Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 28 April 2010

Tahniah Barisan Nasional

salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini


Pada kesempatan ini penulis ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan calon Barisan Nasional P.Kalamanathan di atas kejaayaan beliau merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor.Kejayaan ini merupakan suatu suntikan semangat baru bagi Barisan Nasional untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepadanya.Namun kemenangan ini bukanlah di lihat sebagai sesuatu yang mudah bagi Barisan Nasional.Dengan majoriti 1,725 undi sebenarnya bukanlah sesuatu yang besar dan dibanggakan.Tetapi sudah cukup memadai untuk Barisan Nasional mengembalikan semangat rakyat kepada mereka.

Menurut analisa yang penulis baca di beberapa media elektronik kelihatan Pilihan Raya kali ini merupakan sesuatu yang luar biasa dan menunjukkan tindakan terdesak kedua-dua parti politik di Malaysia untuk mencapai kemenangan di pilihan raya kecil Hulu Selangor ini.Barisan Nasional mengerahkan seluruh kekuatan jenteranya untuk turun dan menawan kembali hulu selangor begitu juga dengan pakatan rakyat yang menjadikan platform kejayaan di hulu selangor ini untuk menuju ke putrajaya.Jutaan ringgit telah dihabiskan untuk satu pilihan raya kecil ini dan bayangkan jika pilihan raya umum yang sebenar.

Dari segi undi dilihat kaum melayu dan india memberikan kemenangan majoriti kepada calon barisan nasional manakala undi kaum cina kelihatan merosot kepada barisan nasional.Kelihatan kaum cina lebih banyak menyokong pakatan rakyat.Tetapi penulis beranggapan bahawa kaum melayu masih lagi ragu-ragu dengan parti PKR ini yang mana terlibat dengan masalah dalaman manakala bagi kaum india pula sudah tentulah mereka akan memberikan sokongan seratus peratus kepada wakil daripada kaum mereka sendiri.Sifat dan sikap perkauman itu masih ada sebenarnya.Didalam ceramah-ceramah yang diadakan oleh pakatan rakyat nampaknya lebih tertumpu kepada kaum cina manakala ceramah-ceramah untuk kaum melayu kelihatan kurang,mungkin kerana kaum melayu di selangor lebih menyokong kepada barisan nasional.

pelbagai perkara yang telah berlaku di sepanjang pilihan raya kecil hulu selangor ini sebenarnya.Namun itu semua akan menjadi titik perubahan kepada masyarakat malaysia.Pakatan rakyat harus memperbaiki strategi dan mengembalikan semula sokongan rakyat kepada mereka dan mengurangkan konflik dalaman sesama mereka kerana itulah dugaan dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh parti yang masih baru dan belum teruji lagi.Barisan nasional pula harus merubah tanggapan negatif yang telah dilemparkan kepada mereka oleh rakyat.Mereka boleh menjadi satu-satunya parti yang pertama di dunia mampu menjadi kerajaan buat masa yang lama jika semua tohmahan dan tuduhan keatas mereka dibersihkan dan diterajui oleh para pemimpin yang ikhlas berjuang untuk rakyat Malaysia.

sekian......

pilihan raya kecil sibu menanti..kita tunggu keputusanya nanti:-)

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse