Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 9 Ogos 2009

3 BUDAYA UNTUK RAKYAT.....


3 BUDAYA PENTING UNTUK MENJAMIN SOKONGAN RAKYAT.....-PM


saya sememangnya sangat bersetuju jika budaya ini di pekenalkan...walaupun sebenarnya perkara ini bukanlah sesuatu yang baru..tetapi perkara inilah yang perlu diberi perhatian kepada rakyat..

rakyat mahukan pemimpin yang dapat merasai denyut nadi mereka..mereka mahukan pemimpin yang dapat menjamin kebajikan mereka...dan mahukan pemimpin yang sentiasa mengambil tahu mengenai masalah mereka...

saya yang berada di dalam kawasan parlimen PEKAN sememangnya mengetahui masalah yang di hadapi oleh rakyat kerana asal saya juga adalah daripada keluarga yang berpendapatan rendah..memang perit kehidupan yang dirasai jika tidak ada bantuan daripada kerajaan...

JIKA SEMUA PEMIMPIN MENGAMALKAN BUDAYA INI...NASIB RAKYAT AKAN TERBELA..




Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tiga budaya penting yang perlu diamalkan oleh para pemimpin UMNO untuk menjamin sokongan rakyat kepada parti utama orang Melayu itu, berada di tahap terbaik.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan budaya itu juga dapat memastikan UMNO yang telah melalui pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang kewujudannya, terus kekal dalam politik negara.

Menurut beliau, tiga budaya penting itu ialah;

l Mendengar suara rakyat.

l Berkhidmat untuk rakyat.

l Mampu menyelesaikan masalah rakyat.

"Ingatlah, segala-galanya tidak kekal abadi melainkan kita sebagai anggota parti faham bahawa untuk menentukan kelangsungan kuasa bererti kita mesti bekerja, berkhidmat dan mampu menyelesaikan masalah rakyat.

"Sokongan rakyat boleh beralih dari kita jika kita tidak lakukan (perkara) yang disenangi rakyat.

"Jangan sekali-kali kita alpa dan lalai. Jangan sekali-kali kita ingat bahawa kita kekal dalam politik. Maka itu, kita mesti mengamalkan tiga budaya ini yang boleh menjamin sokongan rakyat di tahap terbaik ," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan 2009 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Najib yang juga Presiden UMNO menjelaskan, budaya mendengar suara rakyat bermaksud setiap pemimpin UMNO mesti sentiasa mendampingi setiap lapisan masyarakat dan sanggup berada di sisi mereka.

Pemimpin UMNO juga, kata beliau, perlu menampilkan imej merendah diri dan tidak sombong serta berasa berada dalam kelompok elit, sebaliknya menganggap diri sebahagian daripada rakyat.

Mengenai budaya kedua pula jelasnya, pemimpin UMNO perlu sentiasa bersedia berkhidmat sepanjang masa untuk rakyat dan bukannya hanya pada waktu tertentu terutama menjelang pilihan raya.

"Ini kerana, rakyat sudah cerdik dan akan menilai kita. Rakyat mahu kita berkhidmat sepanjang masa dan jangan pula hanya menjaga puak kita sahaja. Sebaliknya, pemimpin UMNO mesti berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira Melayu, Cina atau India supaya UMNO menjadi parti yang boleh diterima oleh semua kaum," katanya.

Menyentuh budaya mampu menyelesaikan masalah rakyat pula, Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan berkata, setiap pemimpin UMNO di peringkat akar umbi tidak boleh mengambil mudah masalah yang dihadapi penduduk.

"Jangan biarkan masalah itu berlarutan, bernanah dan berparut. Kita hendak masalah itu dikesan dan diselesaikan. Jadi, dengan ini rakyat akan merasakan bahawa parti kita wujud untuk rakyat dan membela rakyat.

"Dalam sistem demokrasi berparlimen ini, kuasa rakyat ialah kuasa keramat dan suara rakyat ialah suara yang akan menentukan sama ada kita akan berkuasa atau sebaliknya," katanya.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan telah membuat yang terbaik dengan menyediakan segala kemudahan bagi pemimpin dan wakil rakyat menggunakannya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Tambahan pula, jelas beliau, dengan tidak ada pemilihan UMNO tahun ini, setiap pemimpin parti sewajarnya menggunakan peluang yang ada untuk menguatkan iltizam dan semangat bagi memperkukuhkan parti dengan mendekati rakyat.

"Sebagai ahli parti, kita kena sanggup berjuang dan berkorban untuk pastikan parti terus kukuh. Selagi parti wujud, kita akan dapat teruskan perjuangan yang lambat laun kita akan dapat manfaat daripada kedudukan UMNO sebagai parti pemerintah," katanya.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse