AKU ANAK MUDA...
AKU MELIHAT DUNIA...
DALAM DIMENSI DAN PEMIKIRAN ANAK MUDA..
AKU ANAK MUDA..
AKU MELIHAT DUNIA...
DALAM KACA MATA YANG BERBEZA...
AKU ANAK MUDA..
AKU MELIHAT DUNIA...
DALAM LANDSKAP MINDA ORANG MUDA...
AKU ANAK MUDA..
AKU MELIHAT DUNIA...
DALAM KERANGKA DAN SUDUT DEWASA..
AKU ANAK MUDA..
AKU MELIHAT DUNIA...
DALAM PELBAGAI SEJARAH MANUSIA...
AKU ANAK MUDA..
AKU MELIHAT DUNIA...
SEJAK AKU DILAHIRKAN KEDUNIA
PUISI DIATAS MERUPAKAN ANTARA PERKARA KECIL YANG DIFIKIRKAN OLEH ORANG MUDA..
ORANG MUDA BOLEH BERFIKIR LEBIH DARIPADA ITU LAGI BERPANDUKAN KEPADA ILMU DAN PENGETAHUAN YANG MEREKA MILIKI...
MINDA ORANG MUDA JANGAN DIPANDANG REMEH..KERANA ORANG MUDA JUGA MEMPUNYAI HARAPAN DAN WAWASAN MEREKA YANG TERSENDIRI..
SETIAP ORANG MUDA MAHUKAN DUNIA INI DALAM PELBAGAI IMAGINASI YANG DIREKA-REKA DAN DIKHAYALKAN OLEH MEREKA..
ORANG MUDA ADA SIFAT DAN CARA MEREKA SENDIRI...MEREKA JUGA ADA HATI DAN PERASAAN,,,MEREKA JUGA ADA KESUKAAN DAN MINAT..MALAHAN MEREKA MAHUKAN KADANG-KADANG PERKARA YANG TIDAK KESAMPAIAN DENGAN TAHAP DAN PEMIKIRAN MANUSIA...
ORANG MUDA MELIHAT BAHAWA DUNIA MEREKA SANGAT BESAR...DUNIA MEREKA DI ALAM MAYA..MEREKA MAHUKAN SEMUANYA DENGAN MUDAH..MEREKA MAHUKAN SESUATU KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK..MEREKA SUKA MENCUBA SESUATU DAN PERKARA YANG BARU..SIFAT INGIN TAHU MEREKA SANGAT KUAT...
MINDA DAN EMOSI ORANG MUDA INI PELBAGAI..MEREKA MUDAH MARAH..MEREKA MUDAH MENGAMUK..MEREKA MUDAH SEDIH..MEREKA MUDAH KECEWA..MEREKA BOLEH TERLALU GEMBIRA..MEREKA SUKA BERSERONOK..MEREKA SUKA BERDIAM DIRI..DAN PELBAGAI LAGI...
ORANG MUDA MELIHAT DUNIA..DENGAN KEKAYAAN...ORANG MUDA MELIHAT DUNIA HANYA SEMENTARA..ORANG MUDA MELIHAT DUNIA HANYA SATU PINJAMAN...ORANG MUDA MELIHAT KEHIDUPAN DUNIA INI TIDAK PENTING..INI SALAH SATU CONTOH PANDANGAN ANAK MUDA YANG BERBEZA KERANA MEREKA DIFAHAMKAN DENGAN NILAI KEAGAMAAN YANG TINGGI..MUNGKIN PEMIKIRAN YANG SEBALIKNYA BAGI ANAK MUDA YANG DIDIK DENGAN KEMEWAHAN DUNIA DAN HIBURAN..MEREKA AKAN TERUS LUPA KEPADA PENGHUJUNG HIDUP MEREKA..DAN MEREKA TIDAK AKAN PERNAH INGAT BAHAWA KEHIDUPAN DI DUNIA INI TIDAK AKAN KEKAL ABADI...
ORANG MUDA MEMPUNYAI PILIHAN..JALAN MANA YANG MEREKA MAHU PILIH..JALAN YANG BENGKOK ATAU LURUS..YANG CEPAT ATAU LAMBAT..JALAN YANG BERLIKU-LIKU ATAU YANG RATA .....PILIHAN ATAS TANGAN ORANG MUDA...
ORANG MUDA PERLU DIKAWAL MINDA DAN PEMIKIRAN MEREKA...KERANA MEREKA BISA BERFIKIR LEBIH DARIPADA YANG DIJANGKAKAN...MEREKA AKAN BERFIKIR MENGIKUT EMOSI DAN HATI MEREKA...MEREKA BOLEH MERUBAH DUNIA....MENGIKUT ACUAN MEREKA..KALAU BAIK MINDA MEREKA..MAKA BAIKLAH NATIJAHNYA...KALAU SEBALIKNYA...TUNGGULAH KEHANCURAN DUNIA DARIPADA ANAK MUDA..
SEKIAN..
sekadar nukilan daripada penulis yang juga anak muda.. Mohd asri zulkifli..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan