Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 9 Ogos 2011

BONUS SETENGAH BULAN BUAT SEMUA KAKITANGAN AWAM SEMPENA AIDILFITRI


salam kepada semua...

TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA KERANA MASIH MEMBERIKAN BONUS KEPADA KAKITANGAN AWAM DI NEGARA INI WALAUPUN SETENGAH BULAN GAJI..TETAPI SANGAT BERMAKNA UNTUK MEMBANTU GOLONGAN KAKITANGAN AWAM YANG BERPENDAPATAN RENDAH...
SEMOGA EKONOMI MALAYSIA SEMAKIN MAJU...KERAJAAN SEHARUSNYA MEMBERIKAN BONUS SEBULAN PENUH....TETAPI MUNGKIN KERAJAAN TIDAK CUKUP BAJET UNTUK KAKITANGAN AWAM....HANYA RM 2 BILION SUDAH HABIS.....MUNGKIN 10 BILION ATAU LEBIH MAHU DIGUNAKAN UNTUK PEMBANGUNAN....

Kerajaan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.

Golongan pesara juga akan dibayar RM500.

Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri menambah, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. 

” Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.   

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut