Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 15 September 2010

PERUTUSAN HARI MALAYSIA 2010

salam kepada semua.

16 September saban tahun merupakan detik bersejarah bagi rakyat Malaysia terutama yang berada di sabah dan sarawak.Kemerdekaan sebenar bagi rakyat malaysia adalah pada 16 september 1963 ini kerana Tanah melayu telah bersatu bersama borneo utara yang kini dikenali sebagai sabah,sarawak dan singapura.Namun singapura kemudiannya telah keluar daripada persekutuan ini.Pembentukan persekutuan malaysia ini mendapat tentangan dan halangan daripada negara jiran kita indonesia dan filiphina.Indonesia yang ketika itu dipimpin oleh presiden soekarno telah melancarkan kempen ganyang malaysia.begitu juga filiphina telah menuntut sabah sebagai daripada sebahagian wilayahnya menurut daripada surat penjanjian kerajaan sulu pada ketika itu.Namun semua halangan dan cabaran ini dapat diatasi apabila kajian yang dilakukan oleh PBB pada ketika itu dibawah suruhanjaya cobbold telah menunjukkan 80% masyarakat sabah dan sarawak bersetuju dengan pembentukan malaysia.

47 tahun kini telah berlalu pembentukan malaysia.Apa yang lebih penting sekarang adalah keinsafan dan penghayatan kita bagi mengisi hari malaysia ini.Mungkin daripada segi slogan dan publisiti tentang hari malaysia ini boleh dilaksanakan dengan mudah tetapi untuk menimbulkan semangat dan kesan ke dalam diri dalam menghayati hari Malaysia ini agak sukar sekali.Generasi kini berada dalam zon yang selesa dan tidak pernah merasai penderitaan nenek moyang kita dahulu dalam menggapai kemerdekaan tetapi sejarah tidak mustahil untuk berulang kembali andai kata kita leka dan lalai dalam mempertahankan kedaulatan negara ini.

Hari Malaysia pada tahun ini haruslah menjadi simbol dan lambang kepada penyatuan dan perpaduan kepelbagaian kaum di Malaysia.Perpaduan merupakan kunci utama keamanan bagi negara kita kerana melalui penerimaan inilah rakyat kita dapat hidup bersatu padu tidak kira bangsa,agama,etnik,warna kulit dan sebagainya.Nilai-nilai murni dalam masyarakat harus disemai dan dikekalkan kepada seluruh peringkat umur.Ilmu pengetahuan dan semasa perlulah disebarkan kepada semua lapisan masyarakat supaya masyarakat malaysia ini akan lahir sebagai masyarakat yang berilmu dan berpendidikan.Kesedaran sangat penting dalam kita menghayati sesuatu perayaan terbesar negara.Semoga hari Malaysia pada tahun ini bukan sekadar manis di bibir tetapi haruslah diubah supaya ianya manis dihati.biar kita benar-benar ikhlas dalam merayakan sambutan hari 
Malaysia ini demi memastikan kemerdekaan dan perpaduan antara kaum di negara kita ini akan terus kekal utuh. sekian...

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse