salam kepada semua..
baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita yang jarang sekali di sentuh dalam media massa terutama berkaitan dengan ahli akademik.terbaru isu mengenai universiti malaya iaitu universiti perdana di negara ini mula heboh diperkatakan apabila akhbar utusan malaysia mendedahkan krisis yang sedang melanda universiti malaya..
apa yang pasti adakah dakwaan ini benar..? atau sekadar luahan rasa tidak puas hati terhadap kempimpinan naib canselor universiti malaya..?..sememangnya naib canselor universiti malaya merupakan seorang ahli akademik yang mementingkan peningkatan taraf universiti malaya supaya berada setaraf dengan universiti antarabangsa yang lain.namun dalam keghairahan untuk meletakkan universiti malaya dalam kedudukan 100 terbaik dunia mungkin menyebabkan beberapa faktor dan perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah ahli akademik di universiti malaya yang mana langkah-langkah yang diambil begitu drastik dan bakal merosakkan intitusi akademik itu sendiri.
penulis smart genaration yang juga pelajar universiti malaya berharap isu di universiti malaya ini akan dapat diselesaikan dengan segera dan naib canselor dapat memberikan penjelasan dan menjawab segala pertuduhan yang telah dilemparkan kepada beliau...
naib canselor mungkin tidak akan mengenakan tindakan kepada kakitangan yang telah memburukkan imej beliau di media massa,namun naib canselor harus ingat bahawa beliau mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan auku kepada kakitangan akademik yang terlibat kerana sebelum ini beberapa orang mahasiswa universiti malaya telah dikenakan tindakan auku kerana mengeluarkan kenyataan media mengenai pilihan raya kampus dan mahasiswa terbabit termasuk penulis sendiri...naib canselor harus ingat mengenai perkara ini..kerana keadilan itu untuk semua...bukan untuk sesetengah pihak sahaja...