran roket dan mendapat johan kategori reka bentuk terbaik..selain itu aku ada tugas berat di sekolah iaitu menjadi ketua pengawas dan ketua pelajar.sememangnya amat berat tanggungjawab.aku mendapat anugerah tokoh pelajar malam mesra asrama dan tokoh pelajar berbudi bahasa peringkat sekolah.akhirnya aku menamatkan persekolahan aku di sini sehingga mendapat tawaran ke university nombor satu di Malaysia-(nantikan sambunganya)

my sweet name....



Pyzam Glitter Text Maker
Create your own glittery text at pYzam.com





sahabat sejatiku....


Great Friends



hanya untuk mu.......


There For My Girls



for you........


Because Of You



Sabtu, 20 September 2008

mahasiswa prihatin

Biar AUKU dipinda, siswa tetap terjajah
Hazman Abdullah | Aug 9, 08 8:39pm
Pengumuman Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selepas pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disambut dengan hati berbelah-bagi dan berhati-hati oleh mahasiswa.

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) memuji langkah berani kabinet membudayakan suasana keintelektualan di universiti melalui pindaan akta tersebut.

Mahasiswa sudah lama kekeringan idea daripada kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang. Mahasiswa hanya memperolehi penerangan sesuatu isu melalui internet atau secara sembunyi-sembunyi menghadiri penerangan pembangkang.

Langkah kerajaan ini akan memberikan satu suasana demokrasi kepada para mahasiswa yang diibaratkan sebagai jantung pemikiran bangsa Malaysia akan datang.

GMUKM juga melihat pindaan AUKU sebagai satu manifestasi keterbukaan dasar perdana menteri dan juga mengelakkan mahasiswa daripada mendengar pandangan sebelah pihak sahaja.

Juga, dengan adanya kebebasan media, ia akan membentuk mahasiswa sebagai golongan tidak berkepentingan atau kumpulan bebas dan bukannya menjadi jurucakap kepada parti politik tertentu.

Segala isu terkini dan semasa akan dihadam dan dikaji oleh mahasiswa tanpa halangan atau ketakutan untuk membicarakannya.

Oleh yang demikian, mahasiswa perlu menggunakan ruang kebebasan yang diberikan oleh kerajaan hari ini dengan bijaksana dan profesional. Janganlah hanya pemimpin kerajaan sahaja dijemput ke program di kampus sedangkan pemimpin pembangkang dipinggirkan - dan sewajarnya begitulah juga sebaliknya, jangan hanya pemimpin pembangkang diundang.

GMUKM melihat pindaan akta itu dibuat bagi memberi mahasiswa dan universiti persekitaran lebih kondusif serta menyiapkan diri mahasiswa untuk memimpin negara kelak.

Benarlah bahawa jiwa muda mahasiswa akan memberontak sekiranya mahasiswa ditekan dan dihalang hak asasinya oleh mana-mana pemerintah seperti yang berlaku di Indonesia.

Justeru, pindaan ini boleh memberikan nafas baru kepada semua IPTA dalam merealisasikan matlamat menaikkan pemeringkatan universiti masing-masing di mata dunia.

Di samping itu, pengumuman menteri berkenaan bahawa melalui pindaan itu, mahasiswa yang melakukan kesalahan mengikut AUKU tidak lagi akan dihadapkan ke mahkamah dan akan hanya dihadapkan di tribunal universiti.

Jika dahulu kesalahan mengikut AUKU boleh diambil tindakan mahkamah tetapi dengan pindaan ini semua penguatkuasaan kesalahan mahasiswa akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada universiti, kata Mohamed Khaled.

Tetapi, mahasiswa sebenarnya tertakluk juga pada undang-undang negara. Jika mahasiswa didapati melakukan rasuah dan penyelewengan, maka Akta Pencegahan Rasuah 1997 akan terpakai kepada mereka.

GMUKM juga menyambut baik pindaan AUKU yang membolehkan pelajar yang dikenakan tindakan disiplin, termasuk digantung oleh pihak universiti, mengambil peperiksaan. Jelas bahawa Seksyen 15 (D)(1) akta yang kini akan secara automatik tidak terpakai.

Sebelum pindaan, seseorang mahasiswa yang dituduh atas satu kesalahan akan digantung daripada menjadi mahasiswa sehinggalah keputusan prosiding jenayah itu diselesaikan. Maknanya jika tujuh tahun masih lagi tidak diselesaikan kesnya, maka pelajar tersebut akan terus menganggur dan hilang status kemahasiswaan.

Hal inilah yang berlaku kepada tujuh pelajar yang diseret ke mahkamah selepas membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kira-kira tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun pindaan akta masih tidak membenarkan mahasiswa menganggotai atau terbabit dengan mana-mana organisasi atau parti politik. Ia mungkin untuk menjadikan mahasiswa bersifat non-partisan tetapi bagi GMUKM, mahasiswa wajar juga didedahkan dengan organisasi politik.

Maknanya, mahasiswa wajar diberikan hak berpolitik sepenuhnya seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan itu nanti bagaimanapun menyediakan satu alternatif - mahasiswa dibenarkan menganggotai persatuan atau pertubuhan tidak bertunjangkan politik.

Aktivis mahasiswa sedang ternanti-nantikan perbahasan di Dewan Rakyat bukan ini agar suasana demokrasi - walaupun tidak sepenuhnya - dapat dihirup di IPTA.

GMUKM berkeyakinan penuh bahawa pindaan AUKU ini akan tetap disokong oleh 222 ahli parlimen kita termasuklah Pakatan Rakyat walaupun ada peruntukan AUKU yang masih mendiskriminasi mahasiswa.

Jelas, mahasiswa masih terjajah dengan pindaan AUKU ini dan ia dilakukan secara kosmetik dalam suasana kerajaan BN sudah tidak diterima umum terutamanya oleh mahasiswa.


Hazman Abdullah merupakan seorang jurucakap Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM)

bernama 20 september

20 September, 2008 23:33 PM

Tiada Undang-undang Kekal Tetapi ISA Masih Perlu, Kata Syed Hamid

JOHOR BAHARU, 20 Sept (Bernama) -- Tidak ada undang-undang yang dibuat oleh manusia akan kekal selamanya dan ini termasuk undang-undang pencegahan negara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di ibu pejabat kontinjen Polis Johor di sini malam ini, beliau berkata kerajaan akan sentiasa mengkaji sebarang pindaan undang-undang selaras dengan tuntutan perubahan keadaan dan masa.

Tetapi sebelum ini berlaku, rakyat mesti mencintai negara dengan menjamin keamanan dan keselamatan.

"Kita mahu bina sebuah negara yang (rakyatnya) memahami tanggungjawab terhadap satu sama lain, yang faham sensitiviti masing-masing," kata beliau.

Bagaimanapun, hingga sekarang masih ada orang yang memainkan isu perkauman dan sensitif yang boleh mencetuskan emosi dan akhirnya ketidaktenteraman awam.

Syed Hamid ditanya mengenai gesaan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Majlis Peguam agar ISA dikaji semula dengan teliti atau dihapuskan sama sekali.

Beliau berkata kerajaan berpendapat ISA masih perlu bagi menjamin keamanan dan keselamatan dan kerajaan tidak bercadang menghapuskannya.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif.

-- BERNAMA

SAHABATKU.......

JERITAN NALURIKU
DALAM KISAH SEORANG SAHABAT .

Selain daripada menggunakan masa yang ada untuk membaca , mentelaah dan menulis , saya akan ambil sedikit masa untuk mencari maklumat dilayar cyber .
Hari ini saya tersentak malah cukup tersentuh , apabila saya terserempak dengan satu kisah yang dicoretkan oleh sahabat baik saya di laman webnya darihal pengalaman hidup yang dilalui oleh beliau .
Saya meneliti , baris demi baris kisah yang ditatah . Agak cermat beliau menggunakan setiap bilah perkataan dan sememangnya apa yang saya kenal , beliau sangat mahir bercerita . Namun kali ini sangat berbeza ceritanya .
Apabila ceritanya merupakan suara kepada jeritan naluri saya selama ini . Ya...jeritan yang kuat , tapi anehnya ia tanpa suara sehingga saya sendiri tidak mengetahui bagaimana suaranya . Bagaimana liriknya dan bagaimana pula melodinya . Maka tiada siapa yang mendengarnya apalagi mahu memahaminya . Malah terkadang , bercucuran air mata menahan hiba .
Hari ini , saya menemui suara itu dan saya sangat pasti bahawa itulah suara jeritan naluri saya . Terima Kasih sahabat ....terima kasih !! Ya Rabbi Ya Allah , kini saya mula memahami nilai jeritan naluri ini dan saya juga mengharapkan mulai hari ini , semua memahami kenapa naluri ini menjerit .
( saya paste kan kisah sahabat ( Us. Mohd Hasrizal ) yang saya maksudkan ini buat tatapan semua.)

DOSA IBU BAPA
MENGATASI KESALAHAN ANAK - ANAK
"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya. Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan”

[al-Tahrim 66 : 6]



Kadang-kadang saya rasa tersinggung apabila permintaan saya tidak dihargai. Saya bukan meminta kelebihan. Apa yang saya pohonkan ialah pada beberapa kotak kosong di dalam diari bulanan saya, ia adalah masa saya untuk isteri dan anak-anak.
”Bolehlah ustaz, janganlah macam itu. Anak hari-hari boleh jumpa. Kami sudah tiada masa lain yang sesuai untuk menjemput ustaz. Harap ustaz dapat pertimbangkan permintaan kami”, kata seorang pemanggil yang menelefon saya.
Dialog seperti ini meletakkan saya pada situasi yang menjadikan saya serba salah. Mengapakah masa seorang ustaz untuk anak-anaknya tidak dianggap penting? Bukankah itu sesi beliau menunaikan kewajipan nafkah kasih sayang, didikan dan perhatiannya kepada anak-anak. Semasa saya kecil, saya tinggal di sebuah kawasan perumahan dan seawal usia 10 tahun, saya pernah membuat kesimpulan bahawa budak-budak jahat pada masa itu, sama ada anak ustaz, tak pun anak polis!
Alangkah prejudisnya saya semasa itu. Saya tidak faham bagaimana saya boleh beranggapan sedemikian rupa. Mungkin kerana geram saya apabila basikal yang ayah belikan, dibengkokkan oleh si Samseng Kampung Dusun, anak seorang ustaz. Tetapi hari ini hati saya menjadi gundah semula. Terutamanya selepas menerima maklum balas seperti dialog di atas.
Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itulah peribahasa Melayu yang amat menusuk perasaan saya. Ketika saya menaip artikel ini, Saiful Islam dan Naurah sedang tidur nyenyak di depan saya. Memandang mereka telah meretak hibakan hati saya.
“Maafkan Abi, wahai anak-anakku, Abi berdosa mengabaikan kalian”, saya sukar menahan hati dari bersedih.
Saya masih ingat, semasa saya di Ireland, usaha saya mendidik dan membesarkan Saiful Islam, ternyata amat mudah. Malah saya setiap hari memanjatkan syukur kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk diurus. Dengan tugas saya sebagai Imam, saya tidak keberatan untuk membawa anak sulung saya ke masjid, saya baringkan di kepala sejadah dan matanya berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah Jumaat.
Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia melakukan kesalahan, caranya amat mudah. Saya tunding jari, tanpa perlu membuka bicara, Saiful Islam sudah menghamburkan air mata takutkan ‘kemarahan’ saya. Tidak dinafikan, ketika itu mungkin usia anak saya baru setahun dua. Memang tidak susah menjaganya. Tetapi apabila saya fikirkan, hari ini saya tetap saya yang sama. Anak bertambah, usia mereka juga bertambah, tetapi mereka tetap berayahkan ayah yang sama. Tetapi kenapa hari ini, fikiran saya selalu kusut memikirkan mereka?
Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk di negara Kuffar, tetapi usaha mendidik anak memang mudah dan menggembirakan. Saya tidak menyesal menjadi ‘suri rumah’ selama beberapa tahun. Saya bertugas secara sambilan di beberapa masjid, menyambung pengajian Master secara distance learning dengan The Open University, UK, dan sambil itu saya menjaga soal makan minum, hal ehwal rumah tangga, dan Saiful Islam membesar di depan mata.
Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer di pasar raya, kemudian semua gaji dibayar kepada nursery yang mencecah harga ratusan Euro sebulan. Masakan tidak, semua nanny memegang Ijazah Early Childhood Learning malah mahir pula dengan rawatan kecemasan Paedriatrik dan first aid.
Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan saya sendiri. Isteri saya sibuk bekerja di wad kecemasan hospital, shifnya tidak tentu siang malam. Maka saya mengambil alih tugas di rumah. Setiap pagi saya mandikan anak, menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong untuk sarapan. Saya bermain bersamanya seketika, kemudian ke dapur memasak untuk makan tengah hari. Saiful Islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik ke bilik ulangkaji untuk membuat assignment. Zohor kekadang di masjid, jika cuaca baik. Tengah hari saya qailulah seketika, solat Asar dan kemudian membawa Saiful Islam ke hospital untuk mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, pulang bersama sambil menghirup udara petang yang segar. Ketika di Naas, kadang-kadang kami melencong ke belakang hospital bersama roti keras yang saya bawa dari rumah, untuk memberi burung undan di tasik, makan petang bersama kami. Saya mencampak roti ke tasik, Saiful Islam dan Umminya turut sama.
Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital menghantar nasi dan lauk, khususnya semasa isteri saya mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah. Suasana ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan prolifik, kegiatan kemasyarakatan banyak dan saya sanggup mengayuh mountain bike selama 2 jam untuk memberi kuliah Tafsir Surah Yasin kepada adik-adik yang tinggal di South Circular Road, Dublin.
Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di Ireland. Memang hati kami sunyi tidak mendengar laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya. Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di Malaysia, lebih menghiris rasa. Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia. Cabaran membesarkan anak-anak semakin meruncing. Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri sambil merenung daun-daun perang gugur di petang musim luruh.
“Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland sampai usia anak kita mencecah umur tadika. Apabila dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke Malaysia”, saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa depan kami. Isteri saya mengangguk tanda setuju. Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan Aqidah anak saya. Tentu sahaja saya patut risau. Semasa bertugas sebagai Pengetua dan guru di Belfast Islamic School, saya ada banyak pengalaman yang menakutkan. Selain kisah di Belfast Zoo dan cerita evaluation test anak-anak murid kami, saya juga tidak lupa kepada suatu insiden di sebuah pasar raya di Lisburn Road, Belfast. Seorang anak muda bekerja sebagai kasyer di situ dan tag namanya tertulis “OMER”. Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras Asia. Apabila ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak, beliau termenung seketika dan berkata, “my father is a Moslem!”


Aduh, adakah krisis identiti itu yang mahu saya risikokan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka di Ireland? Tentu sekali tidak. Tetapi selepas pulang ke Malaysia, pandangan saya berubah sama sekali. Kadang-kadang saya menangis sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami, “apakah selamat anakku membesar di Malaysia?”
Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas Iman dan Kufur kepada anak-anak.
“Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!”, saya boleh menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah.
Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam yang satu. Garis hitam putih amat jelas.
Tetapi bagaimana di Malaysia? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area melebar luas. Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya. Habis, mudahkah saya menerangkan semua ini kepada anak-anak? Saya tabik kepada rakan yang sanggup menyekolahkan anak-anak di SRJK(C), walau pun terpaksa berulang ke sekolah menghantar bekal makanan sendiri. Semuanya kerana mereka mahu anak-anak membesar di dalam suatu suasana yang garis hitam dan putihnya jelas. Mampukah saya begitu? Entahlah...
Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar saya semasa di Ireland. Hari ini apabila anak-anak buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk darah saya tersirap. Terutamanya apabila saya pulang ke rumah selepas dua jam meredah lautan kereta. Syukurlah saya banyak berusaha membaca dan belajar tentang topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba menapis setiap insiden, agar saya memberikan respond yang tepat dan bukannya marah berbalas marah, geram berbalas geram, degil berbalas cubit dan sebagainya.
Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey. Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out station untuk memberikan training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting berkaitan dengan anak-anaknya. Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.
Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti. Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa. Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak-anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.

Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Saiful Islam naik angin, saya akan tangkap dia dan mandikan agar ‘sejuk’, kemudian saya ke bawanya ke bilik dan kami berdialog.
Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang, saya sentiasa setia melayan. Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh Saiful Islam dan kini Naurah juga. Biar pun isunya hanya soal kad Grandsazer dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.
Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil baligh ini kepada saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap mereka.
Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak suatu hari ini. Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka.
Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak? Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah Indonesia. Alhamdulillah jika yang Indonesia itu orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau Filipina.
Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?
Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.
Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?
Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.
Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih diberi.
Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad’u pertama saya.
Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.
Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.
Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.
Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?
Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!
Maafkan Abi dan Ummi!
ABU SAIF @ www.saifulislam.comCheras 56000, 19 April 2006

salam perkenalan......

Kasih Seorang Ibu...

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps :

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..

"Saya Sayang Ibu"

\

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse