Suasana dan kehangatan politik tanah air kita semakin dirasai tatkala tiba pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan dalam bulan April 2010 ini.Sekali lagi kita akan melihat 2 buah gergasi besar parti politik di tanah air kita iaitu Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sekarang akan menentang pakatan rakyat iaitu barisan parti alternatif atau pembangkang yang membuat kejutan pada pilihan raya umum ke 12 yang lalu.Teka teki untuk melihat parti manakah yang menjadi pilihan rakyat sudah tentulah sukar untuk diberikan jawapan buat masa sekarang ini kerana kedua-dua parti ini tentunya mempunyai strategi dan teknik yang tersendiri untuk memikat dan meraih undi untuk memenangi pilihan raya kecil hulu selangor ini.
sekarang ini seluruh pemimpin baik kerajaan mahupun pembangkang mata-mata mereka sudah tentulah tertumpu di kawasan hulu selangor ini.Kelihatan sekarang ini pelbagai aktiviti dan projek telah dijalankan di kawasan ini untuk memastikan bahawa rakyat di kawasan hulu selangor ini akan memberikan sokongan dan memberikan undi kepada parti yang banyak memberikan kemudahan dan mendengar rintihan dan suara hati mereka.
Perkara yang perlu dilakukan sekarang ini adalah lebih daripada sekadar meraih undi.Strategi demi strategi akan digunakan untuk memastikan kemenangan dimiliki oleh parti politik yang bertanding.Sebagai rakyat biasa penulis ingin melihat pilihan raya kecil ini dijalankan dengan lebih telus dan adil.Parti-parti politik di Malaysia seharusnya lebih matang dan profesional dalam menjalankan gerak kerja pilihan raya.
perbezaan politik tidak semestinya kita berbeza semuanya.Di dalam perbezaan itu sudah tentulah ada satu titik pertemuan dan persamaan.Cuma yang menjadi masalahnya adalah untuk mecari titik persamaan itu terlalu sukar untuk dilaksanakan.Masing-masing parti politik akan menggunakan kelemahan lawan mereka untuk memenangi pilihan raya ini.
pakatan rakyat sudah tentulah akan membawa isu-isu seperti penyelewengan oleh kerajaan serta korupsi yang telah berlaku sepanjang pemerintahan kerajaan barisan nasional.Tampaknya kerajaan barisan nasional juga tidak kering modal untuk pilihan raya kecil ini akibat daripada tindakan beberapa pimpinan PKR yang telah meninggalkan parti itu dan menjadi MP bebas akibat hilang kepercayaan kepada parti PKR.Bukan sahaja telah keluar tetapi mereka ini telah mendedahkan beberapa perkara penting serta sandiwara yang telah dilakukan oleh pakatan rakyat.
Penulis hanya mahu melihat sistem politik serta pilihan raya di Malaysia ini semakin matang dan berubah kepada yang lebih positif.Kedua-dua parti politik harus berani dalam membawa perubahan ini.Antara perkara yang ingin penulis ketengahkan adalah:
1.Sistem pilihan raya yang lebih adil dan telus serta tiada sebarang penyelewengan.
2.Parti-parti politk berlawan secara sihat dan profesional tanpa sebarang insiden pergaduhan
3.Parti-parti politik bukan mencari kelemahan musuh tetapi mencari jalan yang terbaik untuk rakyat mendapatkan kesenangan untuk masa hadapan
4.Segala janji-janji poltik hendaklah dilaksanakan dan bukanlah hanya sekadar retorik semata-mata.
penulis ingin melihat Malaysia menjadi negara yang dikagumi oleh dunia kerana sistem pentadbiran yang mantap dan tersusun.Penulis yakin bahawa harapan ini bukan sekadar harapan penulis tetapi juga adalah harapan seluruh rakyat malaysia.
hebat bangsa hebatlah negara,
teguh negara kerana perpaduan,
gah malaysia di mata dunia,
kerana mantapnya kepimpinan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan