Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 30 September 2010

ANALISA BUKU:MEMBANGUN BANGSA DENGAN MATA PENA


Penulis pada ruangan kali ini ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian dengan sebuah buku yang telah selesai penulis baca dan kaji.Tajuk buku yang akan dibincangkan dan dikupas mengikut idea dan pemikiran penulis sendiri hasil daripada analisa dan pemikiran penulis adalah ``MEMBANGUN BANGSA DENGAN MATA PENA`` sebuah buku daripada dewan bahasa dan pustaka (cetakan pertama 2009) karangan A. KADIR JASIN.Buku ini memuatkan segala bentuk tulisan dan karangan A kadir jasin mengenai isu dan perkara yang beliau lihat melalui skop pemikiran beliau sendiri.

Tajuk buku ``MEMBANGUN BANGSA DENGAN MATA PENA`` sudah menjelaskan kepada kita mengenai tulisan dan pemikiran penulis buku ini iaitu A. kadir jasin dalam penulisan beliau.Sememangnya idea dan cetusan pemikiran penulis tidak bisa untuk kita pandang sinis dan remeh kerana apa yang dibincangkan dalam buku ini semuanya berkaitan dengan isu-isu utama negara pada zaman beliau dan juga isu-isu global yang belaku.Melalui pengalaman dan penelitian A kadir jasin ini kebanyakan penjelasan diberikan oleh beliau sangat baik dalam menghuraikan sesuatu tajuk dan isu yang beliau sendiri ketengahkahkan.

Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian dengan pelbagai isu dan topik dalam setiap sub bahagian buku ini.

Bahagian 1 :catatan buat bangsaku

Dalam ruangan ini ada 18 tajuk kecil semuanya yang telah di sentuh oleh penulis  iaitu:-

1.jangan jadi`` pak turut``
2.apa salahnya kalau penulis-penulis melayu menulis juga dalam bahasa inggeris?
3.bumiputera tidak harus menjadi topeng sahaja
4.membaca,berfikir dan menulis
5.bebaskan minda melayu daripada penjara bahasa
6.ekonomi minda melayu kacau
7.cabaran kaitan melayu dan islam
8.bumiputera miskin harta kerana sikap
9.menarik rambut daripada tepung
10.padah malas berfikir takut bersuara
11.GLC dan matlamat DEB
12.ekonomi unsur penting kontrak sosial
13.mempertahankan imej negara
14.usahawan melayu bercempera
15.lima puluh tahun akhbar melayu membentuk minda merdeka
16.perihal khinzir,nein schwein dan ujian keimanan
17.kemerdekaan satu anekdot peribadi
18.antara akademi fantasia dengan nasib media berbahasa melayu


bahagian 2 : catatan buat tanah airku

Dalam ruangan ini ada 10 tajuk kecil semuanya yang telah di sentuh oleh penulis  iaitu:-

19.lebih sukar menguruskan kerajaan
20.menilai semula hubungan dengan singapura
21.ekonomi lebih utama daripada perniagaan
22.doktrin pertahanan singapura:menyakitkan atau mempertahankan?
23.pengurusan ekonomi negara
24.isu jambatan indah:antara emosi dengan realiti
25.penggabungan mega
26.koridor utara pemangkin ekonomi serantau
27.memikirkan semula peranan PNB
28.menjana ekonomi yang dinamik dan adil

bahagian 3 : catatan buat pemimpin

Dalam ruangan ini ada 10 tajuk kecil semuanya yang telah di sentuh oleh penulis  iaitu:-

29.pokok ketum mangsa fikiran cetek
30.memerangi kemiskinan global
31.di mana sebenarnya kedudukan DEB
32.kedaulatan dalam era ICT
33.cabaran kemenangan besar BN
34.FTA:jangan sampai menjadi mangsa
35.adakah mampu anwar menjadi penyatu?
36.peranan BLOGGER semakin diperhatikan
37.Aset negara tergadai?
38.IPCMC boleh naikkan imej polis
39.antara jenayah dengan sikap jenayah
40.gila akibat gila bola

bahagian 4 : catatan buat warga dunia

Dalam ruangan ini ada 10 tajuk kecil semuanya yang telah di sentuh oleh penulis  iaitu:-

41.ancaman dunia tanpa pola
42.sejarah iraq mengajar kita
43.tiada beza iraq dahulu dengan iraq sekarang
44.dunia perlu bantu iraq
45.tsunami lebih daripada satu bencana
46.demokrasi dan kekejaman dalam kehidupan amerika
47.siapakah sebenarnya pencetus keganasan
48.tidak mustahil amerika syarikat serang iran
49.realiti politik amerika syarikat
50.singapura akan terus gugat jirannya
51.hipokrasi di sebalik globalisasi.

berikut merupakan antara tajuk yang telah di kupas sendiri oleh penulis A kadir jasin ini dalam kotak pemikiran yang beliau huraikan sendiri berdasarkan kepada fakta yang telah beliau perolehi.membaca gaya bahasa dan penulisan beliau sangat mudah dan senang di fahami.beliau membawa isu dan membuat penguraian dengan jelas sekali tanpa ada sikap memihak kepada mana-mana pihak.keterbukaan dan kebebasan dalam penulisan sangat penting.

segala isu yang berkaitan dengan ekonomi,dasar-dasar kerajaan dalam dan luar negara serta isu hubungan antarabangsa dan global benar-benar di fahami dan diketahui oleh penulis buku ini.sememangnya pengalaman sangat penting sebagai seorang penulis yang berjaya.merasai dan menjiwai sesuatu penulisan itu memudahkan kita untuk menghasilkan satu karya yang sangat baik dan bermanfaat.

Penulis mengajak kepada sahabat dan kawan-kawan serta para pembaca untuk membaca buku ini untuk mendapat gambaran yang lebih jelas dengan apa yang diperkatakan oleh penulis.sememangnya penulis sendiri ingin menjadikan bidang penulisan ini sebagai salah satu sumbangan penulis buat bangsa,agama dan negara tercinta ini.sememangnya bidang penulisan ini bisa menajadi mata pedang yang sangat tajam sehingga bisa boleh memberikan kesan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya....

sekian,

p/s:penulis ialah mohd asri bin zulkifli pelajar tahun akhir universiti malaya...

Selasa, 28 September 2010

POSTER SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA(SPKUM)

PESTA TANGLUNG KUAZ....


Tahniah penulis ucapkan  kepada Komuniti Cina KUAZ kerana  telah berjaya menganjurkan Mid-Autumn Celebration yang telah diadakan pada 24 September 2010 bertempat di Dewan Pendeta KUAZ dengan jayanya. Majlis bermula pada jam 9.00 malam dengan jamuan makanan tradisional seperti Kuih Bulan dan Kuih Piring. Kemudian, majlis diteruskan dengan kuiz serta 'mini-games' dan seterusnya aktiviti berjalan dalam kampus dengan tanglung.penulis turut berkesempatan untuk berjalan bersama-sama mereka membawa tanglung. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.

Sabtu, 25 September 2010

ASTRO AWANI:SESI MEJA BULAT MEMBINCANGKAN TOPIK PANDANGAN ALAM ANAK MUDA..


PENULIS PADA HARI INI TELAH KELUAR SEKALI LAGI BERSIARAN DI ASTRO AWANI SALURAN 501 PADA JAM 8.15 MALAM (24 SEPTEMBER 2010) TADI MEMBINCANGKAN TOPIK BERKAITAN PANDANGAN ALAM ANAK MUDA. PANDANGAN DAN IDEA YANG DILONTARKAN PENULIS MERUPAKAN PANDANGAN DAN PENDAPAT DARIPADA PENULIS SENDIRI SEBAGAI ANAK MUDA.PENULIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK ASTRO AWANI KERANA TELAH MENJEMPUT PENULIS DALAM RANCANGAN ASTRO AWANI INI.

VIDEO ASTRO AWANI DALAM SESI MEJA BULAT,TOPIK:PANDANGAN ALAM ANAK MUDA.

video
video
video
video
video

Rabu, 22 September 2010

THESIS PENULIS:EFFECT OF SOIL TYPE ON GROWTH OF ALPINIA PURPURATA(RED) AND (PINK)


penulis sekarang sedang menjalankan kajian berkaitan ``EFFECT OF SOIL TYPE ON GROWTH OF ALPINIA PUPURATA (RED) VS ALPINIA PURPURATA (PINK) untuk final projek/thesis penulis di FAKULTI SAINS UNIVERSITI MALAYA dalam bidang EKOLOGI N BIODIVERSITI.Dibawah ini penulis berkongsi sedikit gambaran kepada umum tentang kajian yang sedang dijalankan oleh penulis.semoga anda semua mendapat input yang berguna.
1.pokok Alpinia purpurata(RED)





2.pokok Alpinia purpurata (pink)

3.penulis sedang membersihkan tempat untuk meletakkan pasu 

 
  

4.penulis mengambil rhizom daripada Alpinia purpurata (red) dan (pink) daripada pokok asal

 
5.proses penyediaan tanah ke dalam pasu.pelbagai varieti tanah yang digunakan dalam kajian ini

5.1. TANAH KEBUN

5.2.TANAH GAMBUT

5.3.TANAH TANAH KEBUN + SERABUT KELAPA

5.4.TANAH KEBUN+PASIR+SERABUT KELAPA

5.5.TANAH KEBUN+PASIR+TANAH BAKAR

5.6.TANAH BAKAR+SERPIHAN ARANG


6.PROSES MENIMBANG BERAT RHIZOM Alpinia Purpurata RED and PINK


7.RHIZOM YANG TELAH DI TANAM KEDALAM PASU (3 replika Alpinia purpurata red and pink)

7.1.TANAH KEBUN

7.2.TANAH GAMBUT

7.3.TANAH TANAH KEBUN + SERABUT KELAPA

7.4.TANAH KEBUN+PASIR+SERABUT KELAPA

7.5.TANAH KEBUN+PASIR+TANAH BAKAR

7.6.TANAH BAKAR+SERPIHAN ARANG

7.7.TITISAN AIR

 8.PROSES PENGUMPULAN DATA AKAN DIAMBIL BERMULA DARIPADA MATA TUNAS PERTAMA YANG KELUAR DARIPADA RHIZOM SEHINGGA POKOK INI MATANG.


  
Penulis membuat kajian ini di bawah seliaan PROF DR HALIJAH IBRAHIM.penulis berharap kajian ini akan dapat dijalankan dengan jayanya sehingga pokok ini matang.Penulis mahu melihat jenis tanah yang mana paling sesuai untuk penanaman pokok hiasan ini iaitu Alpinia Purpurata RED and PINK dan kenapakah Alpinia Purpurata Pink lebih lambat dan lewat tumbuh berbanding Alpinia Purpurata RED.Semua persoalan ini akan terjawab di akhir kajian penulis nanti.

sekian

p/s :penulis merupakan pelajar tahun akhir dalam jurusan sains gunaan pengajian islam majoring Ekologi dan biodiversiti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse