Tahniah penulis ucapkan kepada Komuniti Cina KUAZ kerana telah berjaya menganjurkan Mid-Autumn Celebration yang telah diadakan pada 24 September 2010 bertempat di Dewan Pendeta KUAZ dengan jayanya. Majlis bermula pada jam 9.00 malam dengan jamuan makanan tradisional seperti Kuih Bulan dan Kuih Piring. Kemudian, majlis diteruskan dengan kuiz serta 'mini-games' dan seterusnya aktiviti berjalan dalam kampus dengan tanglung.penulis turut berkesempatan untuk berjalan bersama-sama mereka membawa tanglung. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.
1 ulasan:
di harap keharmonian sebegini akan di praktikkan selamanya di bumi malaysia.peace
Catat Ulasan