Penulis pada hari ini ingin menggunakan ruang maya ini untuk mengeluarkan pendapat dan pandangan serta membuat sedikit ulasan secara kasar mengenai situasi politik semasa yang belaku di negara jiran kita iaitu Thailand.Sehingga ke hari ini usaha damai untuk menyelesaikan mengenai perbalahan dan ketidakseterabilan suasana di Thailand masih lagi menemui jalan buntu.Kumpulan penyokong baju merah yang merupakan penentang kerajaan ketika ini serta penyokong kuat kepada Bekas Perdana Menteri Thailand iaitu Thaksin Sinawatra masih lagi menjalankan protes secara besar-besaran terutama tertumpu dikawasan bandar malahan menawan beberapa tempat utama kerajaan negara itu.Kumpulan ini masih mendesak Perdana Menteri Abhisit untuk meletakkan jawatan dan menjalankan pilihan raya semula.Bagi mereka rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh tentera serta pelantikan Abhisit adalah tidak sah dan mereka menuntut supaya pilihan raya baru diadakan semula.
Melalui protes dan demontrasi besar-besaran ini kumpulan baju merah telah melumpuhkan secara tidak langsung ekonomi di thailand dan mereka juga turut melakukan sekatan di beberapa kawasan yang tertentu.Perkara ini membuatkan situasi dan keadaan menjadi lebih teruk dan kucar-kacir.Malahan dikalangan mereka sudah ada yang mempunyai senjata api serta membuat pelbagai jenis bom tangan yang akan digunakan di dalam pertempuran.Pihak tentera tidak boleh mendiamkan diri mengenai situasi yang telah berlaku ini justeru belakulah pertempuran yang sengit diantara penyokong kuat kumpulan baju merah dengan pihak tentera dan mengakibatkan kematian di kedua-dua belah pihak.Bnayak nyawa yang telah kehilangan dalam pertempuran diantara pihak tentera dan penunjuk perasaan yang mana pihak tentera terpaksa menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan keadaan.
Perkara itulah diantara gambaran secara ringkas mengenai situasi yang belaku di Negara gajah putih itu ,yang mana sebelum ini terkenal dengan pusat pelancongan utama di dunia.Keadaan yang berlaku ini secara tidak langsung telah merubah landskap dan keadaan politik di Thailand.Perbalahan dan rusuhan ini telah melumpuhkan pelbagai sumber dan menjejaskan ekonomi thailand.Namun kesan-kesan ini bukanlah sesuatu yang ingin penulis beratkan dalam penulisan ini,tetapi ada perkara dan persoalan lain yang berlegar-legar di pemikiran penulis mengenai isu yang telah berlaku ini.
Tiga perkara dasar dan utama yang ingin penulis kupas mengenai situasi yang telah berlaku di Thailand ini perkara pertama adalah kesedaran mengenai sistem demokrasi di Thailand,kedua hak-hak rakyat dalam menentukan pemerintahan mereka dan yang ketiga adalah sistem pentadbiran di thailand sendiri.
Perkara pertama adalah mengenai kesedaran sistem demokrasi di Thailand.Perkara ini dilihat secara positifnya rakyat di negara Thailand itu sememangnya mahu memilih pemimpin mereka dengan cara demokrasi dan bukanya autokratik.Desakan-desakan kepada pemilihan raya semula merupakan suatu proses yang telah mematangkan keseluruhan rakyat ni thailand.Permasalahan yang berlaku adalah bagaimana rakyat ingin membawa suara mereka untuk menyatakan ketidakpuashatian hati mereka adalah dengan menggunakan platform demontrasi dan desakan yang bertali arus.Di Thailand,Penulis melihat rakyat telah dibahagikan kepada dua pihak yang besar iaitu kumpulan penyokong baju merah dan kumpulan penyokong baju kuning.Kedua-dua kumpulan ini mempunyai kekuatan mereka tersendiri.Penulis menyatakan pendapat ini kerana penulis telah melihat kejatuhan Kerajaan Pimpinan Thaksin sinawatra adalah kerana desakan-desakan yang telah dilakukan oleh kumpulan penyokong baju kuning sebelum ini yang akhirnya membawa kejatuhan kerajaan di bawah pimpinan Thaksin.Proses yang berlaku ini melihatkan bahawa rakyat di negara Thailand ini mahukan sebuah kerajaan yang bersih dan adil dalam pemerintahan serta tidak ada salah guna kuasa.Tetapi dari sudut yang berbeza kelihatan penyokong-penyokong thaksin ini seolah-olah telah menghalalkan segala perbuatan dan kesalahan yang telah dilakukan oleh pimpinan mereka.Perkara ini memang sukar ditafsirkan kerana melibatkan kepercayaan rakyat kepada pimpinan mereka.Namun yang jelas dalam situasi yang berlaku ini suasana demokrasi tampak subur di Thailand kerana masih mempunyai ruang dan hak untuk bersuara,Tetapi perkara ini telah membuatkan ruang yang diberikan ini telah disalahgunakan dengan membuat kekacauan dan menimbulkan ketidakstabilan kepada negara.
Perkara yang kedua adalah hak-hak rakyat dalam menentukan pemerintahan mereka.Rakyat sememangnya mahukan pemimpin yang mereka yakin dapat membawa kebaikan kepada mereka,justeru itulah yang telah berlaku di Thailand.Kumpulan daripada baju merah ini terus berpendapat bahawa pimpinan kerajaan yang terdahulu adalah yang terbaik dan menjamin kesejahteraan mereka manakala pemerintahan yang sedia ada tidak mendengar suara dan denyut nadi mereka.jika diberikan kepada rakyat untuk membuat pilihan dalam situasi ini sememangnya sesuatu yang sukar dan mungkin akan lebih menimbulkan kesulitan kerana mereka telah dibahagikan kepada dua puak yang besar yang mana jika situasi ini berterusan tidak mustahil akan membawa kepada perang saudara.Peranan intitusi raja dan tentera adalah penting pada peringkat ini.menggunakan sebab itulah kuasa tentera di Thailand dapat menggulingkan sesuatu kerajaan dengan kuasa yang telah diberikan oleh Raja mereka yang mempunyai kuasa yang mutlak.Namun perkara yang berlaku inilah yang telah membawa kepada perasaan permusuhan dan ketidakadilan bagi rakyat sebenarnya.
Sistem pentadbiran di Thailand tampaknya telah dibersihkan secara menyeluruh melauli rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh tentera serta pertukaran kerajaan.Segala ketidakadilan,penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa serta rasuah dapat dibersihkan melalui cara ini.Penulis berpendapat jika Perkara yang berlaku ini merupakan suatu kebaikan untuk masa depan penulis berpendapat bahawa para pengkaji politik daripada seluruh dunia akan melihat keadaan yang telah berlaku di Thailand ini sebagai satu cara untuk membaik pulih dan membersihkan sesuatu kerajaan yang menjalankan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.Jika teori ini terbukti benar-benar dapat memperbaiki perkara itu dan membawa perubahan yang baru kepada Negara maka semua kerajaan yang sedia ada sekarang ini harus berhati-hati.
kesimpunnya penulis melihat bahawa perkara dan krisis yang berlaku di Thailand ini merupakan suatu proses yang memberikan gambaran yang jelas kepada dunia bahawa rakyat di sesebuah negara itu mempunyai hak mereka yang tersendiri untuk memilih pimpinan mereka berdasarkan kepercayaan mereka kepada pimpinan itu dan rakyat tidak menghalalkan sesuatu pimpinan yang ada dengan melakukan rampasan kuasa tetapi haruslah menggunakan kaedah yang betul iaitu pilihan raya.SUARA RAKYAT,SUARA KERAMAT....
Sekian.....
*penulis merupakan pelajar Universiti Malaya........