Isnin, 31 Ogos 2009
merdeka!!!!!!!!!
2.KEMERDEKAAN ADALAH SIMBOL KEMENANGAN DAN KEMEGAHAN IAITU BEBAS DARI BELENGU PENJAJAHAN,NAMUN KEMERDEKAAN ITU HARUS DIPERBAIKI DAN DIKAJI KERANA KITA BUKAN SAHAJA MAHU BEBAS DARIPADA KUASA ORANG LAIN TETAPI PEMIKIRAN DAN BUDAYA KITA PERLU BEBAS DARIPADA BELENGU PENJAJAHAN.
3.KEMERDEKAAN MERUPAKAN HASIL PERJUANGAN PEMIMPIN DAN PAHLAWAN NEGARA.BUKAN SENANG UNTUK MENDAPATKAN KEMERDEKAAN TETAPI LAGI SUKAR UNTUK TERUS MEMPERTAHANKANYA.
4.HARGA SEBUAH KEMERDEKAAN TIDAK TERNILAI DENGAN WANG RINGGIT,DAN TIDAK AKAN TERBAYAR DENGAN TITISAN DARAH PERJUANGAN...TETAPI KEMERDEKAAN INI MERUPAKAN RAMUAN PERPADUAAN DAN SEMANGAT TOLERANSI YANG TELAH DISEMAI DAN DIBAJA UNTUK MENDAPATKAN KEMERDEKAAN INI.
5.AKHIR KATA,HARGAILAH KEMERDEKAAN INI...UNTUK NEGARA DAN ANAK CUCU KITA..MERDEKA!...MERDEKA!...MERDEKA!
(1MALAYSIA Rakyat didahulukan.pencapaian diutamakan)
Jumaat, 28 Ogos 2009
pelantikan JTK DAN JIK SESI 09/10
walaupun mengalami kemalangan dan sedikit kecederaan,namun ayahnda datuk sanggup hadir untuk watikah perlantikan ini kerana melihat kepada kepentingan barisan kempimpinan kolej kediaman di Universiti Malaya ini.
Kempimpinan mahasiswa di peringkat kolej kediaman sangat penting kerana menjadi orang tengah diantara para pelajar dan pihak pentadbiran.malah,keceriaan dan keamanan serta ketenteraman di kolej kediaman adalah menjadi tanggungjawab utama barisan kempimpinan kolej kediaman.
kemimpinan pelajar ini sangat diperlukan bagi menjana masa depan negara yang lebih efisyen dan dinamik.
kolej-kolej kediaman menjadi satu wadah interktif untuk mereka mengasah dan melaksanakan tanggungjawab kempimpinan yang telah diberikan.
pemimpin yang hebat dan disegani adalah pemimpin yang sentiasa sabar dan bijaksana dalam melaksanakan sesuatu perkara.
kaedah komunikasi merupakan rahsia yang menjadi ramuan sempurna dalam meningkatkan kemahiran kempimpinan.
mendapat taklifan sebagai TIMBALAN PRESIDEN 1 kolej kediaman ungku aziz menjadi satu tanggungjawab kepada saya untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan.
dikesempatan ini jugai ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut kemerdekaan yang ke 52.
Khamis, 20 Ogos 2009
pengalaman di TASEK BERA
bertolak ke tasek bera bermula pada PUKUL 9.45 PAGI dan telah sampai pada jam 3.00 petang.itupun walupun sudah beberapa kali sesat jalan...kerana pemandu bas itu tidak tahu sangat jalan...
pensyarah untuk kursus limniologi ini ialah PROF ZAKARIA....memang sangat best dan sporting....rasa bertuah dapat lecture macam prof zakaria...
tempat kami menginap ialah di kampung pathir berdekatan kawasan perumahan orang asli...kami tidur di dalam khemah yang besar dan beralaskan plywood kayu manakala perempuan di dalam pondok nipah....memang selesa walaupun pada siang hari agak panas di dalam khemah..tetapi pada malam hari sangat sejuk....
pada keesokan harinya iaitu 18 hb ogos..kami diberikan dua kumpulan.kumpulan ini dibahagikan kepada 2 tempat. untuk group asri pagi kami pergi ke tasek dan petang akan ke sungai...
kami telah menaiki bot untuk ke tasek bera...wah!!!!..memang best....pembawa bot asri ialah pak cik stem...memang baik sangat...orang asli berketurunan semelai...
kami telah berhenti di lubuk raggae di tasek bera untuk memulakan kajian...alatan yang kami gunakan sangat mahal dan berharga hampir setengah juta ringgit ke semuanya....antara alatan nya ialah...hydrolab,vendorn water sampler,ponar grab,patalas water sampler dan banyak lagi...semuanya adalah untuk menguji kandungan air dan bahan2 yang terdapat di kawasan berkenaan.....memang bertuah dapat pengalaman sebegini....
pada sebelah petang kami bergerak pula ke sungai bera.untuk mengkaji air di kawasan itu pula...di isni kami menggunakan 2 alat sahaja iaitu hesh water sampler dan surber water sampler....selepas itu kami berenang2 di sungai ini bersama prof zakaria....
pada hari terakhir sebelum pulang kami telah masuk ke hutan untuk melihat tumbuhan herba di hutan dan melihat jerat yang di buat untuk menangkap haiwan di hutan.....pengalaman paling berharga ialah melihat bagaiman kaum asli semelai ini mengambil minyak daripada pokok keruing untuk di jadikan pelita dan lampu pada waktu malam....
pengalaman di tasek bera ini tidak akan dilupakan......!!!!!!
gunung ulu kali genting highland
seawal jam 7.30 pagi kami telah mula bertolak ke destinasi yang ingin di tuju.sepanjang perjalanan sempat juga asri membaca sebuah buku inilah islam karangan SYED QUTB...
kami tiba seawal jam 9 pagi...ketika sampai ke puncak gunung ulu kali....wah....sangat indah!!!!!!
tiupan angin pagi membuatkan kulit ini terasa kesejukan..memang sungguh dingin di atas sana...kabus yang tebal...memang indah suasana di sini....
Rabu, 12 Ogos 2009
amaran buat pengkhianat bangsa!!!!!!
2.bangsa MELAYU adalah bangsa yang bermaruah...bangsa yang berbudi mulia dan berbudaya dengan budaya melayu....bangsa yang mempunyai tradisi dan adat kesopanan yang tinggi...
3.apa keuntungan yang kita dapat jika sesama bangsa kita bergaduh?yang untungnya musuh-musuh kepada bangsa ini...bukan kita bangsa melayu...
4.kalau benar kamu pengkhianat...jangan jadi bacul mengaku diri pengkhianat...dan kalau kamu memang betul-betul pengkhianat...orang ini memang tidak layah hidup di tanah melayu ini...pengkhianat bangsa sendiri!
5.sedarlah wahai bangsaku...terutama orang melayu....tanah air ini perlu kita jaga dan perkasa untuk generasi kita.....jangan kita jadi pengkhianat yang tidak bermaruah!...pancung saja diri lebih baik daripada menipu dan mengjahanamkan bangsa sendiri....dan ingat..jika kamu pengkhianat.....kamu mengkhianati keturunan kamu di sini!!!!!!
Ahad, 9 Ogos 2009
3 BUDAYA UNTUK RAKYAT.....
3 BUDAYA PENTING UNTUK MENJAMIN SOKONGAN RAKYAT.....-PM
saya sememangnya sangat bersetuju jika budaya ini di pekenalkan...walaupun sebenarnya perkara ini bukanlah sesuatu yang baru..tetapi perkara inilah yang perlu diberi perhatian kepada rakyat..
rakyat mahukan pemimpin yang dapat merasai denyut nadi mereka..mereka mahukan pemimpin yang dapat menjamin kebajikan mereka...dan mahukan pemimpin yang sentiasa mengambil tahu mengenai masalah mereka...
saya yang berada di dalam kawasan parlimen PEKAN sememangnya mengetahui masalah yang di hadapi oleh rakyat kerana asal saya juga adalah daripada keluarga yang berpendapatan rendah..memang perit kehidupan yang dirasai jika tidak ada bantuan daripada kerajaan...
JIKA SEMUA PEMIMPIN MENGAMALKAN BUDAYA INI...NASIB RAKYAT AKAN TERBELA..
Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tiga budaya penting yang perlu diamalkan oleh para pemimpin UMNO untuk menjamin sokongan rakyat kepada parti utama orang Melayu itu, berada di tahap terbaik.
Perdana Menteri berkata, pelaksanaan budaya itu juga dapat memastikan UMNO yang telah melalui pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang kewujudannya, terus kekal dalam politik negara.
Menurut beliau, tiga budaya penting itu ialah;
l Mendengar suara rakyat.
l Berkhidmat untuk rakyat.
l Mampu menyelesaikan masalah rakyat.
"Ingatlah, segala-galanya tidak kekal abadi melainkan kita sebagai anggota parti faham bahawa untuk menentukan kelangsungan kuasa bererti kita mesti bekerja, berkhidmat dan mampu menyelesaikan masalah rakyat.
"Sokongan rakyat boleh beralih dari kita jika kita tidak lakukan (perkara) yang disenangi rakyat.
"Jangan sekali-kali kita alpa dan lalai. Jangan sekali-kali kita ingat bahawa kita kekal dalam politik. Maka itu, kita mesti mengamalkan tiga budaya ini yang boleh menjamin sokongan rakyat di tahap terbaik ," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan 2009 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.
Najib yang juga Presiden UMNO menjelaskan, budaya mendengar suara rakyat bermaksud setiap pemimpin UMNO mesti sentiasa mendampingi setiap lapisan masyarakat dan sanggup berada di sisi mereka.
Pemimpin UMNO juga, kata beliau, perlu menampilkan imej merendah diri dan tidak sombong serta berasa berada dalam kelompok elit, sebaliknya menganggap diri sebahagian daripada rakyat.
Mengenai budaya kedua pula jelasnya, pemimpin UMNO perlu sentiasa bersedia berkhidmat sepanjang masa untuk rakyat dan bukannya hanya pada waktu tertentu terutama menjelang pilihan raya.
"Ini kerana, rakyat sudah cerdik dan akan menilai kita. Rakyat mahu kita berkhidmat sepanjang masa dan jangan pula hanya menjaga puak kita sahaja. Sebaliknya, pemimpin UMNO mesti berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira Melayu, Cina atau India supaya UMNO menjadi parti yang boleh diterima oleh semua kaum," katanya.
Menyentuh budaya mampu menyelesaikan masalah rakyat pula, Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan berkata, setiap pemimpin UMNO di peringkat akar umbi tidak boleh mengambil mudah masalah yang dihadapi penduduk.
"Jangan biarkan masalah itu berlarutan, bernanah dan berparut. Kita hendak masalah itu dikesan dan diselesaikan. Jadi, dengan ini rakyat akan merasakan bahawa parti kita wujud untuk rakyat dan membela rakyat.
"Dalam sistem demokrasi berparlimen ini, kuasa rakyat ialah kuasa keramat dan suara rakyat ialah suara yang akan menentukan sama ada kita akan berkuasa atau sebaliknya," katanya.
Perdana Menteri menegaskan, kerajaan telah membuat yang terbaik dengan menyediakan segala kemudahan bagi pemimpin dan wakil rakyat menggunakannya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Tambahan pula, jelas beliau, dengan tidak ada pemilihan UMNO tahun ini, setiap pemimpin parti sewajarnya menggunakan peluang yang ada untuk menguatkan iltizam dan semangat bagi memperkukuhkan parti dengan mendekati rakyat.
"Sebagai ahli parti, kita kena sanggup berjuang dan berkorban untuk pastikan parti terus kukuh. Selagi parti wujud, kita akan dapat teruskan perjuangan yang lambat laun kita akan dapat manfaat daripada kedudukan UMNO sebagai parti pemerintah," katanya.
bingkisan hati...
takdir itu datang menghampiri ku......mampukah aku menghadapinya.....teringat akan kata-kata darinya...``kalau ada jodoh...adalah..``jodoh itu ditentukan oleh tuhan......mahu atau tidak...kita kena hadapinya.....tetapi kenapa begitu sukar untuk menenangkan hati yang sedang menangis ini....saatku bersama dirinya terlalu sekejap...memang hari-hari yang berlalu sebelum ini penuh dengan keindahan.....segala kata-kata manis akan bermain di bibir....kenapa begitu sekejap aku mendapatkannya dan begitu sekejap juga aku kehilangannya.....
bantal busuk itu menjadi kenangan terakhir ku?bantal itu yang mengingatkan ku kepada dia....kenapa begitu sukar untuk melupakan dirinya....walhal tidak lah terlalu lama aku mengenalinya....ya......memang salah dan silapku.....aku mencari sesuatu yang tidak pasti.....
aku juga bersalah kepada kekasihku....kekasih yang benar-benar mencintai dan menyanyangi hatiku.....memang benar cinta nya kepada ku....tetapi.....hati aku tetap menyangyangi kedua-duanya.....
dimana mahu melarikan diri?jika tidak bersalah...jangan larikan diri.....jika ada masalah...jangan lari daripada masalah itu....hadapinya.....mungkin kerana kita lari..kita rasa akan tenang...sudah tentu tidak!!!...sampai bila pun masalah itu tidak akan selesai kerana ia akan datang kembali....
kepada yang mengasihi dan menyanyanginya...sayangilah dirinya dengan sepenuh jiwa...jangan sesekali kau hancurkan hatinya dan buat dirinya kecewa.....cinta itu hanya layak kepada orang yang jujur dalam perhubunganya.
Sabtu, 8 Ogos 2009
cinta
ramai orang tewas kerana cinta.....
walhal..pemimpin dunia pun jatuh kerana cintanya....
begitu bermakna dan besarnya erti percintaan ini....
perjalananku dalam merentasi alam percintaan ini sangat jauh dan masih lagi tercari-cari jawapan sebuah percintaan....sudah lama manapun hidup di dunia ini sukar untuk melalui cinta sesama manusia ini...terlalu banyak cabaran dan dugaan....
cintaku hanya kepada orang yang benar-benar aku cintai setulus hati dan jiwaku...
cintaku hanya untuk orang yang benar-benar menghargai pengorbanan ku.....
pelbagai tafsiran dan perkataan yang di keluarkan mengenai cinta...
setiap yang pernah melaluinya pasti memahami....
adakah cinta ini hanya gurauan palsu semata-mata......
cinta yang hadir dalam hidupku ini akan ku pastikan ia menjadi pembakar obor semangat ku untuk mencapai cita-cita dan harapan ku.....
Jumaat, 7 Ogos 2009
Ahad, 2 Ogos 2009
memanjat gunung....
KAMI TELAH BERTOLAK MENAIKI BAS AQUARIUM UM PADA PUKUL 8.30 PAGI DAN SAMPAI LEBIH KURANG 9.30 PAGI....
KAMI TERPAKSA BERJALAN KAKI KE TEMPAT BERKENAAN KERANA BAS AQUARIUM UM ITU TIDAK DAPAT MASUK KEDALAM...
TERPAKSALAH BERJALAN KAKI....AGAK MEMENATKAN JUGA....TETAPI TERUS BERSEMANGAT...
SEWAKTU KAMI BERKUMPUL UNTUK MENDAKI GUNUNG ITU...TERSEREMPAK JUGA DENGAN KARAM SINGH WALIA PENGACARA TV3 TENTANG ALAM SEKITAR YANG TERKENAL...TENGOK JELAH....
KAMI MEMULAKAN PENDAKIAN KE GUNUNG....MEMANG SANGAT MENCABAR...JALAN YANG BERBATU-BATU DAN LORONG DAN DENAI YANG SEMPIT SERTA LURAH YANG SANGAT TINGGI...PANAS TERIK MATAHARI.....SUNGGUH MENCABAR PERASAAN....TETAPI DI KUATKAN JUGAK UNTUK MENGHABISKAN FILL TRIP INI....
EN SUGU DAN WONG PENSYARAH KAMI YANG BANYAK MEMBERIKAN PENGENALAN DAN PERKONGSIAN YANG BANYAK MENGENAI SPESIS DI KAWASAN ITU...
SEWAKTU INGIN TURUN SEMULA DARI PUNCAK GUNUNG AKU SANGAT EXCITED DAN TERUJA....AKU TURUN TERUS DAN TIDAK BEREHAT PUN....
SAMPAI KE BAWAH...AKU TERUS MENCARI AIR..KERANA TERLALU DAHAGA....
SETELAH SELESAI SEMUANYA KAMI PUN KEMBALI PULANG....JALAN SANGAT SESAK..MUNGKIN KERANA ADA DEMONTRASI MANSUHKANISA ITU....
SEMOGA DAPAT BELAJAR SESUATU DI DALAM PERJALANAN AKU KE GUNUNG INI...
NAJIB & NIK AZIZ......
BOLEHKAH DUA ORANG PIMPINAN BESAR INI BERSATU HATI DEMI KEDAULATAN NEGARA?
BOLEHKAH MEREKA BERSEFAHAMAN DI DALAM PENTADBIRAN NEGARA WALAUPUN BERBEZA IDEOLOGI POLITIK?
BOLEHKAH MEREKA BERDUA MENJADI PEMERINTAH YANG SALING BERKERJASAMA UNTUK BANGSA AGAMA DAN NEGARA?
BOLEHKAH RAKYAT MENERIMA 2 ORANG PIMPINAN INI BERSATU HATI?
himpunan mansuhkan ISA 1 OGOS 2009
salam.
-Hari ini iaitu 1 ogos,telah berlangsung perhimpunan mansuhkan ISA.
-Dianggarkan hampir 80 000 dan sesetengah laporan menyatakan 20,000 penyokong mansuhkan ISA.
-Mereka semua sanggup turun dan berhadapan dengan gas pemedih mata dan pihak berkuasa semata-mata mahu menuntut keadilan dan hak rakyat untuk menghapuskan undang-undang zalim ISA...
-PIMPINAN PAKATAN RAKYAT JUGA TURUT KELIHATAN IAITU...DATUK SERI ANWAR IBRAHIM,LIM KIT SIANG DAN TUAN GURU HAJI HADI AWANG....
-Beberapa pimpinan pakatan rakyat juga turut ditangkap...
-pada hari ini juga menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk di sekitar kuala lumpur akibat tindakan mereka ini....
-perniagaan orang ramai juga turut terjejas....
-tetapi....demontrasi ini perlu diambil perhatian oleh kerajaan untuk menilai kembali undang-undang ISA ini.....
-bantahan oleh rakyat telah ditunjukkan melalui perhimpunan ini....
-semoga ISA ini akan di kaji semula....
-penelitian kerajaan untuk perkara ini akan memberikan kepercayaan kepada rakyat....
CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI
BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)
Powered by 123ContactForm | Report abuse